Chapter 13

8K 332 25
                                    


"HOW is she?" Soal Ryan Edgard khuatir.

"She's fine, nasib baik luka tembus tak berapa dalam."

Ryan Edgard gelisah. Meskipun Vinn mengatakan bahawa luka yang dialami oleh Ayra Naliesya tidak dalam, tapi dia tahu setiap peluru yang menembus daging boleh menyebabkan kerosakan fatal. Bahkan getaran dari momentumnya saja akan menyebabkan kerosakan serius pada organ dan jaringan tubuh meski peluru itu tidak mengena.

"She had a hypovolemic shock. But no worries, aku dah cek semua. Tak ada komplikasi dalaman yang lain, cuma dia perlu rehat yang banyak dan diet yang betul dalam proses nak regain darah baru."

Ryan Edgard meraup kusut wajahnya. Dia sedar bahawa 90 peratus kematian orang yang ditembak adalah akibat dari kehilangan banyak darah. Untung saja dia cepat menelefon Vinn bagi mendapatkan
pertolongan medikal.

Sesudah mengucapkan terima kasih dan menghantar doktor peribadinya keluar, Ryan Edgard melabuhkan duduk di sebelah katil Ayra Naliesya. Melihat tubuh lesu dan pucat itu buat dia jadi tidak keruan. Rasa serba salah menjerut tangkai hati.

"I'm sorry." Luahnya perlahan. Dia tertunduk menyesali apa yang telah terjadi.

Dahi Ayra Naliesya berkerut. Benarkah apa yang dia dengar? Lelaki ini meminta maaf? Ke dia yang salah dengar? Macam tak percaya pula. Ini adalah kali pertama dia mendengar perkataan maaf keluar dari mulut Ryan Edgard. Rasa seperti mimpi.

Ayra Naliesya sebenarnya sudah terjaga dari tadi lagi. Cuma untuk membuka mata, terasa amat berat. Lagipula bahagian kiri perutnya terasa sakit yang teramat. Bagai ada objek tajam yang mencucuk-cucuk tepi pinggangnya.

"I'm sorry you have to go through this. But there's nothing I can do for you to avoid me. Cause I want you here." Jujur Ryan Edgard dengan suara yang tertahan. Dia sedaya upaya cuba untuk berlagak tenang, tapi hatinya gundah gulana apabila melihat keadaan gadis itu begitu.

Semua ini salahnya. Dia yang terlampau ego. Dia yang terlampau mahu menunjukkan kehebatan dan kekuasaannya. Dan sekarang, dialah yang harus menanggung kesannya.

"Get a nice rest, tesoro mio." (My treasure.)

Dengan kekusutan dalam fikiran, Ryan Edgard meninggalkan ruangan itu dan membawa langkah ke bilik kerjanya. Baru sahaja dia melabuhkan duduk di kerusi kulit empuknya, Zack mula menggamit.

"Angelo Ruíz." Maklum Zack seraya menghulur sebuah telefon pintar. Ryan Edgard mengangguk sebelum telefon bertukar tangan.

"Holla amigos, long time not hearing from you." Terdengar suara serak basah di hujung talian menyapanya.

"Holla zio." Balas Ryan Edgard mesra. Dia sudah terbiasa berbicara di dalam bahasa Itali apabila berkomunikasi dengan Angelo Ruíz memandangkan dia juga adalah separuh kacukan dari sana. Ibunya adalah faktor utama bagaimana dia boleh pandai dan fasih berbahasa asing kerana wanita itu sudah menerapkan kekuasaan bahasa lebih dari 3 jenis sejak dia masih kecil.

"This old man only wants to hear from his son."

Ryan Edgard tersenyum nipis, menyerlahkan lagi kekacakannya yang sedia ada. Angelo Ruíz merupakan orang kanan ayahnya ketika menjadi Don suatu ketika dahulu. Layanan Angelo Ruíz terhadap Ryan Edgard sangat baik. Lelaki separuh abad itu sudah menganggap Ryan Edgard seperti anaknya sendiri.

"I'm quite busy these days, Angelo. Sorry, couldn't keep up with you."

"Nahh... it's fine. Just wanna remind you that El Chapo isn't on your side. They gather half of the Italian La Cosa Nostra to get back at you."

"Lo so, grazie comunque." Balas Ryan Edgard tenang. (I know, thanks anyway.)

Sejak ayahnya dibunuh musuh, ramai sekali tali barut dan pengkhianat yang berpaling tadah. Khabar dari mulut ke mulut juga mengatakan bahawa Black Mafia sudah semakin lemah dan tidak sehebat dahulu lagi. Tapi sedikit pun Ryan Edgard tidak peduli, kerana dia ada caranya yang tersendiri. Mempimpin sesebuah organisasi tidak mesti membawa peraturan dan regulasi yang sama. Visi dan misi juga perlulah berevolusi selaras keperluan, bukannya berkekalan sepanjang zaman.

"Always remember my advise young man, brain
before brawl."

"Sí zio, non ti preoccupare." (Yes uncle, don't
worry.)

Talian dimatikan. Jujur dia mahu melawat Angelo Ruíz, tapi kekangan masanya menghalang. Lagipula kenangan bersama orang tuanya terlampau banyak di sana. Mungkin itu juga menjadi salah satu sebab mengapa dia sudah lama tidak menjejakkan kaki di negara pengasas Kesatuan Eropah itu. Biarlah dahulu, apabila keadaan mengizinkan pasti dia akan ke sana jua.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now