AMUKAN MALAM

866 14 1
                                        

"Bangsat korang",Amir dan partnernya mendengar jeritan yang keras sebelum pintu stor tersebut diterajang dengan kuat dan terus terbuka.Mereka tergamam apabila melihat Wafi merenung mereka dengan mata yang tajam.Jelas kemarahan terpancar jelas pada wajah Wafi.

"Apa yang korang nak buat haa?" Jerit Wafi yang terus merapati mereka.Kemudian satu rembatan kaki yang padu singgah di perut penyerang Shazuan itu yang membuatkan dia menjerit kesakitan.Amir bangun dan cuba melarikan diri,tetapi dia kemudiannya terjatuh apabila tumbukan Wafi singgah tepat di pipinya.

Zul dan Shafiq segera mendapatkan Shazuan dan menutupi tubuh bogel itu dengan selimut yang diambil dari ampaian.Amarah Wafi masih belum reda,dia terus memijak kepala penyerang Shazuan itu yang masih cuba menutup mukanya utk menyembunyikan identitinya.
Jeritan Wafi itu begitu kuat,namun tidak semua mendengarnya kerana ramai sudah lena dibuai mimpi.

Nizam dan Hafiz telah tiba di tempat itu sambil ditemani warden asrama.Melihat Shazuan yang masih belum sedarkan diri,dia meminta Zul dan Shafiq mengangkat Shazuan keluar dari bilik tersebut.Warden itu juga turut membantu.

Sementara itu di dalam stor amukan Wafi belum berkesudahan.Dia terus menumbuk wajah Amir yang mengerang kesakitan.Kemudian dia terus menyepak penyerang yang cuba meliwat adik angkatnya.Dia juga melakukan tumbukan bertubi tubi ke pipi penyerang itu.Meskipun Nizam dan Hafiz cuba menghalang,ternyata mereka bukan tandingannya,bahkan mereka juga ditolak dengan keras oleh Wafi yang terus membelasah Amir dan partnernya.

Warden asrama mengunci leher Wafi menggunakan lengannya dan meminta Wafi bertenang.Meskipun mukanya berasa sakit akibat disiku Wafi,dia akhirnya berjaya menarik Wafi keluar dari stor tersebut.Kemudian dia mengarahkan Nizam,Zul dan Hafiz utk membuat perkara yang sama ke atas Wafi utk menghentikan amarahnya.Meskipun mereka bertiga mendapat nasib yang sama seperti warden mereka,mereka tetap bertahan dan sedar bahawa inilah satu satunya cara yang ada.Akhirnya tubuh Wafi mulai lemah dan dia jatuh melutut di lantai.

Warden mengarahkan Shafiq membuka lampu stor utk mengenalpasti perilaku yang menyerang Shazuan.Apabila lampu di buka dia melihat Amir memegang perutnya dalam kesakitan sambil meminta bantuan.Nizam pula menghampiri seorang lagi perilaku yang langsung tidak bergerak.Alangkah terkejutnya bahawa itu adalah Mubin,ahli dorm mereka yang jarang berada di dalam bilik.Mukanya dipenuhi dengan darah akibat mendapat tumbukan bertubi tubi dari Wafi.

Syazuan,Mubin dan Amirr dibawa ke hospital oleh warden sambil ditemani  oleh Zul dan Nizam.Manakala Wafi pula terus ditenangkan oleh Hafiz,Nizam dan ahli dormnya yang lain.Hafiz cukup takut melihat tangan Wafi yang kelihatan sangat bengkak kerana menumbuk Amir dan Mubin tadi.
-----------------------------------------------------------
Shazuan telah pun sedar,kepalanya berasa sangat pening.Dia memerhati di sekelilingnya begitu ramai org yang berpakaian putih.Ini membuatkannya terkejut dan terus terduduk,Nizam menghampirinya dan memaklumkan dia kini selamat dan berada di hospital.
Dia juga melihat wardennya sedang berbual bersama dengan anggota polis yang lengap berpakaian uniform.

Amir juga sedang terlantar di katil hospital dalam keadaan tangannya sudah bergari.Dia berada di wad yang berbeza.Dia sudah pun sedar tetapi perutnya berasa sakit.Kemudian ada jururawat yang datang menghampirinya dan meminta tidak bergerak terlalu banyak.

Mubin sedang diberi bantuan pernafasan kerana masih belum sedarkan diri.Kelihatan beberapa orang jururawat sedang membersihkan darah di wajahnya.Kemudian warden datang menghampiri Mubin dengan wajah yang cukup membimbangkan.

Nizam diarahkan pulang oleh wardennya.Dia akan di hantar oleh anggota polis terus ke asrama.Meskipun Shazuan sudah pun sedar,dia tidak dibenarkan pulang.Wardennya meminta dia untuk menunggu sebentar.
"Lain macam tangan kawan kamu tu dik,teruk budak berdua tu dikerjakan.Harap tak terjadi lah apa-apa dekat lagi sorang tu,kalau tak susah nanti.Lain kali kalau ada apa-apa jangan ambil tindakan sendiri,biar warden yang jalankan tugas dan beri hukuman", bicara anggota polis itu kepada Nizam.

Ketika Nizan tiba,masih ada lagi ahli dormnya yang berada di wakaf bawah pokok di perkarangan asrama.Anggota polis itu juga keluar dari kenderaannya dan mengarahkan penghuni yang ada di situ untuk pulang ke dorm masing-masing.Tetapi masih ada seorang lagi yang masih duduk di situ sambil menghembuskan asap rokok keluar dari mulutnya,ini membuatkan anggota polis itu bertanya kepada Nizam.

"Itulah Wafi tuan", jawab Nizam ringkas.

ASRAMA 2007Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang