Tiga tahun kemudian.
KERTAS-KERTAS kuiz bulanan yang sudah dijawab oleh pelajar-pelajar tahun dua aku letak dengan tersusun di hujung meja. Lepas tu, aku tarik yang atas sekali untuk ditanda.
Selesai satu, aku ambil pula yang lain. Cuma sekejap masa yang aku ambil untuk cek setiap set kertas. Sebab kuiz kali ni tak banyak, cuma ada lima soalan tahap medium. Aku buat kuiz ni pun saja-saja je, bukan untuk carry mark pun. Sekadar untuk test tahap kefahaman diorang memandangkan kitorang baru je masuk tajuk baru. Tapi kuiz ni aku buat untuk kelas yang aku jadi tutor jelah, bukan untuk semua pelajar dalam satu batch tu.
Berkerut-kerut kening aku tanda jawapan masing-masing. Ada yang betul, ada yang salah. Ada yang tinggal kosong. Paling sayang bila ada yang cuai dalam pengiraan. Konsep dengan formula dah betul, cuma salah dekat letak titik perpuluhan dengan negatif positif je. Careless mistake kalau ikutkan ayat Cikgu Vee masa zaman sekolah dulu.
Haih, nak marah pun tak boleh. Sebab masalah careless ni memang akan sentiasa ada. Aku dulu pun selalu buat benda sama.
Lepas tanda hampir separuh, aku berhenti kejap dan gosok batang hidung bila mata rasa berpinar. Khusyuk sangat tengok paper budak-budak ni tadi sampai tak angkat kepala langsung.
Mug kaca berisi kopi susu yang aku siap-siap bancuh tadi aku tarik dan hirup sikit. Lepas tu, aku sambung balik menanda kertas-kertas kuiz dengan pen merah. Yang mana betul aku tick right, yang salah aku pangkah. Tempat yang diorang cuai pula aku bulatkan untuk tunjuk dekat mana diorang salah.
Usai menanda hampir enam puluh kertas kuiz tadi, aku buka pula laptop untuk cek kalau-kalau ada chat daripada pelajar-pelajar aku.
Biasanya ada je yang chat untuk tanya soalan. Yalah, aku kan favourite Maths' lecturer diorang. Ops, ter-riak pula.
Aplikasi Microsoft Teams aku buka.
Ha, kan betul.
Bukan satu. Tapi ada sebelas orang pelajar yang chat aku melalui private message. Aku buka yang paling bawah dan baca.
👤 Muhammad Adnan
-Assalamualaikum, Dr. Sorry for interrupting your weekend, but may I ask you a few questions? They are in the PDF file attached. Thank you in advance.
-📎 Questions.pdfAku buka fail tadi. Lepas download, aku terus baca dan fahami soalan yang dia tanya. Kemudian barulah aku balas mesej daripada Muhammad Adnan tu. Bukan bagi jawapan terus, tapi aku cuma bagi cara jawab dan penerangan saja.
Adnan ni, salah seorang pelajar aku yang sangat rajin dekat universiti. Selalu juga dia tanya aku soalan kalau tak faham lepas aku habis bagi kuliah. Kadang-kadang dia bawa kawan-kawan dia sekali jumpa aku dekat bangunan pensyarah. Aku pula, lagi suka bila ada pelajar yang datang jumpa tanya soalan. At least aku boleh tahu dekat mana diorang tak faham dan dekat mana aku ajar yang tak jelas.
Lepas tu, aku buka pula mesej-mesej yang lain. Ada yang tanya soalan, ada yang hantar slip ketidakhadiran dengan MC dan ada juga yang minta aku tandakan soalan tambahan yang diorang cari sendiri.
Semuanya aku balas dengan ramah, siap dengan emoji lagi. Layan macam kawan-kawan je. Bukan apa, aku nak pelajar-pelajar aku selesa dengan aku sebagai pensyarah diorang. Dekat fakulti pun ramai pelajar yang suka tegur aku kalau bertembung dekat mana-mana. Kata diorang, sebab aku ni jenis yang sempoi dan masuk air. Lagi-lagi aku ni antara pensyarah yang kira termuda dekat fakulti.
Memang harapan aku untuk jadi cool lecturer pun, sebab aku percaya bila atmosphere dalam bilik kuliah atau bilik tutorial tu happy-happy, pelajar-pelajar aku pun lebih suka dan teruja untuk belajar. Tapi yalah, tetap kena ada limit antara pengajar dengan anak murid.
YOU ARE READING
IZEVE: The Future of Us
RomanceTo. Readers, This is EVERISA special sequel for you! ♡ The adult life of Hawa, and the people who are the most important to her. What will happen after she finishes school? What will happen to Maya and the others? And the most important thing is...