Bab 12

7.1K 288 3
                                    

Malam pun menjelma. Aleesa tidur di rumah Puan Fauzziah manakala Puan Khadeejah sudah balik ke rumahnya. Khairul yang menghantar Puan Khadeejah.

Puas juga dipujuk oleh Aleesa untuk tinggal di rumah emak mentuanya. Tetapi wanita tua itu tidak mahu. Katanya dia tidak selesa tidur di tempat asing dan Aleesa hanya membiarkan sahaja.

"Arissa tak nak masuk bilik?" Tanya Aleesa. Dia memandang Arissa yang sedang bermain dengan Haura di dalam bilik adik bongsu suaminya itu.

"Saya boleh jaga Arissa! Arissa boleh je tidur dengan saya. Akak Leesa rehat la." Haura berkata.

Arissa juga mengangguk sambil memandang mamanya. Aleesa senyum dan mengucup dahi anaknya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada adik iparnya. Dia meninggalkan bilik itu dan naik ke bilik Hazwan.

Dia memandang dirinya di hadapan cermin. Matanya kelihatan sangat letih lalu dia menghela nafas perlahan. Sosial baterinya sudah habis kerana penat melayan tetamu.

Badannya diregangkan sehingga berbunyi tulang-tulangnya. Teruk sangat dah ini. Padahal umurnya baru 28 tahun.

Aleesa membuka pin yang berada di tudungnya. Dia meleraikan getah rambut yang berada di rambutnya lalu dia termenung dan memandang dirinya pada cermin.

Ketika dia diselubungi perasan sendiri. Dia terperasan akan buku yang tersusun di meja solek itu. Kelihatan seperti diari. Belum sempat dia mengambil ada tangan berurat yang mengambil buku-buku itu terlebih dahulu. Dia memandang ke arah tangan itu lalu memandang pemiliknya.

Gulp! Seramnya.

"Sa-saya minta maaf. Sa-saya tak minta izin awak. La-lagi pun saya tak baca lagi."

Renungan Hazwan semakin tajam. Dia mendekatkan wajahnya dengan isterinya. Rambut yang menghalang dia untuk melihat mata isterinya diraupkan ke belakang telinga.

Aleesa pula berasa gugup. Matanya terkalih daripada memandang anak mata suaminya. Sudah la suaminya mempunyai mata berwarna hazel yang lawa. Dia cemburu!

"Jangan usik barang aku lepas ni. Kali ini, aku maafkan. After this, no more." Kata Hazwan dan Aleesa terus mengangguk kepala dengan laju. Hazwan berjalan menjauhi Aleesa dan mendekati pintu bilik. Dia berhenti seketika lalu menoleh ke arah Aleesa.

"Bukan nak cakap la. Bilik ni macam berhantu pun ada. Semalam aku tak tidur sebab terdengar bunyi orang mengilai." Kata Hazwan dengan selambanya.

Mendengar sahaja perkataan hantu itu terus Aleesa memandang sekeliling bilik itu. Hazwan tidak bergurau kan? Dia memang takut dengan hantu. Entah kenapa sebabnya dia pun tidak pasti.

"Be-betul ke? Macam mana sa-saya nak mandi. Nanti benda tu tenung saya macam mana? Awak nak pergi mana?"

"Bukan masalah aku." Ujar Hazwan. Lelaki itu meninggalkan Aleesa bersendirian di dalam bilik. Aleesa meneguk air liurnya. Mandi sahaja la. Perasaan negatif cuba dibuang jauh-jauh.

Selesai mandi dia keluar dari bilik air siap berpakaian. Dia duduk di hadapan meja solek. Rambutnya yang basah dikeringkan. Nasib tidak ada benda pelik yang muncul ketika dia mandi. Dia memandang diri di cermin lalu membeliakkan matanya.

"Argh!" Terkejut apabila sekunjur tubuh terbaring di atas katil. Tidak sedar akan kehadiran Hazwan.

"Ini aku la." Hazwan memandang Aleesa tajam melalui pantulan cermin. Dia masih lagi tidak menukar baju melayu putihnya itu dengan butang bajunya sudah terbuka.

"Bi-bila awak masuk?" Aleesa bertanya lalu memusingkan badan memandang Hazwan.

"Lima minit sebelum kau keluar." Kata Hazwan malas. Mata Aleesa terkebil.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now