Alliya memandang seorang lelaki yang sedang duduk di meja bertentangan dengan kaunter yang sedang didudukinya. Matanya tajam memerhati tindak tanduk lelaki itu. Entah kenapa dia seperti kenal lelaki itu, tapi dia sendiri tidak tahu siapa.
Lelaki berambut perang gelap, berkulit cerah dan berjambang nipis berpakaian serba ringkas, hanya mengenakan baju t berkolar dan seluar jeans. Nampak ringkas, tetapi kemas. Setahu Alliya, dia tidak pernah ada rakan berkulit cerah seperti itu, tetapi raut wajah dan pandangan matanya daripada tepi seolah-olah memberi bayangan seseorang kepadanya.
Gadis berbaju formal kafé miliknya itu merenung tingkah laku lelaki itu. Lelaki itu seperti sedang sibuk dengan laptopnya. Muncul kerutan di dahi Alliya. Sekarang pukul 10, kenapa lelaki ni ada dekat sini? Tak kerja ka? Gaya macam dah habis belajar.
.
.
.
.
"Yaya!" Panggilan dari dapur memberhentikan tenungan Alliya kepada lelaki itu, Pantas gadis itu bangun lalu bergerak ke dapur.
Alliya memandang skrin laptopnya. Kosong, tiada isi. Tangannya masih lagi kaku di atas keyboard itu. Dia memejamkan mata seketika. Otaknya tepu. Dia tidak mampu berfikir sekarang ini. Bayangan yang sering bermain dalam fikirannya mengganggu fokusnya. Setelah berehat hampir setahun daripada menulis, dia seolah-seolah seperti remaja yang baru hendak belajar menulis manuskrip, sedangkan dia sudah berpengalaman selama 5 tahun dengan penghasilan sebanyak 7 buah novel. Mustahil berehat selama setahun telah membuatkan dia lupa segala-galanya.
Tangan naik memegang kepala. Tanpa sedar air mata mula jatuh membasahi pipi. Ya Allah, bantu aku. Awat otak aku kosong? Sebelum ni aku dah terlintas banyak jalan cerita.
Bunyi ketukan pintu menyentakkan Alliya. Pantas dia meraup kasar wajahnya, menghapuskan air mata yang telah mencemari pipi. Dia senyum sedikit dahulu sebelum beralih ke arah pintu. Cuba mengubah riaksi.
Terbuka sahaja pintu, kelihatan seorang wanita berusia 50-an melangkah masuk ke dalam bilik dengan senyuman. Tangannya memegang secawan kopi panas yang masih berasap.
"Sibuk ka?" Hajah Asyirah menyapa ringkas.
Alliya tersenyum lebih manis.
"Dak ibu. Baru nak mula tulis ni. Awat susah-susah buat air dekat adik? Adik boleh buat sendiri la." Tidak senang Alliya dibuatnya apabila ibunya membawa secawan kopi untuknya.
Walaupun sudah menjadi kebiasaan Hajah Asyirah membawa air setiap kali datang menjenguknya di bilik, dia berasa tidak senang. Dia tidak mahu menyusahkan ibunya untuk membawa air naik ke tingkat dua.
"Tak apalah, alang-alang ibu nak tengok adik. Ibu buatkan la sekali. Adikkan suka minum kopi sambil menulis." Hajah Asyirah meletakkan cawan itu ke atas meja sebelum diusap lembut kepada anak bongsunya itu.
Alliya hanya diam tidak membalas. Sedaya upaya dia menahan air mata daripada menitis. Disebabkan dia sedang tertekan sekarang ini, dia teringatkan ayahnya yang telah meninggal dunia 7 tahun lalu. Perbuatan ibunya sebentar tadi mengimbau kenangan Alliya Bersama heronya. Ayahnya selalu mengusap lembut kepalanya seperti itu.
"Awat ibu nak jumpa adik? Ibu nak cakap apa-apa ka?" Nada suara dikawal.
Alliya cuba untuk tidak menjanggalkan suasana. Walaupun Alliya tahu ibunya dapat menangkap setiap raut wajah yang timbul di wajahnya. Mulut mungkin boleh berahsia, tetapi tidak mungkin setiap urat saraf mampu bertahan daripada jujur.
"Saja. Kakak cakap tadi adik nak menulis balik. Seronok ibu dengar. Dah lama adik tak menulis. Adik dah ok la maknanya." Ringkas, tetapi menusuk ke dalam hati Alliya.
Air mata tidak mampu ditahan lagi akhirnya jatuh membasahi pipi, kali ini lebat. Kepala ditundukkan sebelum Alliya tersedu sedan.
"Ya Allah, adik." Tanpa membuang masa Hajah Asyirah terus bergerak memeluk anaknya. Alliya dipeluk erat sebelum kepalanya diusap lembut.
"Adik, kalau adik tak kuat, jangan paksa diri."
"Adik nak lawan ibu, Adik nak lawan, adik tak mau ingat pasai dia. Adik benci dia. Awat adik kena teringatkan dia? Dia dah hancurkan adik." Tangisan Alliya semakin kuat kedengaran.
Hajah Asyirah tidak henti cuba menenangkan Alliya. Kepala gadis itu dicium lembut sebelum meleraikan pelukan.
Hajah Asyirah bertindak memegang lembut wajah anak gadisnya.
"Pandang ibu sayang." Tangan Hajah Asyirah memegang lembut tepi kepala Alliya, meminta Alliya memandangnya.
Alliya merenung ibunya dengan air mata yang masih mengalir. Wajahnya sudah merah akibat menangis.
"Adik cakap adik bencikan dia. Adik kena buktikan dekat dia yang adik bukan perempuan yang lembik. Adik kena buktikan yang kemunculan dia tak bagi apa-apa kesan pun dekat adik. Adik kena lawan perasaan tu. Adik dah janji dengan ibu adik nak jadi diri adik yang dulu. Adik nak buat apa yang adik suka." Dalam lembut, kedengaran sedikit tegas nada suara Hajah Asyirah.
Ibu jarinya mengusap lembut tepi wajah Alliya.
"Macam mana ibu? Adik tak boleh fikir. Adik tak ada idea. Setiap kali adik fikir tentang hero untuk cerita adik, adik terbayang dia ibu. Adik tak mau ingat dia ibu. Adik tak mau." Tergeleng-geleng kepala Alliya, cuba menghapuskan wajah lelaki tak guna yang muncul dalam fikirannya.
"Adik, dengar apa ibu cakap ni. Adik tak perlu fokus dekat hero. Adik fokuskan dulu jalan cerita. Adik fokus dulu dekat bahagian lain. Tak semua cerita kena pentingkan hero adik. Mungkin ni masa untuk adik cuba genre lain. Mungkin ni peluang untuk adik kembangkan lagi bakat adik untuk banyakkan genre novel adik."
Alliya diam tidak membalas, hanya mampu merenung wajah ibunya.
"Apa kata adik buat jalan cerita tentang kehidupan adik? Seorang gadis yang berusaha memperbaiki hidup, berusaha untuk sembuh. Seorang anak muda yang sangat baik, penyayang, hormat orang tua. Wanita solehah yang nak dekatkan diri dengan Allah, yang nak sembuh daripada masa silam." Jari Hajah Asyirah naik menyapu lembut pipi Alliya, menghapuskan air mata yang telah mencemarkan wajah anaknya.
"Hidup adik tak menarik ibu."
"Siapa cakap? Setiap aturan Allah tu indah adik. Sekarang adik nampak hidup adik gelap, kosong, tak ada seri, tapi ingat janji Allah sayang. Setiap kesusahan ujian akan ada kebahagiaan untuk orang yang kuat dan sabar. Adik nak berubah kan? Adik nak jadi diri adik yang dulu kan?"
Alliya mengangguk kepalanya perlahan.
"Janji dengan ibu, adik akan kuat. Adik akan cuba untuk pulihkan diri adik. Adik kena pastikan adik sebagai heroin yang berjaya sembuh daripada kisah silam. Berjaya pulih sepenuhnya seperti sebelum ni."
YOU ARE READING
Mrs Monseiur Revamp
RomanceKisah silam telah menghantui Alliya. Walapun sudah bertahun, dia tidak mampu sembuh daripada tekanan yang dialami. Semakin lama semakin parah apabila lelaki itu muncul semula. Segala bayangan gelap kembali mengganggu dirinya. "Saya nak berkawan deng...