Chapter 5

9.3K 399 29
                                    


"SIAL lah!" Maki Ryan Edgard sesampainya di 'base'. Meja yang penuh dengan deretan pelbagai jenis pucuk pistol dan senapang ditolak kasar. Habis bersepah semuanya.

Entah kenapa dia jadi serabut memikirkan gadis yang terpaksa diculik itu. Benarlah kata orang, wanita itu kelemahan bagi lelaki. Dia jadi tidak tentu arah apabila berkaitan dengan Ayra Naliesya.

Tetapi apa yang lebih membuatnya seperti terkena tamparan yang maha dahsyat adalah gadis itu mirip akan seseorang. Seseorang yang dia cinta separuh mati suatu ketika dahulu. Wajahnya, peribadinya, sikapnya, gayanya, tutur katanya. Itu yang membuatkan dirinya makin tidak keruan.

Anak buahnya masing-masing berpandangan sesama sendiri. Pelik, kenapa pula dengan ketua mereka ini? Ada apa-apa yang tidak kenakah?

"Boss kenapa?" Soal Hanz si anak buah yang menceceh mahu tahu.

"Baik kau diam sebelum butir peluru tu tembus kepala kau." Tegur Alex pada Hanz aka si pak cik bawang. Bukan dia tidak tahu perangai baran dan gila ketua mereka itu. Jangan buat pasal kalau ketua mafia tengah naik angin.

"Arghhhhhh!!!"

Beberapa das tembakan dilepas ke lapangan yang menghubungkan 'base' dengan banglonya.
Sesudah melepaskan amarah, Ryan Edgard menghempas duduk di kerusi yang ditempah khas untuk Capo sahaja.

"Progress?" Ryan Edgard menyoal. Riak wajahnya masih tegang dan serius.

"Buat masa sekarang, kita ada masalah dengan sistem pertukaran barangan yang masuk dari luar. Jax suap orang kita kerja bawah dia. Dia double up price tapi lalu kita." Fadhil memberitahu.

"Habis tu, itu pun aku nak kena ajar ke?! Settle lah!" Ryan Edgard memekik. Semua minta kena suap. Macam pondan.

"Tapi kalau habiskan semua, rugi besar kita." Danny menokok. Dia dan Fadhil yang merupakan 'defend' bagi Black Mafia harus memikirkan juga baik buruk tindakan yang dilancar. Tidak boleh main bantai dan redah saja sesuka rasa. Balik-balik nanti mereka juga yang akan dipersalahkan.

"Aku akan rugi lagi besar kalau simpan pengkhianat, bunuh semuanya. Lagi?!"

"Aku detect Noah dekat Itali sekarang. Dia tengah kumpul backup nak tumpaskan Black Mafia." Khairil bersuara.

"Tak apa, dia belum kenal aku siapa. Zack, buka tender 20% off untuk our best deal. Aku yakin Capo of Italian pun tak nak jadi anjing dia."

Zack angguk tanda mengerti.

Senyum sinis terukir di bibir Ryan Edgard. Noah si keparat itu fikir dia cukup hebat? Tunggu saja serangan balasnya. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.

"By the way, apa cerita dengan perempuan hari tu? Nak buat apa dengan dia?" Alex menyoal. Kalau mahu dibunuh, Glock 20nya sedia untuk berkhidmat.

"Perempuan mana?" Hanz mula teruja. Jelas riak gatal dan nakalnya.

Banggg!

Bunyi tembakan yang dilepaskan tanpa amaran buat bahu Hanz sedikit terhinjut. Kusyen lembut yang sedang diduduki sekejapan tembus dek peluru besi. Tepat di antara celah kelangkangnya. Terus diam menikus lelaki itu, tidak berani bersuara lagi. Takut dia pula yang dihabisi dan dirobek sehingga mati.

"Kau nak simpan dia?" Soal Zack yang seperti dapat membaca isi kepala Ryan Edgard. Dia bukannya kenal lelaki itu sehari dua.

"Buat je kerja kau orang, tak perlu sibuk hal dia."

"Aku tak nak cakap banyak, tapi dia akan jadi titik kelemahan." Zack sekadar memberi peringatan.

"Aku tahu apa yang aku buat." Bidas Ryan Edgard dingin. Tidak gemar anak buah mencampur tangan hal yang tidak berkepentingan.

Dia tidak menafikan apa yang Zack katakan, dia juga sedar akan hal itu. Dan dia juga tahu Zack menasihatinya atas dasar sahabat, tapi apa yang boleh dia lakukan? Tak akan dia mahu membunuh gadis itu pula. Mahu dilepaskan begitu sahaja, lagilah mustahil. Kesimpulannya, ya biarkan Ayra Naliesya di sini untuk sementara waktu sebelum dia memutuskan apa yang hendak dilakukan dengan gadis itu.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now