I cut the previous chapter into two, so here is the shorter chapter :)
.
"IAN..." Panggil Umaira. Di tangannya ada sebiji buku latihan Sains tahun dua dan bekas pensel.
Ian yang tengah main dengan Ukasya dan Rafael berpaling. Diorang tengah main mainan kereta api yang Uncle Rayhan bawa tadi.
"Kenapa, Kak Umaira?" Tanya Ian lembut.
"Umaira nak buat homework, tapi Umaira tak pandai. Boleh Ian ajarkan?" Malu-malu Umaira bertanya. Pipinya yang gebu mula memerah. Umaira memang macam tu, malu terlebih dengan makhluk yang berkromosom XY.
Mungkin ada yang pelik, kalau malu dengan lelaki kenapa kena tanya Ian?
Dia bukan mengada nak tanya Ian tau! Tapi dia memang tak pandai sangat Sains. Ian pula walaupun tiga tahun muda daripada dia, tapi Ian pandai. Hampir semua soalan yang dia tanya Ian boleh jawab. Bila cikgu tanda dekat sekolah, betul pula tu. Kalau Ian pun tak pandai, Ian akan tanya mama dia, Aunty Hawa sebab ibu kata Aunty Hawa pun pandai macam Ian. Selalu juga Ian ajar dia dan Rafael kalau diorang tak faham apa-apa.
Macam mana dengan Ukasya?
Hm, Ukasya tak suka belajar jadi dia selalu mengelat kalau diorang bertiga mula buka buku. Dah puas dia nasihatkan Ukasya tapi tetap tak jalan. Haih.
"Oh, boleh! Kak Umaira nak tanya apa?" Ian terus letak mainan dekat atas karpet. Lepas tu, dia bangun dan berjalan ikut Umaira yang ambil tempat dekat meja kopi, jauh sikit daripada tempat orang lain tengah main.
"Kejap." Buku diletak atas meja sebelum dibelek-belek untuk cari soalan yang dia tak reti tadi.
"Yang ni." Umaira tunjuk satu muka surat yang masih kosong.
Ian pula tarik dan baca soalan yang ditunjuk. Terkelip-kelip matanya masa berfikir.
"Oh, soalan ni macam ni..." Pensel yang Umaira letak awal-awal atas buku Ian ambil dan dia mula mengajar Umaira dengan penuh sabar. Bila Umaira masih tak faham, dia ambil kertas A4 kosong bawah kabinet TV sebelum dia mula melakar sesuatu untuk bagi Umaira mudah faham. Setiap soalan yang Umaira tanya dijawab dengan sabar walaupun soalan sama juga yang ditanya tu.
"Dah faham?" Ian bangun dari meniarap. Punyalah bersungguh mengajar sampai meniarap atas karpet.
"Dah. Thank you, Ian!" Ceria Umaira berkata. Buku ditutup sebab homeworknya dah siap.
"Sama-sama." Ian tarik senyuman manis berlesung pipit.
Umaira pula balas dengan senyuman malu-malu.
"Hm, semua homework Kak Umaira dah siap ke?" Tanya Ian sambil membantu Umaira mengemas barang. Bekas pensel dimasukkan ke dalam beg pink.
"Dah. Kenapa?" Zip beg ditarik sebelum beg tu diletakkan di atas sofa.
"Jomlah main dengan kitorang," ajak Ian.
"Main apa?" Umaira ikut Ian ke tempat Rafael dan Ukasya duduk.
Tadi dia tak join diorang sekali sebab sibuk siapkan homework. Sebenarnya ibu tak bagi dia bawa buku datang sini tapi Umaira tetap bawa sebab dia takut terlupa nak siapkan esok.
"Main train." Ian bersila di tepi Rafael.
Umaira duduk di antara Ukasya dan Ian. Ukasya pula buat tak tahu je bila kakak dia duduk dekat tepi. Dalam hati kata, mainan lagi penting. Kakak ni dekat rumah pun boleh jumpa.
"Nah." Rafael hulurkan satu mainan kereta api kepada Ian tapi Ian hulurkan dekat Umaira dulu sebab Rayhan cuma bawa tiga je. Satu dipegang Ukasya, satu dengan Rafael dan satu lagi, dia bagi dekat Umaira.
"Thank you." Malu-malu Umaira berterima kasih.
Ian cuma senyum membalas. Dia tengok je kawan-kawan dia main mainan. Kadang-kadang dia tanya soalan dekat Rafael sebab Rafael memang pro sikit pasal mainan kereta-kereta ni. Tak kisahlah kereta darat ke kereta api ke kereta air ke. Er, kereta air? Hehe.
Mereka bermain dengan tenang sebelum ketenangan tu diganggu oleh jeritan seseorang.
"Kakak Umaiyaa!"
Sampai ke dapur boleh dengar suara Ivy menjerit. Kaki kecilnya dibawa berlari ke arah bulatan kumpulan kanak-kanak yang tengah bermain tu. Tadi dia kena culik dengan papa kejap naik atas untuk tukar lampin. Sebab tu tenang kejap ruang tamu rumah ni.
"Ivy!" Ceria Umaira menyahut.
Ivy pula menyelit dekat antara Rafael dan Ukasya untuk masuk. Dia berdiri kejap dekat tengah-tengah tu. Setiap tempat dah diambil orang. Depan Kak Umaira, kanan abang, kiri Kak Ukasya dan belakang Abang Rafael. Mana Ivy nak duduk ni?
Malas nak susah-susah, dengan penuh selamba dia labuhkan punggung berpampers atas riba Umaira. Umaira pula yang tak bersedia, hampir-hampir terlentang ke belakang kalau bukan sebab Ian yang cepat-cepat tarik dia. Ivy ni bukannya halus dan kecil, tapi gebu dan sihat. Umaira pula sejak masuk sekolah memang dah slim dan kurus sebab baby fatnya dah menghilang.
"Adik, sini duduk dekat abang." Ian tepuk riba dia.
Ivy geleng tak mahu. Dengan tak bersalah, dia bersandar pada badan Umaira. Mainan kereta api yang Umaira bagi dia belek-belek.
"Adik, come," panggil Ian lagi.
"No!" Ivy tak nak duduk dengan abang. Walaupun Ivy suka abang, tapi Ivy lagi suka dengan Kakak Umaira. Sebab Kakak Umaira cantik dan lembut. Lagipun Kakak Umaira selalu pakai baju warna pink. Ivy suka!
Ian mengeluh. "Sorry Kak Umaira kalau Ivy berat."
"Tak apa. Ukasya pun suka duduk atas riba Umaira juga dekat rumah," balas Umaira sambil tersenyum. Dia cubit sikit pipi tembam Ivy. Geram!
Ukasya yang rasa diumpat angkat kepala. Mencerun matanya melihat Umaira. "Apa kakak ni?" Marahnya.
"Betullah. Dekat rumah kan, Ukasya suka duduk atas riba kakak. Lepas tu, minum su–"
Ngap!
Ukasya suap mulut Umaira dengan donat. Mata dikecilkan, memberi amaran kepada kakaknya supaya tak bocorkan rahsia negara yang berlaku di rumah.
Umaira keluarkan donat tadi sebelum digigit sikit. Bibir tersengih kecil dan dia buat gaya zip mulut. Baik ikut je arahan adik dia ni. Kalau tak, habislah dia dekat rumah nanti. Ukasya ni dahlah jenis brutal sikit. Naya je nanti kalau-kalau dia balas dendam.
"Kau minum susu lagi, Kasya?" Tanya Rafael dengan senyuman mengusik.
"Mana ada!" Marah Ukasya. Bibirnya termuncung.
"Eleh. Tak malu. Kita dah besar mana boleh minum susu lagi. Lainlah kalau kau kecil macam Ivy." Rafael tergelak-gelak nakal.
Ukasya tak membalas tapi bibirnya diketap dengan mata yang mula berkaca-kaca. Dia malu.
Ian yang perasan terus menyampuk. "Eh, siapa kata orang besar tak boleh minum susu?"
Rafael berhenti ketawa. Ukasya pula terus tak jadi nak nangis.
"Semua orang bolehlah minum susu sebab dalam susu ada kalsium yang baik untuk tulang kita. Kita boleh jadi kuat dan sihat! Ivy minum susu, Ian minum susu, mama Ian pun masih minum susu tau! Mama kata lagi, kalau minum susu, kita boleh jadi tinggi. Ha, korang mesti nak tinggi kan? Jadi, tak salahlah kalau Ukasya minum susu," cerita Ian panjang lebar.
Ukasya terus tarik senyum. Rafael pula terdiam sebelum dia tengok Ukasya dengan muka bersalah. Tangan dihulurkan untuk bersalam.
"Raf minta maaf," katanya. Ukasya pula diam kejap sebelum sambut salam itu dengan senyuman comel. Tak simpan dalam hati pun.
Lepas tu, diorang pun sambung bermain sambil makan walaupun keadaan agak bising gara-gara Ivy yang tak habis-habis menjerit. Haih.
.
Salam Ramadan semua! <333
YOU ARE READING
IZEVE: The Future of Us
RomanceTo. Readers, This is EVERISA special sequel for you! ♡ The adult life of Hawa, and the people who are the most important to her. What will happen after she finishes school? What will happen to Maya and the others? And the most important thing is...