Bab 11

7K 283 10
                                    

Hari dinantikan sudah tiba.

Aleesa memandang dirinya di hadapan cermin. Tudung bawal putih yang dipadankan baju kurung moden putih. Hanya dikenakan make-up nipis dan kelihatan biasa tetapi aura kecantikan Aleesa nampak lebih berseri.

Dia yang menempah baju kurung biasa ini. Sudah pernah dia mencuba memakai baju bergaun besar itu. Namun, dia tidak menyukainya. Rasa gatal pula memakai baju-baju itu. Tidak selesa!

"Lawanya kau. Tapi aku still marah! Kau dah tunang satu bulan. Pastu, satu minggu sebelum majlis nikah berlangsung baru kau beritahu. Kau tak sayang aku ke?" Kata Dauriah manakala Aleesa menyengih.

"Ayo, ada orang marah." Sambung Raisya pula

"Sorry, sebab saya segan nak beritahu semua. Karang beria beritahu tertiba putus macam mana? Sebab tu saya tak announce awal-awal." Aleesa senyum dan kata-katanya mempunyai maksud tersirat.

Orang-orang yang rapat semasa waktu silamnya sahaja yang tahu.

"Puan Fauzziah dah sampai. Aku pergi dulu." Dauriah meminta diri. Aleesa dan Raisya memberi senyuman manis kepada wanita tua itu.

"Pua-"

"Ini nak marah! Karang umi jadi mak mentua jahat nak? Panggil umi je anak umi. Arsyad pun boleh panggil umi, tak akan anak umi tak boleh? Ah, sayang nak tanya apa?" Kata Puan Fauzziah dengan lembut. Raisya yang sedang membetulkan make-up Aleesa hanya tergelak kecil. Berdebar la tu.

"T-tak ada apa pun. Aleesa minta maaf u-umi." Aleesa tersenyum kekok.

"Korang pun dah kenal lama kan? Mesti Aleesa dah arif dengan anak umi tu macam mana. Semua kekurangan Aleesa kami sekeluarga terima dengan hati terbuka. Umi yakin anak umi, Tengku Hazwan Rasyad mampu menggembirakan hari-hari Aleesa Zulaikha."

Aleesa mengangguk dan senyum manis Kurang sikit gusarnya mendengar pujukan Puan Fauzziah. Dalam sudut hatinya, dia risau jika rahsia dia itu akan terbongkar. Air mata yang ingin terkeluar segera ditahan.

"Moh le turun. Lagi awal mula, lagi cepat habis." Puan Khadeejah memasuki bilik itu dan muka Aleesa dipandang. Masya Allah, lawanya cucu aku.

"Ambil masa kamu dulu ye." Kata Puan Fauzziah dan keluar dari bilik itu bersama Puan Khadeejah. Aleesa dan Raisya hanya memberikan senyuman ke arah kedua wanita tua itu. Selepas itu, Aleesa menghembus nafas.

"Ayah teringin nak jadi wali untuk puteri ayah."

Aleesa masih ingat apa yang dikatakan oleh ayahnya itu. Usianya pun ketika itu baru 10 tahun. Pada waktu itu dia masih tidak faham apa yang dikatakan oleh ayahnya. Sekarang, baru dia faham. Tisu segera diambil dan lap pada matanya. Dia tidak boleh rosakkan hasil karya Raisya pada mukanya itu.

"Aku tahu kau benci tempat yang ada ramai manusia. Tapi hari ini, hari penting kau." Kata Raisya agar rakannya tidak berfikir panjang. Aleesa mengangguk dan memeluk rakannya.

"Thank you." Aleesa berkata. Senyuman nipis diberi dan nafasnya dihembus perlahan. Iye, dia benci tempat yang mempunyai khayalak ramai.

Aleesa duduk di atas pelamin. Orang lain yang lafaz nikah, dia pula yang berpeluh. Dia memang tidak suka orang-orang di situ memandangnya seperti memandang benci terhadapnya. Padahal, semua terpaku terhadap kecantikannya tanpa dia sedar.

Dalam ramai-ramai tetamu, dia ternampak tetamu-tetamu yang tidak diundang itu. Dia memandang Puan Munah yang tersenyum sinis kearahnya. Dia sangat benci akan wanita itu.

"Aku nikahkan dikau dengan kakak aku Aleesa Zulaikha binti Abdul Absyar dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Aleesa Zulaikha binti Abdul Absyar dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai."

Semua di situ mengangguk sebagai sah. Aleesa yang termenung dari tadi terkejut. Secepat itu ke? Sekali lafaz sahaja? Bukan orang lain 10 kali lafaz pun tak lepas ke?

Aleesa memandang wajah Hazwan yang sangat tampan pada hari ini. Padahal lelaki itu hari-hari kelihatan kacak. Cuma hari ini berbeza dari hari-hari lain. Lelaki itu mengenakan baju melayu berwarna putih.

Hazwan bangun dari duduknya untuk menjalankan solat sunat terlebih dahulu. Sempat matanya membalas balik renungan Aleesa. Wanita itu segera menunduk kembali. Dia hanya memandang bunga pada pahanya itu.

Aleesa sudah berasa resah. Secepat ini? Sabar Aleesa, kau kena pegang tangan dia dan sarungkan cincin. Lepas tu, dia cium dahi kau. Sekejap, PERLU KE SEMUA ITU!

Puan Fauzziah tersenyum nipis melihat karenah menantunya. Dia faham perasaan ini. Ramai sahaja pernah lalui fasa ini.

Aleesa dari tadi berfikir apa yang akan jadi selepas ini. Perlu ke pembatalan air sembahyang ditujukkan dikhayalak ramai? Mahu sahaja dia mengusir semua orang di situ. Tanpa sedar Hazwan sudah selesai solat sunat.

"Assalamualaikum." Lamunan Alessa terhenti apabila mendengar suara garau itu. Perkataan 'tak nak' hanya tersimpan di dalam hati. Mulutnya berat untuk berkata apa-apa. Badannya pula kini tidak bergerak seinci pun.

"Waalaikumussalam. Sila duduk Hazwan. Sayang bagi tangan dekat Hazwan, suami sayang." Kata Puan Khadeejah dan Aleesa hanya mengikut. Dia menghulurkan tangannya yang menggeletar teruk itu. Nasib dikenakan make-up pada mukanya. Kalau tidak, sudah semestinya mukanya kelihatan pucat seperti mayat sekarang ini.

Arsyad yang lihat dari jauh hanya mampu menangkap gambar dari jauh. Bagus Arsyad ini, bukan hendak tolong pun.

"Dah kenapa kau menangis?" Tanya Arsyad. Rakannya yang duduk disebelah dipandang.

"Kekasih hati aku dah kahwin." Kata Khairul. Arsyad membeliakkan matanya. Betul la, diorang dua ni gay. Tak sia-sia aku jenguk apa yang diorang buat dalam bilik kerja Hazwan di syarikat.

Hazwan memandang muka si isteri lalu tersenyum. Nervous rupanya. Dia menyambut huluran isterinya dan terasa tangan isterinya yang sejuk seperti mayat.

"Permulaan baru. Ni baru ringan-ringan belum yang extreme punya." Hazwan berbisik di telinga isterinya sambil mengusap tangan isterinya agar bertenang.

Memerah muka Aleesa mendengarnya. Dekat sangat ni! Hazwan menyarung cincin Aleesa di jari manisnya. Aleesa juga membuat benda yang sama kepada Hazwan. Matanya memejam apabila banyak camera yang menangkap gambar moment itu. Dia benci!

Alunan doa yang dibisik pada telinga Aleesa, menjadikannya dia lebih tenang. Merdu sahaja suara Hazwan. Setelah habis membaca doa, dia mencium dahi isterinya. Bagaikan deja vu, dia teringat akan arwah ayahnya. Dia termenung dan merenung anak mata Hazwan tanpa dia sedar.

"Puteri ayah ini kuat."

"Aduh!" Aleesa mengusap dahinya apabila dijentik manja oleh Hazwan. Dia menjeling suaminya itu.

Yeay dah boleh panggil suami!

"Jangan tenung lama-lama. Ramai orang ni. Nanti dah masuk bilik nak pegang pun boleh." Kata Hazwan sambil tersenyum sinis. Aleesa memberi pandangan tajam. Aku buka silat sekejap lagi baru tahu.

'Ya Allah aku berharap pilihan aku buat kali in tidak salah. Kuatkan imanku. Jangan disebabkan cinta manusia, aku lalai mencari cintamu Ya Allah. Semoga, suamiku dapat bersama sama membawa aku ke jalan lurus menuju syurgamu.'

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now