Prolog

14.9K 361 3
                                    

"Abang rindu sayang" Aisy merenung kubur isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang rindu sayang" Aisy merenung kubur isterinya. Arissa di dalam dakapan sudah melelapkan mata. Orang-orang yang mengucapkan takziah hanya dihiraukan.

"Abang nak pergi mana?" Tanya Khayla yang menyusukan anaknya. Nama anak mereka ialah Arissa Haswani.

"Abang pergi mansion kejap. Nanti abang balik la." Kata Aisy. Lelaki itu memandang Khayla, isterinya sambil tersenyum

"Abang jangan pergi lama-lama tau. Nanti kesian Arissa sorang-sorang." Khayla menjawab lalu mencebik.

"Apa sorangnya? Arissa kan ada mommy dia." Kata Aisy sambil mencuit manja pipi anaknya, Arissa yang sedang tidur nyenyak.

"Mana tahu kita pergi dulu nanti." Kata Khayla. Aisy pula hanya memandang pelik ke arah Khayla.

"Apa sayang kata? Abang tak faham." Kata Aisy dengan lembut. Kepalanya digeleng berkali-kali. Berkerut dahinya ingin memahami kata-kata dari isterinya.

"Tak ada apa, abang pergi la. Nanti lambat pula. Kesian kita kena jaga Arissa sorang - sorang." Khayla berkata lalu tersenyum manis ke arah suaminya.

"Iye la. Bye sayang. Bye Arissa and jaga mommy elok ii. Daddy ada work kejap." Aisy berkata lalu mengucup kedua-dua dahi permaisurinya.

"Mansion kita dekat Italy kena kacau dengan Franklyn Graham again." Kata Vincet. Aisy hanya mendengar maklumat yang diberi. Dia duduk di pepenjuru meja sambil bermain pisau di tangan.

"Kawalan kita punya ketat macam mana-"

"Ada orang tikam belakang kau, tuan." Kata-kata Vincent membuatkan Aisy naik bengang. Gigi diketap.

"Kau cari-" Aisy tidak sempat menghabiskan kata-katanya. Andy masuk ke bilik itu tanpa sebarang ketukan pintu. Rambutnya berserabai serta peluh memenuhi dahinya. Tiga butang atas baju tidak dibutang hanya dibiar.

"S-sorry tuan tapi-"

Tergagap Andy ingin mengemukakan maklumat kepada Aisy. Sudah la majikannya itu merenung tajam ke arahnya.  Nafas diambil sebelum berbicara.

"P-puan kena serang "

Pisau di tangan Aisy serta-merta jatuh lalu matanya membeliak besar. Giginya diketap kuat dan kedua pekerjanya itu hanya mampu merenung memandang lantai. Masing-masing bersedia menerima sebarang jengkahan dari majikan mereka.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now