Chapter 3

9.9K 451 22
                                    


TANPA salam atau sebarang ketukan, Ryan Edgard menerpa ke dalam bilik yang didiami oleh Ayra Naliesya.

Ayra Naliesya menjeling sekilas. Dijulingkan matanya ke atas tanda meluat bila wajah Ryan Edgard menyapa pandangan. Untung sahaja dia masih bertelekung, kalau tidak tayangan percuma saja mamat ini dapat.

Rahang Ryan Edgard bergerak seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tersekat di celah kerongkong. Dia terkaku melihat penampilan gadis itu. Tidak lepas matanya memandang seraut wajah bersih milik Ayra Naliesya.

"Apa?" Soal Ayra Naliesya kasar bila lelaki itu memandangnya lama. Naik seram dia. Bukan boleh percaya sangat manusia ini, silap haribulan dia diaqiqahkan. Nauzubillah.

Ryan Edgard berdehem. Cuba menenangkan gelodak hati yang mula memukul tuan.

"Sampai bila aku kena duduk dekat sini?" Ayra Naliesya bertanya apabila lelaki itu hanya diam.

"Sampai bila-bila."

"Tak akan sampai mati kena kurung? Lebih baik bunuh terus kalau macam tu." Kata Ayra Naliesya tanpa berfikir panjang.

"Kau nak mati sangat ke?" Duga Ryan Edgard.
Ayra Naliesya meneguk air liur. Benarkah itu yang dia mahukan? Tidak! Dia hanya bercakap dengan emosi kerana terlampau sebal dan sakit hati.

"Tapi macam mana dengan kerja aku, keluarga aku, dan hidup aku?"

Melihatkan Ryan Edgard hanya diam dan tidak menjawab soalan yang dilontar, Ayra Naliesya menyambung lagi.

"Kau ni tak takut kena cekup polis ke? Aku hilang ni tiba-tiba tau, mesti akan ada orang report polis." Sengaja Ayra Naliesya ingin melihat respon lelaki itu.
Ryan Edgard gelak halus, terhibur mendengarnya. Naif betul perempuan ini.

"Apa yang kelakar?" Berkerut dahi Ayra Naliesya apabila Ryan Edgard mentertawakannya.

"Ohh dear, the cop's under my feet." Ujarnya angkuh sambil menayang senyum sinis.

Ayra Naliesya memandang Ryan Edgard dengan pandangan jengkel. Berlagak bukan main jawapannya. Kalaulah sekali tuhan nak tunjuk, baru tahu terduduk.

"One more thing,"

"Apa lagi?" Ryan Edgard masih dengan riak tak berperasaannya.

"Aku tahu ini tempat kau, dan kau berhak buat apa saja. Tapi satu aku minta, tolong hormat aku. Lain kali kalau nak masuk tu, ketuklah dulu. Aku tak selesa kau main terjah macam tadi." Ayra Naliesya menuturkan apa yang terbuku di hatinya. Geram apabila Ryan Edgard melakukan sesedap rasa.

"My place, my rule. It's not my problem if you're not comfortable with it." Kata Ryan Edgard yang mula panas bila ditegur. Tak pernah ada yang berani mempertikaikan perbuatannya, tapi gadis ini malah selamba saja.

"Aku tak nak pun duduk sini." Balas Ayra Naliesya dengar tak dengar. Namun telinga Ryan Edgard cekap menangkap butir bicaranya.

"Jangan persoal tindakan aku. Aku tak bunuh kau pun dah cukup baik." Selar Ryan Edgard. Nadanya mulai meninggi.

E'eh mamat ni, aku cakap elok-elok saja pun. Yang nak melenting tu dah kenapa? Tercabar sangat ke ego dia? Desis hati Ayra Naliesya.

"Kau tu patut bersyukur aku tak kurung kau dekat bilik bawah tanah macam tawanan aku yang lain."
Berkerut dahi Ayra Naliesya mendengarnya. Ini yang mula buat darahnya naik. Dia yang culik aku, lepas tu dia suruh aku bersyukur. Tak dinafikan, dia bersyukur dirinya tidak dibunuh dengan kejam seperti mangsa-mangsa yang lain. Tapi pantaskah dia bergembira di atas penculikan ini? Tak waras betul.

"Aku tak minta pun kau simpan aku dekat sini! Aku minta kau lepaskan aku, itu sahaja!" Ayra Naliesya pula tidak mahu kalah. Nadanya juga sama naik apabila dicabar.

"Don't get on my nerve, I swear you're not gonna like it." Garang Ryan Edgard memberi amaran. Tak suka dibentak.

Ayra Naliesya sudah terdiam. Tak mampu membalas kerana tahu apa yang lelaki itu mampu lakukan.

"I can do whatever I want to, even if you're against it." Seraya berkata demikian, Ayra Naliesya ditinggalkan sendirian. Berperang dengan rasa yang berkecamuk dalam diam.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now