Chapter 4

9.3K 430 15
                                    


"LEPASKAN aku!"

Panggg!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Ayra Naliesya. Kuatnya tamparan itu membuatkan Ayra Naliesya terduduk di atas katil. Tangannya naik memegang pipi yang terasa sengal dan mungkin berbekas dengan tapak tangan lelaki durjana ini.

Air matanya jatuh. Bukan kerana ditampar, tapi kerana dia lemah tidak mampu melawan.

Tanpa sebarang kata, Ryan Edgard berlalu keluar. Pintu bilik dihempas kuat. Terhenjut bahu Ayra Naliesya akibat terkejut, nasib tidak gugur jantungnya. Makin laju air mata menuruni pipi. Sejak dia berada di tempat ini, hanya air mata yang menjadi peneman setia.

Dada Ryan Edgard berdegup kencang. Kenapa hatinya pula yang sakit apabila melihat gadis itu menangis? Kenapa dia pula yang terasa pedih bila gadis itu bersedih?

"Tuan?" Mak Ida yang kebetulan ingin menghantar makanan buat Ayra Naliesya berasa aneh apabila melihat jejaka ini mundar-mandir di hadapan pintu bilik.

"Mak Ida nak beri Cik Naliesya makan." Beritahu Mak Ida semakin menghampiri apabila lelaki itu tidak menyahut.

"Hmm." Ryan Edgard hanya menjawab sepatah lantas kakinya beredar dan menuju ke 'base'.

Kenapa pula tu? Macam serba tak kena saja. Mak Ida naik hairan dengan tingkah majikan mudanya.

"Sya, mari makan." Pelawa Mak Ida mesra sebelum berpusing menghadap gadis itu.

"Laa... hei, kenapa menangis ni?" Soal Mak Ida panik. Langkahnya mendekati gadis yang sedang tersedu-sedan menahan tangis. Apa yang sudah terjadi? Yang seorang macam cacing kepanasan, yang seorang lagi berjuraian air mata.

"Kenapa ni? Cuba cerita kenapa?" Pujuk Mak Ida lembut. Tubuh Ayra Naliesya dipeluk dan belakang tubuh gadis itu dielus bagi meredakan tangisannya.

"Lelaki tu, jahat... " Bicara Ayra Naliesya tersekat-sekat diselangi sedunya yang masih belum reda.

"Siapa? Siapa yang jahat?"

Lelaki mana pula ni? Tuan Ryan kah? Berkerut dahi Mak Ida memahami tutur gadis itu yang tidak lengkap.

"Saya nak balik, ini bukan tempat saya." Luah Ayra Naliesya lirih. Dia ingin bebas dan tenang seperti sebelum ini tanpa perlu ada rasa takut atau terseksa kerana dikurung bagai tawanan perang.

Lelaki ini memang gila! Dasar psiko!

"Shh... Shh... Sabar ya nak." Mak Ida buntu. Dia mati akal mahu memujuk. Apa yang harus dikatakan. Dia juga tidak terdaya mahu menolong. Meski dia tidak tahu apa yang sudah terjadi antara kedua insan itu, tapi dia tahu apa yang gadis itu rasakan.

Setelah agak lama Mak Ida cuba menenangkan Ayra Naliesya, Mak Ida membuka bicara.

"Dah rasa lega sikit?"

Ayra Naliesya mengangguk perlahan. Air mata yang bersisa diseka kasar.

"Sudah, pergi basuh muka. Makan, lepas tu rehat ya?"

"Tak apalah Mak Ida, Sya tak ada selera. Mak Ida bawa je makanan tu turun, kalau dibiar situ nanti semut yang hurung." Tolak Ayra Naliesya lalu merebahkan tubuhnya.

Badannya tidak penat, tetapi otaknya. Dia lelah mahu menangisi apa yang telah terjadi. Mahu menyesal, tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tidak baik pula dia mahu menyalahkan takdir, maka hanya hiba yang harus ditanggung pahit.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now