BAJU SEKOLAH

553 10 0
                                    

Shazuan menemui Wafi dan rakannya  yang lain dan mengucapkan semoga berjaya utk peperiksaan esok.Shazuan menjadi saksi bagaimana bersungguhnya Wafi dan rakan rakannya mengulangkaji pelajaran utk mendapat keputusan yang cemerlang. Ashraff kemudian mengajak Shazuan pulang ke bilik.Sebelum itu Nizam telah memberikan pesanan agar pintu bilik dikunci kerana dia akan pulang lewat.

Amir ketika itu memerhati mangsanya dari jauh.Segala perancangan sudah pun diatur oleh partnernya.Shazuan tidak sedar bahawa langkahnya diperhatikan.Dia dan Ashraff kini telah pun masuk ke dalam dorm.Seperti yang dipesan oleh Nizam,Asraff menutup pintu dan mengunci dorm mereka.

"Aduhh mana pulak baju aku ni? Tadi rasa macam aku dah bawak naik sangkut kat sini", runggut Shazuan

"Nape Wan", soal Idham

"Baju sekolah aku,aku baru nak iron,tengok dah takde pulak.Aku rasa macam dah gantung tadi kat tingkap ni,kau ada nampak tak?", soal Shazuan kepada Idham.

"Mana ada kau gantung baju kat situ Wan,aku sampai bilik tadi pukul 10.30 malam takde apa pun yang bergantung kat situ", kata Faris pula.

"Aduhh tertinggal kat ampaian la ni,takpe aku pergi jap,bagi kunci bilik kat aku Ashraff" Arah Shazuan.

"Kau nak pergi mana Wan? Meh la aku teman,kan bang Nizam dah cakap pergi mana-mana mesti berteman.

"Takpe,aku pergi kejap je.Boleh je pergi sorang,lagipun belum lewat sangat ni," kata Shazuan.Dia terus meninggalkan Ashraff.

Shazuan melangkah menuju ke ampaian,Amir hanya mengintai dari pintu biliknya dengan senyuman.Partnernya juga sudah bersedia di dalam stor elektrik bilik bawah.Akhirnya Shazuan akan rebah di tangan mereka hari ini.
--------------------------------------------------------------
Sementara itu di dalam kelas,aku tidak berasa sedap hati.Sejak Shazuan pulang ke asrama,semakin berdegup kencang jantungku.Aku cuba mengabaikan perasaan tersebut,tetapi aku gagal.

Aku mula mengemaskan alat tulis dan buku rujukanku.Shafiq menegurku bertanya mengapa aku kelihatan seperti cemas,aku menjawab aku berasa tidak sedap hati.Mungkin tertekan kerana peperiksaan akan berlangsung esok.Nizam memujukku untuk duduk sebentar,kerana topik perbicangan kami hampir selesai,dengan rasa berat hati aku kembali duduk di kerusiku.
-------------------------------------------------------------
Shazuan mencari bajunya di sekitar tandas dulu,mana tahu dia ada tertinggal bajunya di sini.Tapi dia rasa yakin memang dia ada membawa bajunya ke bilik petang tadi.Setelah puas mencari di dalam tandas,dia menuju ke ampaian,itulah tempat terakhir yang boleh dia mencari bajunya.

Dia membelek setiap baju sekolah yang tergantung di ampaian.Kawasan ampaian asrama sememangnya gelap padu waktu malam,lagipun tiada lampu di situ.Dia hanya mengharapkan cahaya lampu bilik asrama yang belum ditutup.Dia berasa hairan,dia masih belum menjumpai bajunya di tempat dia menjemur.Dia terus melangkah ke hadapan dan akhirnya dia melihat ada baju sekolah yang digantung di pintu stor.

"Macam baju aku je,"kata Shazuan lalu pergi melihat baju tersebut.Memang benar baju sekolah itu milik Shazuan tetapi bagaimana boleh tergantung di sini? Adakah ada penghuni dormnya yang meletakkan bajunya di situ dengan niat bergurau?

Sedang Shazuan mahu melangkah pergi,ada sesuatu yang menekup hidungnya.Dia melawan dan meronta,tetapi lama kelamaan dia berasa dirinya lemah dan kemudiannya dia pengsan.Selepas itu dia diheret ke dalam stor.

ASRAMA 2007Where stories live. Discover now