Bab 19

6.9K 222 6
                                    

"Moyning mama." Kata Arissa sambil memandang mamanya


"Morning sayang. Here is your bread with strawberry jam." Kata Aleesa dan hidung Arissa dicuit olehnya. Arissa hanya tergelak dengan kelakuan mamanya.

Mak Ros hanya tersenyum melihat telatah Aleesa bersama anak kecil itu. Dia menghidangkan nasi goreng pada meja itu. Aleesa pula sedang menyediakan minuman panas waktu pagi itu.

Aleesa berkerut ketika kakinya seperti digesel sesuatu. Lipas ke? Dia memandang ke bawah. Eh, kucing rupanya. Sudah la gemuk dan jantan pula tu.

"Awak buat apa ni. Kucing siapa ni?" Aleesa mengangkat kucing itu. Nama pada kolar leher kucing itu dilihat. 'Hazel'.

"Itu kucing Tuan Hazwan. Nama dia Hazel. Balik kerja semalam dia yang bawa balik kucing tu dari vet." Kata mak Ros. Aleesa mengangguk sambil membuat mulut bebentuk 'o'.

Sah! Lelakinya yang menyelamatkan dia serta Arissa tempoh hari. Suaminya suka kucing? Muka garang macam gorilla tu suka kucing?

"Comel gemuk la awak ini. Gebu betul. Behave sangat awak ni. Duduk diam sahaja. Alolo geram la kita. EISH JANGAN JADI COMEL LA." Aleesa tidak habis-habis memuji kucing itu. Si bulus itu pula makin suka apabila dia dibelai oleh Aleesa. Maklum la Hazel sebenarnya kucing jantan yang berbulu warna hitam.

Makin gatal la dia dengan Aleesa.

"Saya pergi dulu ye puan." Kata mak Ros. Ingin meminta diri.

"Bilik Hazwan dengan Arissa tak perlu kemas." Kata Aleesa sambil membelai kepala Hazel. Si bulus itu hampir tertidur akibat belaian Aleesa.

"Terima kasih puan. Saya minta diri." Aleesa mengangguk dan mak Ros pergi dari ruangan makan itu. Kelihatan Hazwan masuk ke dalam dapur itu.

"Good morning." Aleesa berkata dan memandang Hazwan. Hazwan tidak memakai baju sut hari ni. Dia hanya memakai jacket kulit dan baju t-shirt di dalam. Dipadankan dengan seluar hitam.

Pergi office pakai jacket kulit?

"Awak pergi kerja naik motor? Dah tu Arissa?" Tanya Aleesa.

"Khairul boleh hantar dan tak ada masalah la kan?" Kata Hazwan. Si bulus jtu merenung tajam ke arah Hazwan. Lelaki itu juga merenung kucing itu tajam.

Seronok pula kucing ini peluk bini aku.

Aku culik bini kau kejap. (Hazel)

"Syiap." Kata Arissa. Hazwan terus mendukung Arissa dan pergi ke arah singki untuk membasuh mulut anak kecil itu. Setelah itu, anak kecil itu pergi ke mamanya.

"Nak Hazel." Kata Arissa. Aleesa senyum dan memberikan Hazel kepada Arissa. Hazel seperti hendak melarikan diri tetapi gagal. Pegangan Arissa yang kuat telah menyebabkan si bulus itu pasrah.

Kita tak nak kena make-up. Mama ambil la anak awak ni. (Hazel)

"Padan muka." Hazwan berkata perlahan sambil senyum sinis ke arah Hazel.

"Apa awak cakap?" Tanya Aleesa. Dia seperti mendengar suara Hazwan tetapi tidak tahu apa yang disebut oleh lelaki itu.

"Aku cakap jom makan."

"Macam mana?" Puan Munah bertanya apabila Luthfi main terjah masuk rumahnya.

"Boleh tahan juga budak tu. Habis jahanam kereta Audi aku. Haih, penat aku kumpul duit." Luthfi berkata dan baring ke atas sofa. Banyak juga kecederaan kecil yang ada pada tubuhnya kerana terpaksa menyorok di sebalik semak-samun. Dah la ada banyak duri!

𝐇𝐚𝐳𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐞𝐞𝐬𝐚 | 𝐂Where stories live. Discover now