Bab 2

9.1K 279 1
                                    

"Assalamualaikum tok ma."

Aleesa memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah. Arissa sungguh gembira kerana dapat berjumpa dengan Puan Khadeejah. Aleesa hanya tersenyum melihat gelagat anak kecil itu.

Aleesa hanya membiarkan Arissa didukung oleh wanita tua itu. Puan Khdeejah juga menjemput Aleesa untuk makan bersama.

Selepas makan, Aleesa menolong Puan Khadeejah mengemas meja. Dia menyuruh Puan Khadeejah untuk duduk sahaja di ruang tamu dan melayani Arissa. Wanita itu boleh sahaja menyiapkan kerja itu seorang diri. 

Setelah selesai, Aleesa melalui ruang tamu dan tersenyum. Dia hanya melihat telatah comel gelagat wanita tua bersama anak kecil itu.

Aleesa tidak menganggu mereka dan keluar dari rumah untuk meuju ke kereta. Aleesa mengambil beg mereka berdua dari kereta dan masuk ke dalam rumah semula.

Masuk sahaja ke dalam bilik, dia meletakkan beg pada sisi katil. Aleesa terlihat gambar-gambar dia dan Khayla semasa kecil dahulu. Mereka sangat rapat suatu ketika dahulu. Walaupun bukan dari darah daging yang sama tetapi mereka diibaratkan seperti adik-beradik.

"Ini semua salah aku."


10 tahun lalu...

"Khayla tengok ni." Aleesa menunjukkan lukisannya kepada Khayla.

Aleesa melukis gambar pemandangan di tepi pantai. Tempat yang sering diluangkan masa bersama ibu ayah dan adiknya suatu ketika dahulu. Khayla pula melukis gambar dua orang perempuan yang berpegangan tangan. Seperti tangan manusia betul. 

"Lawanya Khayla lukis. Lagi cantik dari kita punya lukisan." Aleesa memuji lukisan Khayla.

"Mana ada." Khayla menidakkan pujian yang dikatkan oleh Aleesa.

"Aleesa, Khayla. Moh le makan. Nanti sejuk tak sedap atau nak kena batang penyapu tok ma?"

Aleesa dan Khayla memandang sesama sendiri. Tak nak kena sebat.

"Tok ma, jangan senyap je." Ujar Khayla.

"Kitorang nak dengar cerita." Sambung Aleesa lagi.

"Nak dengar tak pasal sifat kaum hawa tak?"

"Nak!" Aleesa dan Khayla menjerit. Puan Khadeejah hanya tersenyum.

"Hawa dicipta daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam."

ABU Hurairah R.A berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Jagalah wanita sebaiknya. Kerana wanita itu dicipta dari tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk paling bengkok adalah pada bahagian paling tinggi. Jika kau cuba meluruskannya, ia akan patah. Namun jika kau abaikannya, ia akan kekal selama-lamanya bengkok. Maka, jagalah wanita sebaiknya."

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

"Rasullullah pernah berkata yang lurus itu normal tetapi tidak lurus tidak normal. Maksudnya apa yang kita faham adalah yang paling tinggi dan paling bengkok itu seumpama kedudukan yang paling tinggi itu la merupakan paling bermasalah."

"Sebahagian ulama juga berpendapat bahawa yang paling tinggi itu merujuk kepada lidah. Sebab itu, lidah kita ini punca kesalahan yang lakukan."

"Bayangkan lidah kita kena potong sebab banyak mengumpat." Khayla mengangkat sebelah keningnya ke arah Aleesa. Aleesa pula menutup mulutnya menggunakan tapak tangan sambil mengelengkan kepala. Tak nak kena potong lidah!

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now