Chapter 2

10.6K 491 9
                                    


SEJAK dari Ryan Edgard meninggalkan banglo ini, tangisan Ayra Naliesya masih belum berhenti. Betapa malangnya nasib diri. Tanpa asbab yang kukuh, dia kini dikurung.

Mak Ida mengetuk pintu bilik yang kini didiami oleh Ayra Naliesya. Tiada sahutan. Dia baru teringat sebelum Ryan Edgard meninggalkan rumah, jejaka itu mengunci bilik ini. Mak Ida langsung bergegas ke depan mengambil kunci pendua lalu membuka pintu dua daun itu.

"Nak, mak cik minta maaf ganggu. Tuan Ryan suruh kamu makan. Mak cik letak sini ya?" Ujar Mak Ida lalu meletakkan makanan itu di meja kecil di sebelah katil.

Mak Ida sudah berkira-kira mahu beredar apabila Ayra Naliesya tidak memberi respon. Baru sahaja hendak berpaling, lengannya dipaut. Tangisan Ayra Naliesya kembali pecah. Air matanya sudah berjuraian. Lebat dan tak putus bak air terjun.

"Saya nak balik. Saya takut duduk sini." Rengek Ayra Naliesya seperti anak kecil. Jatuh kasihan Mak Ida melihatnya, namun dia tak dapat melakukan apa-apa. Dia tiada kuasa.

"Mak cik boleh tolong saya?" Raut tuanya dipandang sayu oleh gadis itu.

"Tolong apa tu nak? Kalau boleh, mak cik cuba bantu."

"Macam mana saya nak keluar dari sini?" Soal Ayra Naliesya penuh pengharapan. Berharap wanita itu dapat membantunya.

"Err... untuk hal ini, awal-awal mak cik minta maaf. Bukan mak cik tak mahu tolong, tapi mak cik tak berani untuk ingkar arahan Tuan Ryan." Beritahu Mak Ida serba salah.

Hampa hati Ayra Naliesya. Tiada siapa yang mampu dia harapkan.

"Hmm... tak apalah, saya faham." Ayra Naliesya mengeluh. Bukan salah wanita itu jika tidak dapat membantunya. Dia ini hanyalah seorang pekerja, sudah pasti setiap arahan lelaki itu bakal diturutinya.

"Panggil mak cik, Mak Ida. Nama anak siapa?"

"Naliesya, panggil Sya saja." Beritahunya lembut.
Mereka kemudiannya berbual-bual kosong dan Ayra Naliesya mula selesa dengan Mak Ida. Sedikit sebanyak, fahamlah dia siapa lelaki-lelaki yang membawanya ke sini, siapa Mak Ida dan mengapa orang tua itu bekerja di sini.

"Mak Ida tahu kamu sedih, takut dan tak selesa di sini. Tapi, kalau kamu nak luah apa-apa, Mak Ida ada. Itu saja yang Mak Ida mampu."

"Tak apa Mak Ida, itu pun dah cukup terima kasih." Ucap Ayra Naliesya ikhlas. Tidak mengapalah jika dia terperap di tempat ini buat sementara waktu, asalkan dia mempunyai teman.

"Tak ada apalah. Lagipun Mak Ida tengok kamu ni, teringat pada anak sendiri."

"Ohh, Mak Ida ada anak perempuan? Mana dia?" Soal Ayra Naliesya teruja. Tak sangka pula, ada juga insan lain di dalam rumah ini yang boleh dijadikan teman.

"Dia sudah pergi dijemput ilahi." Ujar Mak Ida sayu.
Terkedu Ayra Naliesya. Apa yang disampaikan oleh Mak Ida itu bagai merenggut jantungnya. Terus keterujaan yang tadinya membuak mati begitu saja. Dilihat Mak Ida menarik nafas panjang sebelum menyambung cerita.

"Masa tu anak Mak Ida baru belasan tahun. Kalaulah dia masih hidup sampai sekarang, umurnya pasti lebih kurang Sya. Atau mungkin sebaya."

Allahuakbar, kuat betul wanita di hadapannya ini.
Ayra Naliesya ingin bertanya sebab kematian yang menjadi punca, tapi niatnya dikuburkan bila memikirkan soalannya mungkin bakal menambah luka. Dia tahu meskipun Mak Ida mengukir senyum di bibir, namun di hati siapa yang tahu. Tuhan saja yang tahu betapa dia cuba untuk kuat demi meneruskan kehidupan.

"Saya minta maaf. Saya tak sangka yang-"
Belum sempat Ayra Naliesya menghabiskan ayatnya, Mak Ida sudah memotong.

"Eh tak apa,  benda dah lama pun. Sudahlah, kamu tu makan. Masuk angin perut tu nanti, Tuan Ryan marah Mak Ida pula kata tak bagi kamu makan." Selorohnya sebelum menitip keluar.

Ayra Naliesya hanya mengangguk dan memberi senyum nipis buat wanita itu. Seusai makan, dia membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya. Dipinjam telekung kepunyaan Mak Ida memandangkan wanita itu saja yang boleh diminta tolong.

Selesai solat, dia berteleku lama di atas sejadah. Berdoa dan merintih nasib pada Yang Maha Esa. Memohon jalan keluar dari masalah yang menimpanya.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now