37

443 40 24
                                    

Lima belas tahun yang lalu.

"ISAAC, nak ambil apa ni?" Tanya Rayhan yang tengah tengok orang beratur di kaunter kantin.

Ramainya, getus hatinya.

"Ikutlah. Aku nak cek report disiplin bulan ni kejap," jawab Isaac sambil lewa. Sebab mata tengah fokus tengok telefon. Cikgu Shazlee suruh dia hantar laporan disiplin esok, jadi dia minta pengawas under Biro Disiplin untuk hantar laporan selewat-lewatnya hari ni sebab kena cek dulu. Tak tahulah pula diorang nak hantar masa rehat. Haih.

"Oh, okey. Tapi sinilah, beratur." Rayhan tarik tangan Isaac agar beratur sekali dengannya menyambung barisan lelaki. Pelajar-pelajar perempuan yang berbisik-bisik di tepi mereka tidak dihiraukan. Dah biasa, orang famous kan. Ops, ter-riak pula.

"Hm." Isaac cuma mengikut. Mata masih pandang telefon. Suasana sekitar langsung tak diendahkan.

Sampailah bunyi bising tiba-tiba kedengaran dari arah bahagian kiri kantin. Kepala Isaac terangkat. Nampak pelajar-pelajar lain mula berkerumun di satu tempat.

"Kenapa tu?" Tanya Rayhan, tumpang busybody sekali.

"Entah," jawab Isaac sambil simpan telefon dalam poket seluar. Niatnya nak buat-buat tak nampak je kerumunan orang ramai tu, tapi bila dengar suara-suara menjerit marah terus dia jadi nak tahu.

Ada kes apa ni? Gaduh?

Atau buli?

"Aku pergi tengok kejap," pamit Isaac sebelum dia tinggalkan Rayhan dan berjalan ke arah tempat ramai budak berkumpul tu. Kalau betul buli, dia tak akan teragak-agak untuk ambil tindakan keras.

Rayhan pula tak ikut. Sayang kalau keluar barisan, satu kerja pula kena beratur balik dari belakang. Entah bila lagi nak dapat makanan.

Kalau ada apa-apa jadi sekalipun, dia yakin ada Isaac seorang pun cukup untuk selesaikan. Presiden kut.

Badannya Isaac selit di antara pelajar-pelajar lain. Tapi mungkin sebab dia tinggi dan tegap, jadi agak susah untuk dia mencelah. Tak muat nak bergerak ke depan lagi. Dia tak nampak apa yang tengah berlaku, jadi dia tanya budak lelaki sebelah dia.

"Ada apa ni?"

"Oh, itu... Kak Ellina tengah cari Kak Maya," jawab budak tu tanpa berpaling. Mata tengah khusyuk tengok drama percuma. Budak ni lagi tinggi daripada Isaac, jadi dia dapatlah tengok apa yang tengah berlaku.

Ellina? Buat apa cari Maya?

"Kenapa dia cari Maya?"

"Lah, macam biasalah Kak Ellina kan–" Budak tu berpaling tengok Isaac sebelum matanya membulat besar. Presiden!

Isaac laju letak jari telunjuk di bibir tanda suruh senyap. Tak mahu orang lain pun ikut perasan kehadiran dia di sini. Mungkin sebab dia pakai blazer maroon, iaitu blazer pengawas biasa, jadi orang tak perasan dia dekat sini. Dia malas nak pakai blazer The Leaders. Terlalu menonjol dan mudah untuk orang cam kehadiran dia. Dan sesungguhnya dia rimas dengan perhatian orang ramai. Huh.

Budak tu telan liur sebelum angguk laju-laju. Lepas tu, cepat-cepat dia keluar dari kumpulan itu. Seram mat jumpa presiden tiba-tiba. Nasib baik pakai uniform lengkap lagi.

Isaac pula terdiam di situ. Kepalanya ligat berfikir. Ada apa Ellina cari Maya? Bukan diorang dah lama tak bercakap ke?

Baru terfikir nak panggil Rayhan, satu suara lembut tiba-tiba saja kedengaran dari belakangnya.

IZEVE: The Future of UsWhere stories live. Discover now