Bab 18

6.8K 260 3
                                    

Malam pun menjelma. Aleesa memasuki perkarangan villa suaminya dan meletakkan kereta itu ditempat yang dikhaskan. Dia keluar dari kereta itu sambil membawa banyak plastik di tangan.

Nak buat apa eh roti banyak-banyak ni?

"Selamat pulang puan. Kereta puan, saya dah parking sebelah sana. Maaf la sebab jauh sikit. Tempat parking kereta pun dah macam tak ada saya tengoknya. Padahal rumah ni besar dah. Nanti saya cuba alihkan ye." Kata Khairul. Aleesa senyum ke arah Khairul.

"Terima kasih tolong saya. Awak pergi la balik, dah pukul 10. Alang-alang ambil la sandwich ni. Banyak saya beli tadi. Share la dengan yang lain." Lata Aleesa lalu menghulurkan satu plastik yang dipenuhi pelbagai jenis perisa roti. Khairul menutup mulutnya yang ternganga.

"Terima kasih puan!" Ucap Khairul dan menerima huluran roti itu. Aleesa hanya tersenyum. Dia melihat sahaja Khairul yang melompat keriangan seperti monyet terlepas dari sangkar. Wanita itu membawa kepergian pekerja suaminya melalui ekor matanya.



"Assalamualaikum." Ujar Aleesa.

"Waalaikumussalam puan. Masuk la. Makanan dah hidang dekat dapur." Kata mak Ros

"Tak balik lagi? Susah-susah je." Kata Aleesa sambil tersengih.

"Kalau puan tak nak makan tak apa. Simpan je dalam peti." Kata mak Ros dan Aleesa hanya mengangguk. Sebelum wanita tua itu bergerak, Aleesa menahan tangan mak Ros.

"Nah." Aleesa senyum dan memberi roti sandwich kepada mak Ros.

"Beli mana?" Tanya mak Ros. Dia mengambil huluran plastik itu.

"Cafe dekat hospital. Aleesa saja beli sebab kedai nak tutup. Alang-alang tu, borong je la." Kata Aleesa sambil tersengih.

"Baiknya kamu. Untung Tuan Hazwan kahwin dengan isteri yang baik macam kamu. Mak Ros balik dulu. Terima kasih sekali lagi puan Alessa. Assalamualaikum." Kata mak Ros. Aleesa memberi senyuman kepada wanita tua itu.

Setelah pintu ditutup. Senyuman Aleesa pudar dan dia menghembus nafas perlahan. Kepalanya diurut. Kalau la semua orang tahu apa yang pernah dia buat sebelum ini, mesti layanan mereka terhadapnya berbeza. Mesti semua orang fikir, dia adalah orang paling jahat di muka bumi ini.

"Lupa nak beritahu." Terkejut Aleesa apabila Mak Ros masih tidak balik. Haish, apa lagi?

"Kenapa Mak Ros?" Tanya Aleesa sambil mendekati wanita tua itu.

"Spaghetti tu, Tuan Hazwan yang buat. Rugi kalau puan tak makan. Pergi la rasa!" Kata puan Ros dan menutup pintu ruang utama itu.

Mata Aleesa terkebil dan berfikir seketika. Tengku Hazwan Rasyad iaitu suaminya reti memasak? Wah!

Dapur dimasuk dan tudung saji dibuka. Bau Spaghetti terhidang di atas meja itu menusuk masuk ke dalam hidungnya. Bau pun sudah tahu yang makanan itu sedap! Dia pergi ke arah singki dan membasuh tangannya.

"AGRH!" Aleesa menjerit apabila berpusing dan memandan sekujur tubuh yang bersandar pada dinding. Lelaki itu menyilangkan tangan ke dada.

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now