Ambil Cakna❕

237 5 0
                                    


Apabila barang sudah dijual atau sudah dipersetujui untuk dijual, maka orang lain (peniaga) tidak boleh datang kepada pelanggan tersebut dengan menawarkan harga yang lebih murah ke atas barangan yang sama.

Sebagaimana sabda Baginda SAW yang menyebut:

لَا يَخْطُبُ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ وَلَا يَسُومُ عَلَى سَوْمِ أَخِيهِ

Maksud: "Janganlah seseorang meminang di atas pinangan saudaranya dan janganlah seseorang membeli di atas belian saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim, no. 1408)

Ibnu Hajar berkata – "Menjual di atas jualan orang lain, begitu pula dengan membeli di atas belian orang lain, hukumnya haram. Bentuknya adalah seperti seseorang membeli suatu barang dari pembeli pertama dan pada masih urusan jual beli, penjual kedua kemudian datang dan berkata: "Batalkan saja urusan jual belimu dengannya kerana aku menawarkan kepadamu dengan harga yang lebih murah." (Fathul Bari, 4/353)

Bagi penulis, perbuatan ini sendiri menunjukkan bahawa penjual kedua datang dan mencaras usaha orang lain tanpa beliau meletakkan usaha yang benar untuk melariskan jualannya.

Sebagaimana sifat 'free rider' yang mendapat manfaat namun bukan di atas hasil usahanya sendiri. Ini adalah perkara yang perlu dielakkan.

Adapun, jika jual beli itu berlaku, ia adalah sah. Tetapi perbuatannya haram dan pelakunya berdosa.

⚠️ Kesimpulannya, EBOOK ini tidak dibenarkan jualan di atas jualan.
⚠️ Jual beli dan urusan hanya antara saya, Malyshka iaitu penulis novel ini dan pembaca sahaja. (TIADA ADMIN)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now