Bab 15

7.2K 253 2
                                    

"Kami balik dulu umi." Hazwan menyalami permaisuri hatinya. Mereka harus pulang kerana agak lama Aleesa mengambil cuti. Ini bermakna sudah seminggu Hazwan dan Aleesa bergelar pasangan suami isteri.

"Sekejapnya kamu cuti, Aleesa. Tak boleh lama lagi ke." Umi memujuk Aleesa. Dia tidak puas lagi meluangkan bersama menantu dan cucunya.

"Tak boleh." Aleesa berkata lalu tersenyum. Puan Fauzziah menjeling anak sulongnya.

"Kenapa kamu tak bagi cuti dekat Aleesa. Kamu kan dah ambil alih pegang jawatan kuasa tertinggi dekat hospital itu. Saja nak buli anak umi." Bebel Puan Fauzziah.

Aleesa tersenyum nipis. Tangan Puan Fauzziah dipegang. Dia membelai lembut tangan yang sedikit kedut dengan lembut.

"Hazwan tak salah. Lagi pun Hazwan tak ada hak bagi cuti dekat kami. Dia hanya sponsor hospital kalau ada apa-apa kekurangan." Jelas Aleesa. Puan Fauzziah menghembus nafas perlahan.

"Kalau Rasyad buli anak umi beritahu ye. Kamu pula jangan nak sakitkan hati isteri kamu yang lembut ini. Kalau kamu marah sikit dekat dia dan buat dia nangis. Siap kamu Rasyad! Umi tarik telinga kamu." Kata Puan Fauzziah.

Hazwan hanya pasrah dibebel oleh uminya. Dulu pun, Hauzan pernah kena benda yang sama. Sejak ada menantu, Puan Fauzziah akan melebihi menantunya berbandang anaknya.

Ditambah pula Aleesa. Memang dua menantu itu je la anaknya. Anaknya yang lain bagaikan orang asing. Namun, Haura dilayannya sama. Haura itu betul-betul anak kesayangan Puan Fauzziah.

Pilih kasih kan? Tidak la. Puan Fauzziah masih berikan kasih sayang kepada anak-anak lelakinya walaupun sudah besar. Hazwan itu lagi la. Hanya Puan Fauzziah sahaja tahu perangai sebenar Hazwan.

Sekali lagi Hazwan dan Aleesa meminta diri untuk kali terakhir. Arissa dalam dukungan Hazwan melambai kepada ahli keluarga Hazwan. Hauzan di sebelah uminya sudah menangis teresak-esak.

"Abang kenapa nangis?" Tanya Almira sambil mengerutkan dahi. Tangannya diletakkan atas perut, dia memandang ke arah ahli keluarga yang lain juga. Tapi tidak la seteruk Hauzan. Over betul.

"Siapa je tak menangis tengok along dah ada isteri. Lepas ni abang tak dapat jumpa along lagi dah. Dia duduk jauh." Kata Hauzan sambil tersendu-sedan. Almira memberi hanya memberi renungan tajam sebagai respon. Drama sahaja kerjanya.

"Kau tu kerja bawah along. Setiap hari boleh jumpa dia kat office. Apa masalah kau?" Kata Hamzah. Bila jumpa gaduh. Bila berjauhan rindu pula.

"Ouh ye la." Hauzan berkata sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.




Suasana di dalam kereta senyap sahaja.  Walaupun sudah satu minggu mereka berkahwin tetapi jarang bercakap antara satu sama lain. Hazwan pula selalu sahaja tidak ada di rumah sepanjang hari. Pada waktu tengah malam la baru nampak batang hidungnya.

Ketika memandu, Hazwan memandang cermin pandang belakang. Kereta Audi R8 itu seperti mengikuti keretanya. Kereta Hazwan ke kiri dan kereta itu turut ke kiri. Kereta Hazwan bergerak ke kanan dan kereta itu pun bergerak ke kanan.

"Close your eyes, both of you." Katanya dan Hazwan terus memecut kereta BMW M8 miliknya sehingga mencecah 180km/j.

Arissa di belakang hanya memejam mata. Aleesa di sebelah Hazwan pelik akan kelakuan Hazwan. Apabila dia memandang di cermin sisi dia perasan akan kereta yang mengekori mereka.

Hazwan memecut dan mengendahkan hon dari kenderaan lain. Kalau diikutkan mahu sahaja dia memecut sehingga 220 km/j. Tetapi ada penumpang lain dalam kereta ini.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now