FAIL

443 8 0
                                    

Shazuan membuka fail yg diterimanya dari Mubin.Mubin merupakan pengawas sekolah yang bertugas dalam unit disiplin.Dia tidak menyangka Mubin dengan baik hati menyerahkan fail kepadanya walaupun dia baru memohon utk mendapatkannya.
Sebenarnya Mubin merupakan ahli dorm sama dengan Shazuan,katilnya di bawah Shafiq,tetapi dia jarang berada di dalam dorm kerana dia lebih suka tidur dan melepak di dalam dorm 3 bersama Zairol dan Ammir.

"Jangan bgth org lain pulak yg aku bagi fail nie dekat kau,simpan baik-baik.Kalau rasa tak boleh simpan nanti buang.Kalau kantoi ni habis aku,tak dapat dah nak tolong kau lagi",kata Mubin.

Selepas perbualannya dengan Amir sebelum sesi kokorikulum sebentar tadi,hati Shazuan dipenuhi dengan perasaan ingin tahu tentang perangai Wafi sebenar.Dia perlu memastikan apa yang diceritakan kepadanya oleh Amir berkaitan Wafi adalah benda sebenar.Semasa prep malam,dia membelek fail itu dengan berhati hati agar org lain tidak menyedarinya.

Di dalam fail itu tercatat rekod disiplin berkaitan Wafi semasa berada di Ting 1 dan 2.Banyak juga kesalahan disiplin yg telah dilakukan oleh Wafi seperti mencuri,merokok,fly dan buli.Tetapi rekod mengenai kesalahan mencuri paling banyak dicatatkan.Selalunya utk kesalahan mencuri,kebiasaannya mangsa Wafi adalah anak orang kaya.

Memang benar,Wafi sebenarnya merupakan pelajar yang sangat bermasalah.Dia sering melakukan kesalahan disiplin sama ada di sekolah ataupun di asrama.Bahkan ayah Wafi sering dipanggil datang ke sekolah kerana masalah yang ditimbulkan Wafi.Bukan sekali dua dia diberikan amaran,malah pernah juga Wafi dikenakan tindakan gantung asrama selama 2 minggu,tetapi mujurlah rayuan ayahnya diterima oleh pihak sekolah.

Sepanjang hubungan akrab antara Wafi dan Shazuan,Wafi tidak pernah menceritakan masalah disiplinnya.Malah pada Shazuan,Wafi merupakan seorang yang sangat baik.Tetapi kepercayaan yang Shazuan berikan kepadanya hancur sekelip mata apabila melihat rekod fail ini.Oleh itu dia memutuskan mahu menjauhkan dirinya dari Wafi kerana tidak mahu dilabelkan sebagai seorang pelajar bermasalah.Dia perlu menjaga nama baik dirinya dan keluarganya.
------------------------------------------------------------
Nizam ada menemuiku berkenaan Shazuan.Kata Nizam,Shazuan telah memohon untuk berpindah bilik ke 3.Zairol selaku ketua dorm 3 telah memberi kebenaran dan kini hanya menunggu kebenaran dari Nizam sahaja.

Aku sebenarnya terperanjat mendengar perkara itu dari Nizam.Selama ini di dalam dorm kami tiada masalah pun yang berlaku.Cuma ada kes liwat yang melibatkan Nizam dan Ashraff yang tidak dihebohkan.Nizam meminta pendapatku untuk membenarkan atau pun tidak,aku menyerahkan segala kuasa kepadanya kembali utk membuat keputusan kerana dia merupakan ketua bilik.

Aku tidak menyangka sehingga begitu Shazuan membenciku sekarang.Pada aku jika aku membuat silap,seharusnya dia datang menceritakan kepadaku supaya dapat aku baiki kesilapanku.Tetapi dia hanya mendiamkan diri dan mengelak dari berjumpa denganku.Aku kemudian memutuskan untuk memberi lebih masa dan ruang kepada Shazuan sehingga dia okay,tetapi aku tidak menyangka pula bahawa dia telah membuat permohan menukar bilik.Aku hanya terdiam kerana terlalu kecewa.

ASRAMA 2007Where stories live. Discover now