RAYMAY 2

204 23 2
                                    

SEJAK dari kejadian itu, mama Irisa dan umi Rayhan mula berkawan baik. Dan bermakna Rayhan dan Irisa pun selalu berjumpa. Pada awalnya memanglah macam anjing dengan kucing, kejap-kejap gaduh, kejap-kejap gaduh. Tapi lama-lama mereka mula berkawan rapat.

Macam yang mama Irisa pinta, ada masa Rayhan jaga Irisa. Dan ada masa Irisa yang jaga Rayhan. Sehingga menjadi bestfriend yang tak boleh berpisah. Tapi gaduhnya mesti ada gara-gara Rayhan yang suka mengusik dan Irisa yang mudah naik angin.

Mereka masuk tadika bersama dan sekelas. Di tadika, Rayhan sengaja cari pasal dengan Irisa dengan suruh semua orang panggil Irisa dengan panggilan Maya. Awal-awalnya memang Irisa rasa nak meletup marahkan Rayhan tapi Rayhan mana makan saman. Lagi Irisa marah, lagi dia buat sampaikan Irisa pun fed up jadinya.

Dan panggilan itu berlarutan sampailah mereka masuk ke sekolah rendah.

Rayhan yang nakal dulu berubah menjadi kanak-kanak yang lemah lembut dan sweet talker. Tapi nakalnya tetap ada.

Irisa pula...

"Rayhan Imtiyaz!"

Bergegar satu sekolah dengan jeritan itu. Rayhan yang tengah dating di kantin dengan girlfriend nombor tujuhnya iaitu seorang junior darjah dua berpaling. Terus membulat mata dia bila nampak Maya yang dah merah muka berjalan ke arahnya.

Alamak, dia lupa!

Liur ditelan. Perlahan-lahan dia mengundur ke belakang. Teman wanitanya yang terpinga-pinga memandangnya dibalas dengan sengihan.

"Kau! Sini kau, Rayhan!" Jerit Maya lagi. Kakinya dihentak-hentakkan sambil berjalan, melepaskan rasa geram. Sakitnya hati dia dengan budak ni...

"Kenapa, Abang Rayhan?" Tanya junior tu.

"Er.... kita clash!" Jeritnya sebelum berlari ke arah bertentangan. Girlfriendnya yang baru saja menjadi ex itu terlopong. "What?!"

"Jangan lari!"

Tak sempat budak perempuan tu nak cerna apa yang jadi, Maya terlebih dahulu menolaknya ke tepi untuk mengejar Rayhan. "Hey, jangan tolaklah!"

Tapi Maya buat tak tahu je. Dia cuma fokus nak tangkap Rayhan yang dah jauh ke depan. Punya laju dia lari nak selamatkan diri. Tapi mungkin Rayhan lupa apa yang Maya nak, Maya akan dapatkan.

Nampak je budak-budak senior tengah main bola keranjang, terus dia masuk ke dalam gelanggang itu.

"Woi, budak! Jangan kacaulah orang nak main," marah seorang pemain. Mana datang budak pendek ni?

Maya tak ambil kisah. Sebaliknya, dia melompat tinggi dan rampas bola di udara sebelum bola itu dibaling sekuat hati ke arah Rayhan di luar gelanggang.

Tung!

Tepat dekat kepala!

"Aduh!" Gara-gara hentakan itu, Rayhan terus jatuh tertiarap di atas rumput padang. Maya pula laju memecut ke arahnya. Belakang badan Rayhan ditepuk beberapa kali untuk melepaskan geram. "Aduh! Aduh!"

Beg yang dipakai Rayhan ditarik untuk memaksanya bangun.

"Sakitlah, Maya," rungut Rayhan. Belakang kepalanya yang rasa berdengung digosok. Rasa macam nak pecah kepalanya.

"Padan muka. Dari tadi aku cari kau, rupanya pergi dating! Papa aku dah lama sampai tahu," marah Maya sambil menarik Rayhan ke arah pagar sekolah.

"Ala, sorrylah."

"Sorry, sorry. Semalam kau juga cakap nak balik dengan aku."

"Yelah, yelah." Rayhan memutarkan mata tapi cepat-cepat dihentikan bila Maya menjelingnya tajam.

IZEVE: The Future of UsWhere stories live. Discover now