Bab 13

7.3K 268 7
                                    

Aleesa bangun dari lena dan cuba membuka mata dengan jelas. Kelihatan suaminya sedang solat. Jam pada dinding dikerling dan menunjukkan sudah pukul 6.45 pagi.

Dia bangun dan masuk ke bilik mandi. Jarang-jarang dia tidur dengan lena. Biasanya dia akan berjaga pada tengah malam dan matanya akan memerah. Mungkin terasa seperti ada pelindung akibat dia dipeluk oleh Hazwan.

Muka Aleesa mula memerah apabila mengingat kembali hal itu. Ini baru peluk!


Aleesa keluar dari bilik mandi dan melihat suaminya tiada. Ouh, mungkin suaminya sudah keluar dari bilik. Dia meletakkan tuala di tempat asal dan turun ke bawah. Selendang juga sempat diambil bagi menutupi rambutnya.

"Awalnya bangun. Umi tak siap masak lagi. Biasa la pukul lapan baru makanan terhidang." Puan Fauzziah berkata manakala Aleesa hanya tersenyum lalu menolong Puan Fauzziah. Dia mengambil pisau dan memotong sayur.

"Kita suruh duduk tapi dia tolong pula. Penat Aleesa kan tak hilang lagi? Duduk je la."

"Tak apa. Aleesa nak tolong juga. Umi nak masak apa?" Aleesa bertanya.

"Mee goreng je. Alang-alang potong sawi tu la sekali. Terima kasih anak umi" Kata Puan Fauzziah dengan lembut.

Puan Fauzziah melayannya sangat baik. Kalau la emak mentuanya tahu yang dia membunuh anak bongsunya itu. Mesti layanan Puan Fauzziah terhadapnya lain.



"Dah siap! Umi nak panggil yang lain." Puan Fauzziah berkata seraya mengelap tangannya. Wanita tua itu juga sempat menyuruh pembantu rumah untuk menolong mehidangkan makanan.

"U-umi tahu Ha-Hazwan dekat mana?" Tanya Aleesa sambil tangannya di main-main.

Sebenarnya niatnya ingin turun dan mencari suaminya setelah keluar dari bilik air. Tetapi melihat ibu mentuanya masak seorang diri jadi dia pun menghulurkan tangan untuk menolong. Padahal ramai sahaja pembantu rumah di dalam rumah ini.

Mungkin Puan Fauzziah memang gemar memasak. Tengok gaya tadi Aleesa dapat menganggak yang emak mentuanya sangat rajin dan tidak suka menyusahkan sesiapa. Sudah la lembut dalam berkata-kata.

Tidak seperti anak sulongnya!

"Dia dekat bilik gym la tu. Naik tingkat tiga belok kanan hujung sekali." Kata Puan Khadeejah dan Aleesa mengangguk. Anak tangga itu dinaiki satu persatu oleh Aleesa.



Tiada siapa yang menyahut atau membalas apabila Aleesa mengetuk pintu. Tombol pintu cuba dipulas dan tidak berkunci. Perlahan tombol pintu dipulas dan membuka pintu itu sedikit. Matanya terbeliak melihat permandangan di hadapannya.

Masya Allah.

Dia melihat suaminya yang sedang melakukan push up. Tidak berbaju. Dengan peluh yang memasahi dahi serta badan suaminya. Matanya tidak berkelip memandang si suami. Indahnya ciptaanmu Ya Allah.

Hazwan berhenti lalu bangun. Badannya diregangkan terlebih dahulu sebelum duduk untuk meminum air. Peluh yang mengalir di dahi hanya dibiarkan. Dia mengeling ke arah pintu yang terbuka pintu itu.

Kenyitan sebelah mata diberi pada si isteri.

Aleesa yang perasan akan hal itu terus menutup pintu. Belum sempat dia membuka langkah, tangannya ditarik. Kini badannya disandarkan pada pintu sambil kedua tangan Hazwan memerangkap badan isterinya.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now