Chapter 11

7.8K 384 11
                                    


HAMPIR dua minggu sudah berlalu. Meskipun baru dua minggu, akan tetapi rasanya seperti sudah dua tahun lamanya.

Dan selama dua minggu ini juga, Ryan Edgard langsung tidak menjenguknya. Apa lelaki itu sudah lupa wujudnya dia di sini?

Ayra Naliesya menoleh kiri dan kanan. Tiada apa yang boleh dilakukan di dalam bilik ini selain termenung dan bercakap dengan dinding. Sikit hari lagi, boleh putus wayar otaknya jika terus-terusan begini.

Makanan yang dihidang oleh Mak Ida siang tadi dipandang tanpa rasa. Meskipun makanan itu kelihatan menyelerakan dan perutnya sudah mula berdendang sayang kerana dibiar kosong dari pagi, tapi seleranya seakan mati. Dia tiada hati mahu menjamah apa pun buat masa ini.

Sedang asyik Ayra Naliesya hilang dalam lamunan, Ryan Edgard menerpa ke dalam bilik. Pandangannya jatuh pada makanan yang masih dibiarkan sepi tidak berusik.

"Kenapa kau tak makan?!" Jerkah Ryan Edgard.
Ayra Naliesya yang sedang membuang pandang ke luar jendela kelihatan tenang, hanya diam tidak membalas. Dia sudah terbiasa dengan sikap lelaki itu yang suka menerpa sesuka hati. Oleh sebab itu, hampir 24 jam jugalah dia memakai tudung meskipun berada di dalam bilik.

Sikit pun Ayra Naliesya tidak menghiraukan soalan Ryan Edgard. Pandangannya masih lagi dihala pada pemandangan hijau di luar.

"Don't make me repeat myself." Gertak Ryan Edgard yang merasa tercabar apabila pertanyaannya dipulau.

"Tak ada selera." Jawab Ayra Naliesya senada.

Dia tahu lelaki itu kemari pasti kerana Mak Ida yang memberitahunya bahawa dia tidak makan dari pagi. Dia tidak menyalahkan wanita itu kerana itu memang sudah kerjanya. Tapi salah diakah jika tiada selera?

"Orang dah bagi makan tu, makanlah. Apa yang
susah sangat?!"

Ryan Edgard bengang dengan sikap degil Ayra Naliesya. Sudahlah dia sedang sibuk menguruskan hal Noah si pengkhianat keparat itu. Boleh pula gadis ini buat hal dengan mogok tidak mahu makan. Lagi menambah serabutnya.

Ayra Naliesya menghela nafas berat. Dia malas mahu mencari masalah. Tetapi lelaki ini bagai mencabar-cabar egonya. Kesabaran yang makin menipis cuba ditahan. Kalau ikutkan, mulutnya ini ringan saja mahu menjawab tapi disabarkan juga hati.

"Bagitahu aku, apa masalah kau tak nak makan? Nak mampus?"

"Apa masalah aku? Apa masalah kau?! Kau kurung aku dalam bilik ni, dekat tempat yang aku sendiri tak tahu dekat mana. Aku tak ada kawan, kerja, keluarga. Tak ada hidup duduk sini. What I really want is leave this fucking place!"

"Shut up." Ryan Edgard cuba bertenang bila Ayra Naliesya mula menjerit. Sedaya upaya dia mengawal emosinya. Kalau orang lain yang menentangnya begini, sudah lama tercabut nyawa dari badan.

"Apa yang kau nak dari aku? Kenapa kau tak nak lepaskan aku? Sebab aku dah saksikan pembunuhan kau? Then fine, i'll zip my mouth. Just let me walk away from this place and live normally again."

Ayra Naliesya lelah. Dia mahu bebas dan tenang seperti sebelum ini tanpa perlu ada rasa takut dan hidup dalam kurungan.

"I said shut up!"

"Tak nak! Tak mahu!"

"Kau memang saja cabar kesabaran aku kan?!"

"Ya, memang aku cabar kau! Kau kurung aku berhari-hari, buat aku ni macam prisoner."

"You don't even know what it's like to be a prisoner."

"I do! And that's exactly how you treat me." Pekik Ayra Naliesya. Kesabarannya terasa sudah lenyap. Terbang dibawa angin.

Ryan Edgard yang sedang menahan amarah mula hendak meletus. Namun beberapa saat kemudian, senyum sinis menghiasi wajahnya. Dan hal itu membuatkan Ayra Naliesya diserang panik. Kalau lelaki ini sudah beriak begitu, pasti gilanya sudah
datang.

Kini, rasa menyesal pula yang hadir. Ayra Naliesya ingin menampar mulut sendiri bila bercakap menggunakan emosi. Lelaki yang dia hadap ini bukannya normal yang boleh dicakapkan sesuka hati.

Deviant [EBOOK]Where stories live. Discover now