KENYATAAN RASMI

464 9 0
                                    

Peperiksaan sedang pun berjalan.Hanya tempat duduk Mubin dan Amirr sahaja yang kosong.Ramai juga yang bertanya dimanakah keberadaan dan keadaan mereka sekarang,tetapi mereka semua tidak tahu.Wafi juga tekun menjawab soalan meskipun kepalanya berserabut kerana kejadian malam tadi.Sebenarnya Wafi masih belum tidur.Dia menghabiskan waktu malam tadi dengan merokok.

Selepas sesi peperiksaan hari ini tamat,aku di panggil oleh pihak pengurusan sekolah.Nizam,Shafiq,Zul,Hafiz dan ahli dormku juga kesemuanya di panggil.Pengurusan mahu mengetahui dengan lanjut berkaitan dengan kejadian yang berlaku.Bagaimana ianya bermula,puncanya dari siapa dan sekali bagaimanakah ianya tamat.Seorang demi seorang di panggil oleh Pengetua,Guru HEM,Guru Disiplin dan Warden.Kemudian antara mereka berbincang sesama sendiri kerana mereka mahu mengelurkan kenyataan rasmi,kerana ketika ini banyak khabar angin sedang yang tersebar di kalangan warga sekolah dan asrama.

Pihak sekolah tidak mahu kes cubaan liwat ini disensasikan kerana akan menjejaskan nama dan imej baik sekolahku.Tetapi memandangkan Mubin dan Amir masih berada di hospital dan sedang di rawat,tambahan sudah mendapat campur tangan dari pihak polis,pihak sekolah mesti mengeluarkan kenyataan yang kukuh.
Akhirnya selepas perbincangan sesama guru,Pengetua mengumumkan semua pelajar sekolah perlu berhimpun di dataran sekolah pada jam 6.00 petang iaitu ketika waktu makan petang.Ini merupakan kali pertama perhimpuan sekolah di buat pada waktu itu.

"Pada tengah malam tadi,telah berlakunya satu kes kecuriaan di asrama pelajar lelaki,mangsa Muhd Shazuan telah kehilangan barangan peribadinya berupa pakaian dan wang poket telah keluar dari bilik mencari pelakunya.Akhirnya mangsa menemui pelakunya yang sedang menyorok di dalam stor kawasan ampaian lelaki dan meminta kembali barangan yang telah dicuri.Pelaku yang bernama Mubin Ariffin dan Mohd Amir dari ting 3 berasa sangat marah apabila perbuatan mereka terdedah dan mereka berdua telah memegang dan menekupkan muka Shazuan sehingga mangsa pengsan.
Mereka berdua cuba memukul Shazuan selepas itu,tetapi situasi itu telah disedari oleh beberapa orang pelajar dari bilik mangsa iaitu Wafi,Nizam dan Shafiq.Antara mereka telah menyerbu stor tersebut dan terjadilah pergelutan di antara Mubin Ariffin,Amir dan juga Wafi.Pada masa itu Nizam dan Shafiq berusaha menarik keluar menyelamatkan Shazuan dan pihak warden telah datang ke situ untuk meleraikan pergaduhan bersama sama dengan pelajar ting 3 yang lain.

Akibat pergelutan itu telah mengakibatkan kecederaan parah kepada kedua dua pelaku iaitu Mubin dan Amir,keduanya mengalami masalah patah rahang di pipi,patah tulang di hidung dan Mubin Ariffin juga telah disahkan mengalami keretakan di bahagian tulang rusuk.Wafi pula mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan,meskipun jelas terdapat kesalahan yang dilakukan oleh Mubin dan Amirr,ini bukanlah lesen utk pelajar pelajar yang lain mengambil tindakan sendiri bahkan sepatutnya perkara ini perlu diadukan kepada warden yang bertugas sebelum pihak pengurusan sekolah memberikan hukuman setimpal.

Pihak sekolah juga telah bertemu dengan semua mangsa dan saks dan menghubungi kedua ibu bapa mereka utk makluman dan perbincangan.Dengan ini pihak sekolah menjatuhkan hukuman berikut, pertama kepada Wafi,di hukum gantung asrama selama 2 minggu dan Mubin Ariffin bersama Mohd Amir dibuang asrama bermula pada hari ini dan kedua ibu bapa mereka masing-masing bersetuju utk mencari sekolah yang baru utk anak mereka. Mereka berdua juga tidak dibenarkan utk mengambil peperiksaan PMR di sekolah ini dan mereka perlu mencari sekolah tumpang utk peperiksaan PMR nanti.Wafi pula tidak dibenarkan berada di asrama selama 2 minggu,bagaimanapun dia dibenarkan hadir ke sekolah sehingga Peperiksaan Percubaan SPM berakhir dan boleh hadir ke sekolah utk mengikuti kelas yang berlangsung seperti biasa

Pihak pengurusan sekolah berharap hukuman disiplin yang diberikan kepada 3 orang pelajar ini memberi keinsafan kepada mereka dan berharap menjadi tauladan kepada semua pelajar sekolah dan penghuni asrama yang lain.Semoga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saya selaku pengetua sekolah,dapat menutup tohmahan dan khabar angin yang tidak benar tentang kejadian yang berlaku.

Semua pelajar boleh bersurai sekarang."

Pengurusan sekolah telah sama-sama berbincang tadi utk menyembunyikan cerita sebenar berkenaan cubaan liwat terhadap Shazuan,salah satunya untuk tidak mahu mengaibkan mangsa dan pelaku.Oleh sebab itu,ibubapa Mubin Ariffin dan Mohd Amir bersetuju untuk memindahkan anak mereka ke sekolah yang lain.Meskipun Wafi telah melakukan kekasaran yang terlampau keras,ibu bapa Mubin dan Amir terpaksa menerima hukuman ringan yang dijatuhkan oleh pihak pengurusan sekolah.Mereka tidak mahu Wafi membuka mulut yang membuatkan anak-anak mereka bertambah malu lagi.
-------------------------------------------------------------
Aku mengemas pakaianku kerana aku diarahkan utk keluar asrama segera pada hari ini selama 2 minggu.Sebenarnya aku buntu hendak ke mana sebenarnya,kerana aku tidak menpunyai saudara mara yang tinggal berdekatan di sini.Aku sebenarnya tadi menipu pengetua mengatakan aku telah menghubungi ayahku untuk memaklumkan berkenaan hukuman ini.Mahu atau tidak,aku perlu pulang juga ke rumahku di Kajang dan perlu berulang alik ke sini setiap hari selama 2 minggu.

Nizam dan Shafiq menemaniku turun ke bawah,kereta warden juga telah ada untuk menghantarku ke perhentian bas yang berdekatan.Aku menaiki kereta warden lalu meninggalkan asrama dan sekolah.

ASRAMA 2007Where stories live. Discover now