Chapter 10

8K 339 6
                                    


SIMBAHAN cahaya mentari mengganggu lena Ayra Naliesya. Kepalanya masih terasa pening dan berdenyut-denyut. Pergelangannya pula agak sedikit pedih.

"Sya dah bangun? Okay tak? Rasa macam mana? Sakit? Pening?" Tanya Mak Ida prihatin sambil menatang dulang yang berisi sandwich telur dan air teh panas.

Melihatkan wajah tua itu menyapa, terbit rasa serba salah dalam diri. Teringat akan perbuatannya yang telah menghancurkan kepercayaan wanita tersebut. Pasti Mak Ida tidak akan percaya padanya lagi.

"Sekarang pukul berapa?" Ayra Naliesya tidak menjawab pertanyaan Mak Ida malah kembali menyoal dalam nanar dan mamai yang masih bersisa.

"Pukul 9.45, kenapa Sya?"

"Ya Allah, Sya tertinggal subuh." Beritahu Ayra Naliesya kelam kabut. Dia yang sedari tadi elok duduk di atas katil pantas berdiri.

"Ohh, Mak Ida minta maaf. Mak Ida dah kejut subuh tadi, tapi Sya tak terjaga. Lagipun Tuan Ryan tak bagi Mak Ida kacau Sya. Katanya Sya masih penat." Beritahu Mak Ida dengan riak serba salah.

Huh! penat? Tahu kau aku penat. Penat dengan semua ni. Desisnya geram.

"Hmm tak apalah, makanan tu Mak Ida letak je dekat situ, kejap lagi Sya makan. Sya nak qada' subuh dulu."

"Haa ya lah. Mak Ida keluar dulu ya." Pamitnya.

Setelah Mak Ida keluar, tuala bersih di dalam almari dicapai seraya langkahnya dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri. Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Ayra Naliesya meraup seluruh wajahnya dengan kusut.

Dia mula menyalahkan diri sendiri kerana tak dapat lolos dari perangkap Ryan Edgard.

Ah! Sudahlah, meratapi pun tiada guna. Berfikir sampai pecah otak pun tiada manfaatnya. Lebih baik mengadu pada Yang Maha Kuasa. Dia lebih mengetahui hikmahnya di balik suatu rencana.

Sesudah menghabiskan makanan yang dihantar, Ayra Naliesya membawa langkah ke pintu. Dipulas tombolnya, sayang sekali berkunci. Sudah pastilah, apa yang diharapkan. Tingkap di dalam bilik itu juga sudah dipasang palang besi oleh Ryan Edgard, mungkin kerana risau pisang akan berbuah dua kali.

Punggung kembali dihenyak ke atas tilam. Meregangkan segala otot yang terasa sengal. Sedang dia bermalas-malasan di atas katil. Pandangannya jatuh pada lengannya yang kelihatan sedikit lebam. Tidak terlalu kelihatan, tapi masih boleh disedari.

Apa yang lelaki itu buat padanya semalam? Apa yang dimasukkan ke dalam tubuhnya? Dadah ke? Dia nak jadikan aku keldai dadah ke? Ya Allah, nauzubillah.

Fikiran Ayra Naliesya mula meliar apabila tidak mendapat kepastian. Cepat-cepat dia menggeleng, menghapuskan segala tanggapan negatif. Minta-minta apa yang difikirkan tidak benar.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now