28

448 43 6
                                    

TING! Ting! Ting!

Bunyi ni...

Perlahan-lahan aku tarik kain tu. Mata yang tadi gelap tak nampak apa-apa sikit demi sedikit mula jelas.

Isaac.

Dalam lima meter dari tempat aku berdiri, ada Isaac yang tengah duduk dekat atas kerusi sambil tangannya sibuk menekan-nekan kunci piano.

...All of Me.

Kami sekarang di luar bilik iaitu di pinggir pantai yang kosong dan nampak tersembunyi. Tapi bila masa kitorang keluar? Aku tak perasan pun.

Aku pusing belakang. Nampak pintu sliding bilik yang terbuka sikit menampakkan langsir yang berterbangan. Maksudnya... tempat ni betul-betul dekat luar bilik kami. Tempat aku berdiri ni pula masih berlantaikan mozek, jadi aku tak perasan langsung yang aku dah berada di luar. Angin malam yang menghembus perlahan pun aku tak perasan sebab nervous.

Aku tengok Isaac balik. Nampak dia dah berhenti bermain. Kepalanya diangkat ke arahku dan tempat kosong di atas kerusi di tepinya ditepuk dua kali.

"Sini," panggilnya.

Aku tarik nafas sikit sebelum berjalan ke arahnya. Kain dress aku angkat sikit bila hampir terkena air pantai yang tinggi hampir mencecah hujung tumit.

"Biarkan baju tu. Nanti abang basuhkan," kata Isaac.

Terus aku lepaskan kain tadi hingga jatuh menyentuh air di bawah. Kakiku juga mula terasa sejuk sebab pijak pasir pantai tanpa pakai kasut atau selipar.

"Abang," panggilku bila sampai di tepi kerusi yang Isaac duduk. Grand piano yang berada di depan kami aku tengok. Macam mana benda ni boleh ada dekat dalam air?

Isaac tarik aku untuk duduk dan aku cuma akur. Tanganku diambilnya dan diletakkan di atas kunci piano.

"Play together with me," pintanya lembut. Aku tentang mata cantik Isaac sebelum senyum. Tangan mula bergerak perlahan menekan satu kunci sebelum bergerak ke kunci yang lain. Isaac pula menekan kunci lain, melengkapi lagu yang kami nyanyikan bersama.

What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright

Aku senyum sambil menyanyi. Isaac pula angguk, meyakinkan aku untuk teruskan. Suara aku memang biasa-biasa tapi entah kenapa bila dengan Isaac aku rasa tak kisah nak nyanyi sesumbang mana pun. Sebab aku tahu, he never judges me.

My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind

Isaac yang tengah menyanyi aku tengok dengan penuh cinta. Matanya yang tadinya memandang ke bawah pandang aku pula dengan senyuman kacak.

'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh oh

Dalam keheningan malam, suasana sunyi itu dihiasi bunyi dentingan piano dan suara kami yang bergabung menyanyikan lagu yang punya seribu makna untuk kami.

Ting! Ting! Ting!

Sebaik saja lagu itu habis dinyanyikan, aku dan Isaac cuma diam sambil saling berpandangan lama. Sebelah tangannya naik ke pipiku dan mengusap lembut di situ. Aku tentang pandangan matanya dengan rela hati.

IZEVE: The Future of UsWhere stories live. Discover now