Bab 7

6.3K 241 1
                                    

"Apa kena mengena Aleesa dengan keluarga Mukhtar tok ma?" Tanya Aleesa. Dia masih tidak dapat menangkap apa yang Puan Munah sampaikan kepadanya.

"Lelaki yang tok ma kata tu dari keluarga Mukhtar. Abang angkat Arsyad la." Aleesa terkaku lalu dia terduduk di atas lantai.

"Aleesa kenapa ni?" Tanya Puan Khaeejah. Aleesa mengeleng dan menangis lagi sekali.

"Aleesa buntu tok ma." Kata Aleesa. Sejak kebelakangan ini dia mesti terfikir perkara yang sama dan sering menganggu akal fikirannya.

"Pasal Arissa?" Tanya Puan Khadeejah dan Aleesa mengangguk. Benar tekaan wanita tua itu. Aleesa lebih mementingkan si kecil berbanding dirinya.

"Kalau dia nak hukum Aleesa, hukum la. Tapi Aleesa takut dia tak terima Arissa. Aleesa tak nak duduk jauh dengan Arissa. Mesti dia sedih kalau mama dia-"

"Apa kamu mengarut ini. Jangan kusutkan fikiran dengan perkara yang belum terjadi." Pujuk Puan Khadeejah.

"Ta-"

"Tenangkan diri. Bawa Arissa jalan-jalan." Kata Puan Khadeejah lalu tersenyum. Aleesa menghembus nafas.

Teringat akan perkara lama itu. Nafas dihembus dan matanya terpejam. Kalau kepalanya kusut, dia akan datang ke pantai. Pantai mengingatkan dia kepada ibu dan ayahnya.

Buaian yang dibuat oleh ayahnya dipandang. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Harapnya kegembiraan kanak-kanak yang bermain buaian itu dapat menyalurkan pahala kepada ayahnya.

"Love you." Ujar Arissa secara tiba-tiba dengan pelat. Aleesa memandang Arissa yang berada dalam dukung"Love you too, sayang."annya sambil tersenyum.

"Love you too, sayang." Ujar Aleesa dan bertalu-talu kucupan singgah pada muka Arissa. Tergelak si kecil dengan kelakuan mamanya.

"Nak yun." (Nak turun)

Ujar Arissa dan Aleesa meletakkan Arissa di bawah. Tangan si kecil dipegang dengan erat. Dia hanya mengikut sahaja si kecilpergi ke mana yang dia nak.

"Tu." Arissa menunjukkan motor yang menjual pelbagai aneka ais krim. Aleesa tersenyum nipis sambil mengeleng kepalanya.

"Tak boleh, nanti gigi rongak." Ujar Aleesa.

"Alaaa..." Arissa mencebik dan mengebilkan matanya berkali-kali kepada mamanya. Aleesa menghembus nafas perla7han.

Dia berfikir sejenak. Sudah berapa lama anaknya tidak makan ais krim. Dahinya berkerut mengingatkan kembali. Ouh, sudah dua bulan!

"Okay." Aleesa memberi kata putus sambil mengangguk. Terus berubah riak wajah Arissa. Dia menyngih smabil memandang mamanya.

"Yeay!" Jerit Arissa keriangan. Aleesa turut tersenyum melihat si kecl gembira. Baginya, kalau si kecil gembira. Dia pun layak untuk gembira.


"Berapa?" Tanya Aleesa dan meraba poketnya. Matanya terbeliak luas. Kenapa poketnya hanya ada kunci kereta. Dia menepuk dahinya. Dompet malah telefonnya tertinggal di dalam kereta!

"5 ringgit je dik." Ujar lelaki yang sudah larut usia. Aleesa tersengih ke arah lelaki tua itu.

"Ke-kejap boleh? Sa-saya tertinggal duit dekat dalam kereta-"

"Kira sekali dengan dia punya." Ujar suara garau itu. Matanya Aleesa terkebil dan memandang sebelahnya. Matanya terbeliak luas.

Sebelahnya ialah Tengku Hazwan Rasyad. Sebelah lelaki itu pula adiknya, Tengku Haura Razita.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now