02

691 38 2
                                    

KAKI aku bawa ke tingkat dua. Hajatnya nak cari Evan yang katanya nak tengok-tengok kasut dekat level ni. Tapi dah dua kedai kasut aku masuk, tak ada pun kelibat budak tu. Telefon aku pula tak ada bateri, lupa nak cas lepas lebih dua jam on-call dengan Maya semalam.

Baru saja melepasi sebuah butik Cartier, iaitu butik menjual perhiasan barang kemas, mataku laju menangkap susuk seseorang yang sangat aku kenali. Siap ditemani seorang gadis yang sangat cantik lagi dekat tepi. Nampak macam tengah pilih cincin.

Amboi, amboi. Senang hati sungguh bergelak ketawa. Mata aku kecilkan ke arah pasangan itu. Entah kenapa dada tiba-tiba terasa sesak. Rasa macam tak boleh bernafas. Sakit hati, sakit jiwa, sakit jantung, usus dan limpa! Inilah yang sibuk sangat tu, ya?

Malas nak buang masa tengok pemandangan yang menyakitkan jiwa dan raga itu, aku mula bergerak ingin melangkah pergi. Tapi sepasang mata itu tiba-tiba terangkat menentang pandangan mataku.

Alamak, dia nampak!

Cepat-cepat aku berpaling sebelum bergerak menjauhi butik itu. Minta-mintalah dia fikir tersalah orang. Tak mahulah tiba-tiba buat drama pujuk-memujuk tengah-tengah mall ni. Dahlah ramai orang. Tapi itupun kalau dia kisahlah pasal aku. Haih, kenapa sedih sangat hidup kau ni, Eve?

"Eve Nur Hawa!"

Strett!

Kaki aku automatik terhenti. Tengok belakang, nampak dia yang tengah berjalan laju ke arah aku. Ibu, tolong akak!

Laju aku sambung langkah lajuku menjauhi si dia.

"Hawa, tunggu! Whatever in your mind right now, get rid of it!" Bunyi suaranya melaung dari belakang. Ya Allah, Encik Isaac oi! Tak malu ke menjerit-jerit tengah alam ni? Habis semua umat manusia tengok.

"Hawa!"

Muka aku tutup dengan tangan sebagai penghadang. Tak kenal, saya tak kenal dia!

"Eve Nur Hawa binti Edwan, dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni." Isaac masih tak putus asa. Dipanggilnya nama penuh aku sekali dengan nama ayah di tengah-tengah orang ramai ni dengan tak bersalahnya. Habislah aku famous lepas ni. Masuk tajuk mana-mana page e-news dengan tajuk 'Gadis tular dikejar seorang lelaki kacak yang kurang siuman di tengah-tengah pusat membeli-belah.'

Aip! Tak baik cakap Isaac macam tu!

Oh, tak baik? Habis tu yang dia keluar beli cincin dengan skandal dia tu baik lah? Dia dah main-mainkan sekeping hati aku yang suci ni.

Ergh, sudah! Geli!

Tiba-tiba je aku rasa marah. Marah dengan Isaac. Marah dengan diri sendiri. Tapi yang paling penting, aku marah dengan Evan sebab dah tinggalkan aku seorang-seorang terkapai-kapai dekat sini. Huaaa!

Aku pusing belakang. Nampak ada Isaac yang berdiri lebih kurang dua meter daripadaku. Mukanya serius dengan tangan mencekak pinggang. Penat lah kut. Aku ni walaupun langkah kaki tak besar macam dia disebabkan kaki yang pendek, tapi aku boleh overcome kekurangan yang satu tu dengan frekuensi hayunan kaki yang tinggi. Tak faham? Bukak buku Maths atau Fizik. In shaa Allah jumpa sebabnya. Aku malas nak buka kelas dekat sini, nanti lain jadinya.

Sambil-sambil tengok Isaac yang tengah berjalan mendekati aku, sempat jugalah sepasang mata yang gatal ni tengok dia atas bawah. Nampak macam baru balik kerja. Dengan berseluar slack hitam, kemeja yang juga berwarna hitam berlengan panjang yang dilipat hingga ke siku, dua butang teratas dibuka dan necktie hilang entah ke mana; sah! Memang baru balik kerja. Aku tengok jam sekilas. Baru pukul 12. Awal nau balik kerja.

Buat apa? Dating ke?

"Hawa."

Aku palingkan muka ke arah lain. Malas tengok muka orang tu. Walaupun handsome, hati aku sakit bila teringatkan apa yang aku nampak tadi. Patutlah dua bulan ni tak contact aku langsung, busy bercinta rupanya.

IZEVE: The Future of UsWhere stories live. Discover now