Chapter 9

8.1K 388 40
                                    


AYRA Naliesya bangun dari pembaringan. Tangannya naik memegang kepala yang terasa berat dan berpusing-pusing. Dia kembali mengingati perkara yang berlaku. Beberapa detik kemudian, rasa amarah membuak-buak dalam dada.

Sia-sia sahaja usaha kau Ayra Naliesya. Lihat saja di mana kau berada sekarang. Kembali ke tempat terakhir yang kau mahu jejaki dalam dunia. Diri sendiri mula mengutuk tuan.

Bukannya kebebasan yang dapat, tapi malah sakit yang datang. Sakit kepala, sakit kaki, sakit dada dan sakit hati.

Ayra Naliesya memandang kosong kakinya yang berbalut. Sedang dia leka termenung mengenangkan apa yang terjadi, Ryan Edgard masuk tanpa ketukan.

"You're awake."

"No, i'm dead." Ayra Naliesya loyar buruk dengan muka yang masam. Dah sah-sah mata aku terbuka, mestilah dah bangun. Tak akanlah mayat hidup pula.

Ryan Edgard ketawa kecil. Langkahnya dibawa ke sofa yang berada di hujung ruang kamar.

"May I know what the hell your intention is?!"

"Shhh... princesses don't curse." Ryan Edgard masih lagi dengan riak selambanya.

"I'm not a princess." Tukas Ayra Naliesya serius. Namun balasannya itu hanya mengundang senyum sinis Ryan Edgard.

"Zack!" Panggil Ryan Edgard. Seketika kemudian, Zack masuk ke dalam bilik itu.

"Take her."

"Ryan, think carefully. You'll hurt her." Zack mengingatkan dengan wajah yang serba salah. Dia berharap lelaki itu mempertimbangkan keputusannya. Dia tidak bersetuju dengan Ryan Edgard yang mahu memasukkan implan mikrocip ke dalam tubuh Ayra Naliesya. Dan teguran itu hanya mendapat jelingan dari si Capo, membuatkan Zack terpaksa akur.

"Make sure the equipments is ready before I get there." Sempat Ryan Edgard berpesan. Zack mengangguk faham.

"Ikut saya." Zack memegang lengan Ayra Naliesya.

"Lepaslah! Tak nak! Kau nak bawa aku pergi mana haa?!" Ayra Naliesya menjerit-jerit minta dilepaskan tetapi sia-sia.

"Sorry, but you're way too hard to deal with." Sekilas itu, Zack mengangkat tubuh Ayra Naliesya lalu dipikul di atas bahu. Ayra Naliesya memukul-mukul belakang badan Zack, namun langsung tidak lut tumbukannya. Bagai mencurah air ke daun keladi, begitu jugalah usahanya.

Beberapa minit diangkut sebegitu, dia kemudian diletakkan di atas kerusi lalu digari tangannya dengan kunci besi. Ayra Naliesya cuba meronta tapi perkara itu hanya memberi kesan pada pergelangannya sahaja. Bukannya terlepas, malah kulitnya yang rasa tersiat. Akhirnya dia tak lagi melawan dan mula memerhati sekeliling.

Bilik itu gelap, sejuk dan dia tidak pernah masuk lagi ke situ. Hanya ada satu lampu mentol di tengah-tengah. Mungkin inilah bilik yang dikatakan oleh Ryan Edgard sebelum dia meloloskan diri tempoh hari.

Ayra Naliesya melihat Zack menyediakan jarum dan peralatan yang dia sendiri tidak ketahui. Peralatan itu diletakkan di atas dulang yang ditolak menggunakan troli.

"Well, since you like to run away from me. So a little punishment won't hurt, isn't it?" Ryan Edward mendekati Ayra Naliesya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang bertentangan dengan yang diduduki oleh Ayra Naliesya.

Zack menghulurkan satu persatu peralatan kepada Ryan Edgard.

"Kau nak buat apa?! Lepaskan akulah!"

"Close your eyes baby, it will hurt a little. Just a little." Kemudian lengan baju Ayra Naliesya disinsing lalu jarum yang panjang itu dicucuk ke lengan gadis itu.

"Arghhh! Tak nak, tak nak. Please... stop." Ayra Naliesya merayu tetapi Ryan Edgard tetap meneruskan perbuatannya. Air mata Ayra Naliesya jatuh menitis kerana terlampau takut. Entah apa yang lelaki gila ini masukkan ke dalam badannya.

Setelah selesai, Ryan Edgard membuka sarung tangan yang digunakan lalu dilempar ke dalam tong sampah. Dia kemudiannya menapak keluar dari bilik kurungan itu.

Ayra Naliesya yang pengsan akibat suntikan penenang itu ditinggalkan begitu sahaja. Beberapa minit kemudian, Ryan Edgard kembali dan mencempung tubuh Ayra Naliesya ke bilik tidurnya. Gadis itu dibiarkan rehat.

Dia tidak mahu sebenarnya melakukan hal itu, tetapi sebagai langkah berwaspada dia terpaksa menanam implan mikrocip ke dalam tubuh Ayra Naliesya. Senang untuknya mendapatkan info dan mengawasi keberadaan gadis itu jika ada apa-apa yang berlaku.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now