Chapter 7

8K 364 16
                                    


"ZACK dengan Fad ikut aku, kita masuk tengah. Alex kau kanan, Danny kiri. Khai, kau stay sini." Ujar Ryan Edgard. Baru sahaja dia mahu melepaskan anak buahnya, telefonnya bergetar menandakan ada panggilan masuk.

"Who the fuck?!" Ryan Edgard mendengus kasar.

"Boss, perempuan tu dah lari."

Berdesing telinganya. Sebaris ayat itu membuatkan darahnya naik sampai ke kepala. Berita yang disampaikan langsung membuat urat lehernya tegang.

"Sial! Pergi carilah bodoh!" Telefon pintar itu dibaling. Habis berkecai peranti itu.

"Kau pergi balik base tengok apa jadi. Habis ni, aku turun." Arah Ryan Edgard lalu menghulurkan kunci keretanya kepada Zack, si orang kepercayaan.

Zack hanya mengangguk sebelum meloloskan diri ke dalam BMW i8 milik Ryan Edgard.

"Position still sama, cuma bahagian tengah aku dengan Fad je. Before 2.30 mesti settle and by that move!"

Kesemua ahlinya mula bergerak seperti yang diarah. Langkah Ryan Edgard diikuti Fadhil dari belakang. Fadhil tahu Ryan Edgard sedang menahan rasa. Dia malas mahu bertanya dengan lebih lanjut tentang apa yang sudah terjadi kerana itu hanya akan menaikkan lagi amarah sepupunya. Tapi dia yakin, semua ini pasti ada kena mengena dengan gadis yang mereka culik tempoh hari.

Sebaik selesai saja tugas, Khairil memecut laju van hitam menuju pulang.

"Macam mana kau buat kerja bangsat! Aku suruh jaga seorang perempuan je, apa yang susah sangat?!" Suara Ryan Edgard memetir.

"Sorry boss, dia- "

Banggg!

Belum sempat menerangkan letak duduk hal, satu tembakan tepat mengena bahu kiri Hanz, salah seorang ahli yang diamanahkan untuk menjaga Ayra Naliesya. Suasana kini tegang. Semuanya senyap. Hanz terduduk ke lantai memegang bahunya yang kini sudah basah dengan darah.

"One more excuses, this bullet will be straight into your brain."

Pantang bagi Black Mafia orang yang memberi alasan. Dia tidak peduli siapa yang salah dan siapa yang betul. Jika sesuatu perkara terjadi, individu tersebut harus memikul tanggungjawab. Bukannya memberi alasan atau menyalahkan orang lain serupa keparat.

"Maaf Tuan Ryan, Mak Ida yang salah. Mak Ida yang tak peka." Mak Ida yang sedari tadi hanya diam menikus kini bersuara. Dia kasihan melihat anak-anak buah Ryan Edgard yang sering kali menjadi mangsa apabila lelaki itu tidak dapat mengawal amarah.

"Sebelum saya ubah fikiran, baik Mak Ida pergi. Jangan masuk campur urusan saya." Tegas Ryan Edgard tanpa menoleh sedikit pun wanita yang sudah dianggap seperti orang tuanya. Dengan takut-takut Mak Ida menurut.

"He's just a cugine, Capo." Zack mengingatkan memandangkan Hanz masih baru.

"And I don't fucking care! Kau dengar sini baik-baik, Black Mafia cuma simpan orang yang boleh pakai je. Kalau benda macam ni berulang, nyawa kau melayang." Dengan garang, Ryan Edgard memberi amaran. Matanya tajam menikam ke dalam anak mata Hanz.

Kesemua anak buahnya atau nama lain disebut sebagai 'soldiers' hanya diam. Tidak berani mahu berkata-kata. Silap haribulan, ada kaki atau tangan yang putus.

"Khai, you know what to do. Asap! Aku tak rasa dia pergi jauh. Paling tak sesat dalam hutan tu." Ryan Edgard memberi isyarat kepada Khairil yang memegang posisi penggodam.

"Baik boss." Jawab Khairil lantas mengangguk, faham akan arahan ketuanya itu. Dia lantas berlalu untuk memeriksa kamera cctv dan mencari maklumat tentang keberadaan Ayra Naliesya.

Seraya itu, Ryan Edgard meninggalkan ruangan dan berlalu ke 'mancave'nya.

"Aku dah pesan kan, kau ni alert lah." Alex menegur Hanz yang meringis kesakitan lalu menghulur tangannya bagi membantu lelaki itu untuk berdiri.

"Aku bukannya sengaja." Hanz mula membela diri.

"Semua orang tahu, tak ada siapa yang sengaja buat salah. Tapi kau ingat boss peduli ke? Dia nak latih kau jadi cekap. Kau sendiri tahu apa prinsip Black Mafia kan." Tokok Zack.

"Dahlah, pergi cuci bahu kau tu. Geli sial aku tengok." Suruh Fadhil sebelum menolak tubuh Hanz. Menggesa lelaki itu untuk mencuci darah yang kian mengering.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now