"BABY sihat ke?" Tanyaku melalui telefon yang aku buka speaker. Senang tak payah pegang.
Tangan cuba menyuap mashed banana ke dalam mulut Ian tapi anak Isaac Haqqani ni biasalah, mana boleh duduk diam. Digerak-gerakkan kepala dia ke kiri dan ke kanan sampai sudu yang sepatutnya masuk dalam mulut tersasar ke pipi.
Aku ketap bibir geram. Ian ni...
"Alhamdulillah, doktor cakap sihat and okey semua. Tapi tulah, risau juga aku nak tunggu bersalin ni," jawab Maya dari sebelah sana. Kandungan Maya dah masuk sembilan bulan, jadi dia dah kena bersedia sebab bila-bila masa je baby boleh keluar.
Aku terangguk-angguk faham.
"First time memanglah risau. Orang yang dah beranak empat lima kali pun still nervous masa nak bersalin, apatah lagi kita yang baru pertama kali," komenku. Bercakap dari pengalaman orang kata.
Aku jauhkan tangan bila tangan Ian cuba nak capai sudu. Mata aku kecilkan bila dia tarik muncung sedepa. Tangannya tergawang-gawang ke udara, cuba pegang sudu yang berisi makanan.
"Mmaaa," rengek Ian dengan muka berkerut-kerut. Anak aku ni memang kaya dengan facial expression yang pelbagai. Kecil-kecil pun dah pandai berkerut dekat orang.
"Biar mama suap," kataku. Sudu aku dekatkan dengan bibir dia tapi tarik balik bila tangan dia dah naik nak merampas. Laju je tangan tu bila bergerak, kan?
Mana boleh bagi dia pegang sudu. Orang lain makan suap mulut, dia pula suap baju. Lagipun, Ian ni masih kecil. Mana dia pandai pegang sudu elok-elok lagi. Yang dia tahu nak main je.
"Ian ada ke tu?" Tanya Maya. Mungkin dia terdengar bunyi suara kecil yang tengah membebel-bebel tu.
"Ada lah ni. Nak bersilat aku suap dia makan." Aku pegang tangan kecil Ian dengan sebelah tangan. Sebelah lagi pegang sudu dan dekatkan ke bibir dia tapi dia geleng tak nak.
Ian merengek kuat suruh aku lepaskan dia tapi aku tak nak. Tadi tak nak duduk diam-diam. Ha, rasakanlah masuk ke dalam penjara mama.
"Bbaa!" Ian minta tolong papa dia pula. Tapi sayang, Isaac dekat atas mana boleh dengar suara dia. Lagi-lagi kalau tengah buat kerja, memang tak pandang kiri kanan langsung.
Ian mula buat suara menangis. Tapi tak ada air mata pun yang keluar. Kuat drama dia ni.
"Sayang..." Aku mengeluh sikit. Tangan Ian aku lepaskan sebelum sudu tadi aku letak dalam mangkuk balik. Tak nak makan sudah, mama nak merajuk!
"Oh, kalau macam tu takpelah. Susah pula kau nak suap dia makan. Aku end call dulu, nak rehat. Bye." Suara Maya yang tiba-tiba kedengaran menghentikan tangisan palsu Ian. Terkebil-kebil mata dia tengok telefon aku di atas meja makan.
"Oh, okay. Bye." Aku biar Maya tutup panggilan.
Ian yang mencebik dengan muka monyok di tempatnya aku pandang dengan muka serius sebelum aku alihkan pandangan.
"Mmamma..." Panggil suara itu halus. Tapi aku buat-buat tak dengar. Mashed banana yang masih banyak tinggal di dalam mangkuk aku kacau dengan sudu. Aku try dengan jari sikit. Mana tahu Ian tak nak makan sebab tak sedap. Tapi biasa je rasanya. Tawar tu memanglah tawar sebab makanan baby tapi sama je rasa dia dengan makanan lain yang aku selalu buat. Ian pula selalunya banyak je makan.
"Mmaa..."
Aku angkat mata. Nampak Ian yang dah tersebik-sebik angkat tangan minta didukung. Mata bulatnya dikelip-kelipkan manja, meminta perhatian.
Terus lembut hati aku tengok muka sedih dia. Aku mengeluh sikit sebelum tubuhnya aku angkat ke dalam pelukan.
"Haih, sini sayang." Aku letakkan Ian atas paha. Muka Ian yang comot digesel-gesel pada dadaku dengan rengekan kecil. Aku reda je bila baju aku kotor kena muka dia.
YOU ARE READING
IZEVE: The Future of Us
RomanceTo. Readers, This is EVERISA special sequel for you! ♡ The adult life of Hawa, and the people who are the most important to her. What will happen after she finishes school? What will happen to Maya and the others? And the most important thing is...