Bab 17

6.9K 257 3
                                    

Aleesa bangun dari lena. Dia terkejut apabila pemandangannya dihiasi dengan muka Hazwan. Pinggangnya juga dipeluk oleh lelaki itu. Mukanya berbahang apabila jarak mereka berdua sangat rapat sehingga hidung masing-masing tersentuh.

Ah, ini gila!

Sejak bila suaminya balik? Sekejap bila dia tidur di sini? Seingatnya kali terakhir dia berada di bilik Arissa untuk membaca buku cerita kepada anak kecil itu. Selepas itu, dia sendiri tidak ingat bagaimana dia tidur di bilik ini.

Ah, lupakan je la! Aleesa bangun lalu mandi. Tanpa mengejutkan suaminya, dia terus menunaikan solat subuh.



Selepas mengaminkan doa, wanita itu terus bangun dan menyimpan telekung serta sejadah tersebut. Tidak perasan ada sepasang mata yang memandangnya tajam. Mata Aleesa terbeliak apabila dia berpusing dan memandang katil itu.

"AGRH!" Aleesa terjerit. Terkejut akan renungan tajam oleh suaminya. Sekejap bila lelaki itu bangun?

"Memang tak nak solat berjemaah sama-sama ke? Ouh, aku pula la yang period." Kata Hazwan yang seperti memerli. Aleesa pula mengingit bibirnya. Sebenarnya, dia sendiri lupa yang kini dia sudah bersuami.

"S-sorry. Saya dah tak buat dah lepas ni." Aleesa berkata sambil memandang lantai. Hah jadi la isteri derhaka!

"Aku tak marah. Tapi lepas ini kau buat juga, aku batalkan air sembahyang kau. Tak kira la kau tengah solat ke apa." Hazwan berkata sambil berpeluk tubuh. Aleesa hanya mengangguk sebagai tanda faham. Masih tidak berani memandang si suami.

"M-maaf. Lepas ni saya akan kejut awak setiap kali subuh." Aleesa berkata sambil bermain-main di hujung bajunya. Masih lagi memandang lantai. Dia tidak sanggup memandang wajah suaminya sekarang ini. Kalau suara pun kedengaran seram apa entah lagi mukanya.

Tak nak tengok!

"Bukan subuh je. Solat lain juga." Kata Hazwan dan nafasnya dihembus perlahan. Dia tidak marah tetapi sebenarnya terasa dengan tindakkan isterinya. Namun, kenapa isterinya tidak mengangkat muka memandangnya?

Aku ni nampak lagi seram dari hantu ke?

"B-baik." Aleesa mengangguk tanda faham. Hazwan mendekati Aleesa dan menyerabaikan rambut si isteri.

"Hey! Penat kita sikat."Aleesa mendengus. Sikat di ambil dan menyikatkan rambutnya kembali. Renungan tajam diberi pada si suami melalui pantulan cermin.

"Pandang pun." Hazwan tersenyum sinis dan terus memasuki bilik air.




Aleesa turun ke bawah bagi menyediakan makanan kepada mereka. Dia sudah bersiap memakai tudung. Pagi-pagi lagi Mak Ros sudah bersedia menyediakan sarapan di dapur. Haih, awalnya.

"Saya boleh buat sendiri." Kata Mak Ros apabila Aleesa tertiba sahaja memasuki dapur. Aleesa terus memotong sayur tanpa disuruh.

"Alah, senang je ni." Kata Aleesa. Sayur dipotong tanpa rasa kekok.

"Awalnya Mak Ros datang? Rumah mak Ros kat mana?" Tanya Aleesa. Dia memandang mak Ros dengan dahinya yang berkerut.

"Tuan Hazwan memang dah sediakan tempat tinggal untuk pekerjanya. Mansion ini besar. Belakang villa ni ada banyak rumah. Kami pun alu-alukan kedatangan puan kalau nak kujung ke tempat kami." Kata mak Ros. Dia memandang isteri majikannya dan ketawa kecil. Aduhai, mungkin isteri majikan dia ini terkejut gamaknya.

Mulut Aleesa terbuka luas apabila mendengar penjelasan mak Ros. Sekejap. Rumah-rumah yang berdekatan dengan villa ini bukan jiran mereka yang duduk di situ. Namun, pekerja-pekerja suaminya yang tinggal di situ.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now