Bab 14

7.1K 259 3
                                    

"Aleesa buat apa ni? Nak umi tolong?" Tanya Puan Fauzziah.

"Tak apa. Umi tengok je TV teman Almira. Aleesa boleh buat sorang-sorang." Lata Aleesa dan Puan Fauzziah mengangguk sebagai balasan.


"Kalau macam tu, apa-apa panggil je mak yam okay?" Ujar Puan Fauzziah manakala Aleesa mengangguk. Puan Fauzziah meninggalkan Aleesa di dapur beseorangan.

Mak yam merupakan satu-satunya pembantu rumah di rumah ini. Mak yam hanya akan membantunya untuk mengemas rumah. Memasak pula dia yang buat.

Selainnya hanya la pegawai keselamatan. Puan Fauzziah kalau boleh tidak mahu mereka semua berada di rumahnya. Tak nak susahkan mereka.

Namun, si sulong yang degil. Haih, perangai ayah sehingga ke anak. Sangat protective terhadapanya.

"Seorang diri nampak?" Arsyad mendekati kakaknya. Dia menolong kakaknya mengacau bahan yang ada di dalam mangkuk besar itu.

"Dah biasa. Mana Arissa?"

"Dekat belakang rumah. Teman si Haura tu buat homework. Entah faham atau tidak Arissa tu." Kata Arsyad dan kakaknya hanya tergelak. Ada betulnya juga kerana Haura sudah sekolah menengah. Aleesa menuangkan aduan itu.

"Rindunya nak buat kek dengan ibu ayah." Ujar Arsyad tetapi Aleesa hanya diam dan tidak memberi apa-apa respon. Dia memandang kakaknya yang seperti terkaku.

Aleesa masih ingat bagaimana bahagianya mereka membuat kek bersama-sama. Tidak silapnya, ketika itu adalah semasa ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah mereka.

Mereka bersama-sama gelak ketawa sambil menyediakan kek. Kekadang tepung dibaling sehingga habis dapur itu bersepah. Ouh, kembalikan dia kepada masa lalu.

"Akak okay ke?" Arsyad menegur sambil menyentuh bahu kakaknya. Aleesa tesedar dari lamunanya dan memberikan senyum ke arah adiknya.

"Okay je." Kata Aleesa. Senyumannya masih terukir di bibirnya dan dia menyambung menuang aduan.

"Arsyad, ikut aku." Mood gembira Arsyad serta merta hilang apabila mendengar suara garau itu. Aduh, gorilla ini lagi!

"Gorilla ni tak pernah bagi aku hidup tenang. Maaf tak boleh tolong, adik pergi dulu. Bye-bye." Mata Arsyad dan Aleesa melambai balik ke arah adiknya.

Dia memasukkan aduan brownies itu ke dalam oven. Dia rindukan juga kepada ibu dan ayah mereka. Masih tersemat dalam mindanya kenangan-kenabgan lama itu. Nafas dihembus.

"Tak penat ke?" Hazwan menegur Aleesa dari belakang. Aleesa yang mendengarnya terus pusing ke arah suaminya.

"Tak." Aleesa geleng kepala dan senyum ke arah Hazwan.

"Kalau penat rehat, jangan paksa diri." Aleesa mengangguk.

"A-awak nak pergi mana?" Aleesa bertanya seraya melihat suaminya yang kemas. Baju hitam bersama seluar hitam. Tidak lupa juga jacket kulit berwarna hitam.

Memang warna kegemaran suaminya hitam eh? Okay noted.

"Aku ada kerja." Kata Hazwan lalu meninggalkan Aleesa berseorangan. Mata wanita itu terkebil. Tidak mengapa la, lagi pun mereka kahwin atas dasar penghutanan mak sedaranya bersama suaminya.

"Selamat pengantin baru, inspektor." Ujar lelaki yang berusia itu lalu bersalaman dengan Hazwan. Lelaki itu menerima huluran itu.

"Thank you, Jeneral Rahim." Jawab Hazwan. Tuan Rahim hanya tersenyum kecil.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now