Bab 10

7K 253 8
                                    


"Terima kasih awak berdua." Aleesa berkata. Arissa yang berada dalam dukungan memandang Khairul dan Hazwan. Tangan anak kecil itu diangkat tanda mahu didukung oleh salah seorang jejaka itu.

"Alolo, comelnya dia. Izinkan saya cik." Aleesa senyum dan memberikan Aleesa kepada Khairul. Arissa menyengih apabila didukung oleh Khairul. Lelaki itu menjauhi Hazwan dan Aleesa.

Orang tengah dating jangan kacau daun.

"Letak ais dekat tangan kau tu." Aleesa mengangguk.

"I ask you again, 16 years mean?" Tanya Aleesa lagi dengan soalannyang sama.

"Kau jangan beritahu orang pasal hubungan kita. Aku tak suka dan life aku lain dari orang biasa." Hazwan berkata seraya memandang tajam ke arah mata coklat Aleesa.

"O-okay." Aleesa berkata dan memberikan senyuman nipis kepada Hazwan. Dia menghembus nafas perlahan. Lelaki ini tidak mahu menjawab soalannya tadi.

Sejujurnya, lelaki ini boleh tahan kasar juga. Tetapi, sekajap macam itu, sekejap macam ini. Dia pun keliru.

"Kami pergi dulu cik Aleesa. Nak senja dah ni dan tak elok budak kecil duduk kat luar time macam ni." Khairul berkata dan memberikan Arissa kepada Aleesa. Wanita itu mendukung Arissa. Langit yang semakin gelap dipandang.

"Ouh ya, you guys may go now. Thanks for everything." Aleesa berkata dan Khairul meminta diri dan masuk ke dalam kereta terlebih dahulu.

"Bye papa." Arissa melambai ke arah Hazwan. Lelaki itu senyum ke arah Arissa dan mencium anak kecil itu. Setelah mencium lelaki itu memandang Aleesa. Wajah wanita itu kian memerah akibat tindakan lelaki itu.

Suka sangat duduk rapat-rapat dengan anak dara orang!

Aleesa menjauhkan diri dari Hazwan. Matanya memandang ke arah lain dari bertembung dengan anak mata lelaki itu. Tidak bentah dia rapat-rapat dengan lelaki itu. Hendak memandang lelaki itu pun dia tidak berani.

"Wait." Hazwan ke arah keretanya. Aleesa hanya melihat Hazwan yang membuka bonet kereta dan kelihatan Hazwan mengambil patung patung beruang kecil. Lelaki itu datang ke arah mereka berdua dan memberikan kepada Arissa.

"Thank you." Arissa berkata dan senyuman diberikan kepada Hazwan. Aleesa memandang lelaki itu. Dengan budak elok pula senyum tetapi dengannya bukan main sombong.

"Anything that I can help you?" Aleesa memandang Hazwan yang masih tidak berganjak.

"Just stay with me and don't leave me again." Kata Hazwan sambil memandnag redup ke arah Aleesa. Aleesa mengerutkan dahinya. 

Don't leave me again?

"Hah?" Aleesa berkata bersama kerutan di dahi.

"Selagi kau tak masuk, aku tak gerak."

"Eh awak la yang kena pe-"

"Masuk sayang." Pipi Aleesa berubah warna. Sempat juga Aleesa mencebik dan masuk ke dalam rumah. Arissa diletakkan di atas lantai. Dia mengunci pintu gate rumah.

"Bye papa!" Jerit Arissa riang lalu Aleesa mengunci pintu. Menyampah!

"Bye angel." Gumam Hazwan. Senyuman nipis terukir pada bibirnya. Dia masuk ke dalam kereta BMW M8 itu melalui pintu penumpang.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now