Bab 16

7K 269 1
                                    

Hazwan memandang Arsyad yang berada di hadapannya. Tajam mata itu menikam anak mata coklat cerah milik Arsyad. Tak cantik pun mata itu. Mata isterinya lagi cantik.

Mereka kini berada di Edward Building.  Tempat di mana hanya keluarga Edward dan orang-orang tertentu sahaja tahu kehadiran tempat ini. Tempat latihan untuk pekerja bermain dengan senjata api dan mempelajari ilmu pertahanan diri.

"Terlepas." Arsyad berkata tenang.

"Info?"

"Nombor plat P** 1*** ini milik Luthfi Muraidi. Lelaki ni kalau ikutkan dia dah mati two years ago? But, why he still alive?" Arsyad berkata sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dah mati tapi hidup lagi. Eh, pening la aku.

"More." Kata Hazwan. Arsyad menunjukkan ipad mahalnya ke Hazwan.

"Luthfi Muraidi nama diberi dan pernah memasuki latihan tentera. Berumur 28 tahu. Ditangkap oleh polis akibat menjual dadah dan dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun."

"Face?"

"Ini je la yang aku nampak tadi sebabnya dia pakai mask." Kata Arsyad.

Hazwan melihat lukisan yang dihasilkan oleh Arsyad. Muka lelaki yang separuhnya ditutupi kain. Kelihatan kulit mata sebelah kiri lelaki itu berkedut. Rambutnya kerinting sedikit dan menutupi dahinya.

Lukisan yang dihasilkan itu sangat detail. Hazwan hanya mengangguk dengan hasil kerja Arsyad. Tidak ada cacat cela dan lukisan itu kelihatan seperti manusia betul.

"Kalau dah kata bekas askar, maksudnya dia mahir dalam menembak. Dia kerja untuk orang lain. Maksudnya, kau bagi je upah dekat dia dan tugas. Pandai-pandai la dia settle."

"Dia pun scammer juga, jadinya susah la aku nak detect selanjutnya mengenai latar belakang dia." Ujar Arsyad panjang lebar.

"Keluar." Kata Hazwan. Ipad diberi balik kepada empu tuan badannya.

Dahi Arsyad mula berkerut. Bukan nak berterima kasih pun! Mujur kau ni abang angkat aku. Eh lupa abang ipar.

"Iye la along." Arsyad berkata dan keluar dari bilik itu. Pintu itu hampir dihempas namun apabila hampir ditutup dia memperlahankan tarikan pintu itu. Tak guna menghempas pintu kalau akhirnya abang iparnya menekingnya.

Ah, sabar sahaja la!

Hazwan di dalam biliknya merenung ke arah kertas yang dilukis oleh Arsyad itu. Lelaki yang bernama Luthfi itu mengingatkan Hazwan kepada seseorang. Senyuman sinis terukir pada bibirnya.





"Woi, jangan marah-marah. Kau tiap kali jumpa tuan mesti bergaduh. Apa cerita?" Tarif menegur Arsyad yang kelihatan seperti menahan geram.

"Tak ada apa. Aku period je sebenarnya." Kata Arsyad dan Tarif berkerut. Apa masalah jantan ini sebenarnya?

"Ouh, aku jumpa ini." Tarif menunjukkan gambar lelaki yang memakai serba hitam beserta topi yang menutupi rambutnya.

"Kenapa ini?" Arsyad bertanya.

"Lelaki ni selalu ikut akak kau. I don't know what the point is but, I just doing my job." Taif berkata. Arsyad memandang lelaki di dalam gambar itu.

Sama macam lelaki yang dia serang siang tadi.

"Thanks." Arsyad berkata dan menyimpan gambar itu ke dalam jacket kulit hitamnya itu.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now