Chapter 1

11.9K 568 25
                                    


"KELUAR!" Jerkah seorang lelaki memaksa Ayra Naliesya keluar dari van. Lengannya ditarik dan batang tubuhnya diheret serta ditolak agar berjalan dengan cepat.

Mendesis Ayra Naliesya bila diperlakukan sedemikian rupa. Sudahlah mata ditutup, kaki pula pendek, nak laju macam mana lagi? Dasar kuntilanak, tak reti sabar betul! Rasa hendak dihempuk saja kepala mereka ini. Sayangnya semua itu hanya mampu diomel dalam hati. Mana tidaknya, karang tak fasal-fasal mati katak pula dia di sini jika melawan.

Beberapa minit senyap, tiba-tiba kain yang menutupi kelopak mata Ayra Naliesya ditarik lepas. Simbahan cahaya yang masuk ke dalam kornea mata secara drastik menyebabkan dia silau. Setelah agak lama mengerdip dan cuba meneutralkan biasan lampu, akhirnya pemandangannya kembali normal. Tanpa dipinta, pita pelekat di mulutnya turut dicabut. Hanya
ikatan tangan yang masih utuh bersimpul.

Laju mata Ayra Naliesya membelingas melihat sekeliling. Dia kini berada di sebuah ruang lapang yang agak besar berdindingkan besi logam. Melihatkan dari rupa dan keadaan tempat ini, nampaknya inilah tempat operasi kegiatan jenayah mereka.

"Bring that bastard here." Suara yang mengarah buat Ayra Naliesya menoleh. Kini, baru dia perasan yang bukan dia seorang sahaja tebusan di situ. Ada seorang lagi lelaki yang menjadi mangsa sepertinya.

Heleh, yalah tu mangsa. Entah-entah sama saja perangai. Semuanya penjenayah. Tuduhnya sesuka hati.

"Kau tak akan dapat apa kau cari." Ujar lelaki yang menjadi tebusan itu dengan senyum mengejek.

Namun kata-kata itu hanya disambut dengan tawa sinis dari Ryan Edgard iaitu ketua kepada kumpulan mafia tersohor, Black Mafia. Beberapa orang anak buah yang bekerja untuknya menolak tubuh si tawanan sehingga jatuh melutut pada tuannya.

"So... Remy, are you gonna tell me or nah?" Ryan Edgard kian mencangkung, menyamai paras kedudukan dan berpura-pura menyoal. Padahal bukan dia tidak tahu yang lelaki itu pasti enggan memberi
kerjasama.

Lelaki yang bernama Remy itu hanya diam. Sesaat kemudian, dia meludah ke muka Ryan Edgard. Senyum lagak ditayang.

Ayra Naliesya menelan air liur. Si Remy yang meludah, dia yang takut. Gila berani manusia ini. Tidak takut matikah? Getus Ayra Naliesya dalam hati.

"Son of a bitch!" Teriak Ryan Edgard lalu menyepak perut lelaki itu.

"Does your stupid boss fuck off your mouth with money?!" Kini mukanya pula menjadi sasaran. Bertubi- tubi tumbukan diberikan. Si bangsat ini sudah semestinya dibayar mahal untuk menutup mulut.

Ryan Edgard akhirnya melepaskan tembakan. Picu pistol ditekan dan lelaki itu rebah ke lantai. Darah tersembur dari mulutnya. Seluruh bilik besi itu penuh dengan cecair merah pekat.

"Arghhhh!!!" Bergema jeritan Ayra Naliesya di dalam ruangan itu. Dia terpana, ini kali kedua dia melihat kejadian pembunuhan di depan mata.

Ayra Naliesya pantas menekup mulut bila Ryan Edgard mencerlung ke arahnya. Panahan tajam itu membuat urat perut semakin kecut, rasa seperti mahu
hilang terevaporasi di udara sekarang juga.

"Noah macam mana?" Zack selaku orang kanan bertanya. Tebusan sudah ditembak mati. Mana lagi mahu mencari informasi.

"No worries, sampah ni tak ada function. Fad, kau settle ni. Danny, arahkan yang lain berkumpul dekat port. Zack, kau tunggu aku dekat luar." Perintah Ryan Edgard tegas. Mereka semua mengangguk faham sebelum beredar.

"Ikut aku." Ryan Edgard menarik lengan Ayra Naliesya yang masih kaku di posisinya. Dia tahu gadis itu terkejut tapi apakan daya, itulah rutin hariannya.

"Kau takut?" Ryan Edgard menyoal lembut setelah mereka berdua masuk ke dalam sebuah bilik.

Ayra Naliesya hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Dia trauma. Siapa yang tidak akan trauma setelah melihat pembunuhan di depan mata?

"Aku nak kau biasakan diri, sebab kau akan lama dekat sini."

"Apa maksud kau lama dekat sini?!" Soal Ayra Naliesya kasar. Dia tidak mahu tinggal di sini. Dikelilingi orang-orang yang aneh, pelik dan menakutkan. Dia mahu pulang.

"You witnessed my murder baby, so play the consequences." Ryan Edgard masih tenang duduk di sofa bertentangan. Sebatang rokok dicapai lalu dinyalakan. Asap tebal yang mula memenuhi ruang bilik itu membuatkan Ayra Naliesya terbatuk kecil. Dia paling tidak suka dengan orang merokok. Bau asapnya saja sudah buat dia pening dan rasa nak muntah.

"Aku nak balik. Tolonglah, aku janji tak akan beritahu sesiapa. I swear not involving the cops and whatsoever. I kept everything in silent. Please..." Janji Ayra Naliesya bersungguh-sungguh. Tangan kanannya naik berikrar menunjukkan bahawa dia tidak main- main.

Ryan Edgard tergelak kecil.

"Not that easy girl."

"Please... please let me free, i'm begging." Ayra Naliesya sudah melutut di kaki Ryan Edgard. Dia sudah tidak peduli. Yang dia tahu, dia tak nak berada di sini. Air mata yang mula berjuraian di pipi dibiar sepi.

"Hey, hey, don't beg dear. I hate to see weak people." Kata Ryan Edgard sambil mengusap kepala Ayra Naliesya yang berlitup elok. Dia kemudiannya
bangun dan menghampiri pintu.

"I'm sorry to tell you this but, you're not going anywhere. You'll stay." Sesudah itu, dia keluar dan mengunci pintu bilik itu dari luar.

"Mak Ida!" Jerit Ryan Edgard memanggil pembantu rumahnya.

"Ya tuan, ada apa?" Soal Mak Ida terkocoh- kocoh keluar dari dapur.

"Nanti bagi perempuan dalam bilik ni makan. Tengok-tengokkan dia, jangan bagi dia buat perkara yang pelik-pelik. Kalau ada apa-apa, maklumkan saja pada pengawal." Pesan Ryan Edgard lantas menuju ke luar rumah dan memboloskan diri ke dalam Audi R8 miliknya. Sempat dia menghantar isyarat mata kepada salah seorang anak buahnya yang diamanahkan untuk menjaga kawasan.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now