Bab 20

7.8K 256 5
                                    

"Saya minta maaf. Sa-saya tak mampu-"

"ENGKAU KAN DOCTOR? SEPATUTNYA KAU BOLEH SELAMATKAN DIA." Aleesa memejam mata apabila wanita itu mengjengkah di hadapannya. Dia sudah lali melayan waris pesakit yang tidak boleh terima takdir atau kenyataan.

"Saya minta maaf sebab saya hanya la doktor. Mampu merawat bukan ubatinya. Ajal maut ni semua tugas tuhan bukan kami." Jawab Aleesa tenang.

"PENAT AKU BAZIRKAN DUIT UNTUK ANAK AKU DAN KAU INI MAKAN GAJI BUTA SAHAJA KE?!" Aleesa terkejut apabila wanita itu bertindak menolak dia ke dinding.

"Ingat Allah sayang. Doktor hanya manusia biasa macam kita dan dia dah cuba sehabis baik. Banyakkan istighfar." Lelaki itu menarik tangan isterinya. Wanita itu duduk dengan pertolongan oleh suaminya. Isterinya menangis teresak di bahu suaminya.

"Maafkan saya doktor. Saya tahu doktor penat. Terima kasih sedaya upaya cuba selamatkan dia. Mungkin ada hikmah apa yang terjadi dan mungkin tuhan ingin memberikan petunjuk kepada kami." Lelaki itu berkata. Aleesa hanya mampu mengangguk dan senyum nipis.

"Maafkan saya sekali lagi. Saya bersimpati dengan apa yang terjadi. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Aleesa berkata dan meninggalkan mereka.

Aleesa berjalan menjauhi dari mereka. Namun, terdetik dalam hati dia untuk berkata sesuatu. Dia mematah balik ke arah wanita itu lalu dia menundukkan badannya ke hadapan wanita itu.

"Maafkan saya puan sebab saya gagal selamatkan dia tetapi puan kena semangat. Arwah mesti tak nak ibunya menangis. Biarkan dia pergi dengan aman ye? Saya faham perasaan puan. Setiap kali saya gagal selamatkan pesakit, mesti saya teringat akan ibu ayah saya yang dah tak ada."

"Mereka pergi bukan mati akibat sakit. Tapi kalau tuhan dah sayang, siapa la kita untuk menghalang takdir tuhan yang Maha Esa. Saya tahu perasaan sakitnya apabila orang yang kita sayang tinggalkan kita. Tapi puan kena ingat."

"Dunia ini hanya sementara. Apa yang milik kita akhirnya akan kembali kepada yang Maha Esa. Saya minta diri dan .aafkan saya sekali lagi. Assalamualaikum." Kata Aleesa dan beredar dari situ. Dia memasuki bilik kerjanya.

Dia gagal lagi. Tangannya menggeletar teruk. Tuhan tolong la jangan kejadian lama terjadi lagi. Aku tak nak kehilangan kerja lagi.

Trauma.

Dia teringat akan kenagan gelap waktu semasa kecil.

19 tahun lalu...

"Ayah keluar dengan Zubaidi. Puteri ayah nak ikut?" Tanya Tuan Abdul. Arsyad di dalam dukungan hanya tersengih. Seronok apabila ayahnya mengajak keluar.

"Tak nak la. Nak lukis." Kata Aleesa. Tuan Abdul hanya tersenyum melihat Aleesa yang melukis itu. Bakat melukis itu dapat daripadanya. Dia juga perasan yang Arsyad juga kemungkinan akan mendapat bakat itu kerana anak lelakinya gemar menconteng kertas.

"Ayah pergi dulu ye puteri ayah." Aleesa hanya tersenyum sambil melambai ke arah ayahnya.

Setelah 30 minit ayahnya beredar, Aleesa terdengar jeritan ibunya di dalam bilik. Matanya dikebilkan beberapa kali. Kenapa dengan ibunya?

"Ibu okay ke?" Tanya Aleesa berseorangan.

Aleesa keluar dari biliknya dan menuju ke bilik ibu. Sudah la rumah ini besar. Penat juga dia berjalan dari biliknya menuju ke bilik ayah ibunya. Kakinya sudah la kecil, haish.

Sesampai sahaja di bilik, Aleesa perlahan-perlahan membuka pintu. Walaupun bilik itu gelap, kelihatan seseorang sedang mencekik ibunya. Orang itu memakai segala baju yang berwarna hitam. Matanya berliak luas apabila orang itu membuka kain hitam yang menutup separuh mukanya itu.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now