NASIHAT AYAH

492 10 0
                                    

"Ayah dan ibu nak tahu apa sebenarnya masalah antara kamu dan abg Wafi?,tanya ayah kepada Shazuan.

Sedang Syazuan melipat bajunya utk pulang ke asrama esok,pintu biliknya telah diketuk.Ternyata ayahnya memanggil untuk ke ruang tamu.Dia yakin pasti ada benda yang ingin di soal oleh ibu dan ayahnya.Oleh itu dia mesti bersedia memberikan jawapan yg boleh memuaskan hati kedua orang tuanya.

"Tak ada apa pun.Cuma Wan rasa nak jauhkan diri dari dia.Lagipun Wan tak berapa selesa sekarang bila dia ada.Kalau boleh pun ayah dan ibu tak payah la jumpa dia lagi," Jawab Shazuan.

"Perkara apa yg abg Wafi buat sampai kamu tidak selesa dengan dia? Cuba terangkan pada ibu dan ayah supaya kami faham",jika Wan terus mendiamkan diri sampai bila pun kami tak faham apa yg terjadi,ibunya mula mendesak.

"Wan ada tengok fail abg Wafi,dia punya laporan disiplin.Wan taknak orang pandang Wan bermasalah macam dia.Lagipun Wan taknak ibu dan ayah terhutang budi dengan dia,takut abg Wafi tu ambil kesempatan," terang Shazuan.

"Boleh ayah tahu masalah apa yg abg Wafi buat dan pada masa bila? Soal ayah dengan lembut

"Abg Wafi bermasalah dekat asrama ayah,Wan sendiri tengok rekod dia.Semua kesalahan dia tu masa dia dekat tingkatan 1 dan 2.Ada macam-macam tapi yang Wan ingat mencuri,merokok dan pukul.Yang lain Wan tak ingat," terangku panjang lebar.

"Jika ada pun,ada abg Wafi merokok depan Wan? Atau ajar Wan sekali merokok?", tanya ibu dengan nada yang keras.

"Takde ibu",jawabku perlahan.

"Ayah dan ibu tidak pernah mengajar kamu menghukum kesilapan org Shazuan.Jika betul pun abg Wafi tu bermasalah,dia pun dah dikenakan hukuman selepas tu.Kamu renung balik dan lihat diri kamu di mana tahun lepas? Bagaimana pencapaian kamu dalam akademik,di mana kedudukan kamu dulu dan sekarang? Adakah kamu bertambah buruk sekarang berbanding dulu?
Pada tahun ni ada abg Wafi kamu tu buat lagi masalah dan dikenakan hukuman? Setiap orang ada sisi jahat mereka Shazuan,tetapi tidak semua orang jahat itu tidak tahu tanggungjawab.Kamu sendiri akui tadi yg abg Wafi tidak pernah merokok di depan kamu,jauh sekali utk mengajar kamu merokok.Kamu masih tidak boleh fikir lagi? Ayah bercakap dengan panjang lebar.

"Ayah jarang berada di rumah Shazuan,ibu pula sibuk uruskan adik-adik kamu yang lain.Dengan abg Wafi tu je ayah dan ibu boleh berharap utk tengokkan dan jagakan kamu.Ayah tak pernah rasa yang abg Wafi mahu ambil kesempatan ke atas kamu atau pada ayah dan ibu kerana kami tahu dia ikhlas menjaga dan menyayangi kamu.Ayah sendiri ada berjumpa dengan dia dan minta dia bersabar dan beri ruang kepada kamu,walaupun ayah nampak jelas tanda kecewa pada muka dia.Nasihat ayah janganlah kamu hukum dia sebab perkara yang dah lepas,yang dia tidak pernah buat pada kamu pun.Berbaiklah semula dengan abg Wafi tu",sambung Ayah lagi.

Shazuan hanya menundukkan mukanya,matanya berkaca.Kemudian ibu meminta dia memasuki bilik semula utk menyelesaikan persiapan pulang ke asrama esok yang tertangguh.

Ayah kembali bersandar di kerusinya. Meskipun ayah baru mengenali Wafi, tetapi ayah bukannya kanak kanak lagi yg tidak boleh berfikir secara waras,sudah pasti dia akan melindungi Wafi seperti dia melindungi anak-anaknya dan lain.
-------------------------------------------------------------

Aku ketika itu baru selesai menggok baju sekolah utk esok,Asraff datang kepadaku dan memaklumkan ayah dan ibu Shazuan mahu berjumpa denganku di parking di belakang surau.Pelik juga aku,selalunya mereka hanya parking sahaja di perkarangan asrama ni.Aku menyiapkan diriku utk berjumpa mereka.

Setibanya aku di sana,ibu dan ayah tersenyum menyambut kehadiranku.Shazuan juga bersama ketika itu.Lantas aku mengucup tangan mereka dan bersalaman dgn Shazuan juga.

"Tujuan ayah dan ibu panggil kamu ni adalah utk bertanyakan beberapa hal kepada kamu,ayah harap kamu dapat menjawab dengan jujur",kata ayah.

"Baik ayah saya cuba",jawabku dengan jujur.Agak tergagap juga aku ketika itu.

"Shazuan ada cerita pada kami yg Wafi sebenarnya seorang pelajar asrama yg bermasalah,ada rekod disiplin yang teruk.Betul ke?" Tanya ibu.

Ayah dan ibu menunggu jawapanku,begitu juga dengan Shazuan.Aku menarik nafasku dalam-dalam."Iya betul,mmg saya ada masalah disiplin dekat asrama dan sekolah sebelum ni.Saya tak tahu Shazuan dapat tahu dari mana,tapi saya takkan nafikan apa yg Shazuan tahu".

"Boleh Wan tahu kenapa sebelum ni abg tak pernah cerita dekat wan?" Shazuan menyoalku.

"Tak semua benda abg perlu cerita Wan,lagipun itu kesalahan yg abg pernah buat dulu.Lagipun tahun ni abg PMR,abang perlu tunjuk contoh yang baik terutamanya pada kau,supaya kau tak terikut dengan perangai lama abg.Kalau kau rasa abg banyak konkong atau larang kau buat banyak benda,abg mintak maaf.Satu je tujuannya,abg taknak kau buat silap macam abg pernah buat dulu,"jawabku dengan jujur.Aku melepaskan apa yg terpendam di hatiku.

"Wafi,ayah dan ibu tidak memandang dari masa lepas kamu.Ayah dan ibu juga pernah buat silap,tapi yang penting usaha kita utk taknak kesilapan tu berulang balik.Shazuan,ayah minta maaf jika masuk campur urusan kamu dan abg Wafi,apa yang ayah dan ibu buat hanya utk kebaikan kamu semata.
Ayah harap kamu berdua dapat berbaik,semoga hubungan kamu seperti dulu.Sbb ayah dan ibu sangat rindu anak- anak kami yang berdua ni",kata ayah sebak.

"Shazuan minta maaf bang.Wan tahu wan silap.Wan tak patut dengar apa yang orang cerita pasal abg.Ibu ayah,Wan minta maaf kalau menyusahkan," kata Shazuan sambil melinangkan air mata.

"Syukur kerana kamu dah sedar.Selepas ni ayah harap kalau ada salah faham,selesaikan dengan cara berdepan.Kalau memendam rasa mcm ni sampai bila masalah tidak selesai.Boleh ayah tahu sape yang bercerita pada kamu tentang abg Wafi ni", soal ayah.

"Tak apalah ayah,benda pun dah terjadi.Asalkan Wan sedar cukup baik dah.Saya pun kalau boleh dah taknak panjangkan cerita ni," jawabku.

Kami berdua menguncup tangan ayah dan ibu sebelum mereka bertolak pulang.Kemudian aku dan Shazuan bersama sama naik ke asrama menuju ke bilik.


ASRAMA 2007Where stories live. Discover now