Aku baru tiba dirumahku yang terletak di Kajang.Minggu ini merupakan minggu balik wajib.Ibuku ada bertanya adakah aku mahu menikmati hidangan skrg,aku menolak dan mengatakan akan makan selepas maghrib.Aku mahu berehat sebentar di dalam bilikku yang bahang itu.Aku hanya memakai spender sahaja kerana kepanasan lalu membaringkan tubuhku di atas tilam.
Sejak dari hari Rabu sehingga sebelum balik tadi,Shazuan langsung tidak menegurku.Malah setiap kali aku cuba bersembang dengannya Shazuan seolah oleh mahu mengelak.Puas juga aku memikirkan apakah aku ada membuat silap? Sebelum ini tiada masalah antara kami,malah hubungan kami berdua sangat akrab dan rapat.Ada juga aku bertanyakan tentang Shazuan kepada Ashraff dan Faris,mereka mengatakan Shazuan melayan mereka seperti biasa sahaja.
Selepas makan malam tadi ibu dan ayahku ada bertanyakan tentang pelajaran.Aku mengatakan semuanya baik-baik sahaja.Ayahku sebentar tadi ada memberitahuku bahawa selepas ini dia tidak dapat menghantar dan menziarahiku di sekolah lebih kerap seperti sebelum ini,kerana dia perlu berjimat.Tambahan pula kakak dan abangku kini menuntut di universiti,sudah pasti pembelanjaan mereka juga meningkat.Aku mengangguk faham.Aku ada menghubungi ibu selepas itu dan meminta ibu memanggil Shazuan kerana aku mahu bersembang dengannya,tetapi ibu berkata Shazuan enggan menjawab panggilanku.Aku mematikan talian telefon dengan hampa.
Aku tidak ke mana-mana pada hari Sabtu ini.Bukanlah aku tiada kawan di kawasan tempat tinggalku,tetapi kerana aku memilih bersekolah di Rembau,hubungan kami sudah tidak erat seperti dulu.Jika terjumpa hanya bertegur sapa seperti biasa shj,tiada lagi perbualan yg rancak seperti dulu.Esok aku sudah pulang di asrama,terlalu pantas masa berlalu.
-------------------------------------------------------------
Semasa aku tiba,ibu dan ayah seperti menungguku di perkarangan asrama.Aku menemui dan menguncup tangan mereka dengan penuh kasih sayang dan hormat.Mereka memberitahuku bahawa Shazuan telah pun naik ke bilik.Mereka sengaja menunggu ketibaanku kerana mahu bersembang.AYAH : Kamu ada masalah dengan Shazuan ke?
AKU : Tak ada ayah,saya pun tak tahu kenapa dia macam tu.Saya sendiri fikir apa salah yang saya buat kat dia.
IBU : Itu yang ibu pelik,selalunya bila ibu bertanya tentang Wafi panjang lebar dia bercerita.Tapi masa balik baru baru ni,bila ibu tanya langsung dia tak menjawab.
AYAH : Mungkin ada salah faham.Takpelah Wafi,ayah percaya satu masa nanti semuanya akan ok.Jangan lah kamu ambil hati dengan Shazuan tu.Kamu sahaja harapan ibu dan ayah utk tengokkan Shazuan di sini.Ayah minta diri dulu utk pulang ya.
Ayah menghulurkan wang saku berjumlah RM100 kepadaku,tetapi aku menolaknya dengan baik.Aku mengatakan bahawa aku serba salah utk menerimanya,tetapi ibu berkeras utk dan meminta aku mengambilnya.Aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga angkat yang baik seperti mereka.Dalam tidak sedar perbualan dan tingkah laku ku diperhatikan Shazuan dari balkoni asrama.Kemudian dengan segera dia memasuki bilik.
Aku tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas.Aku seolah olah terganggu apabila memikirkan layanan Shazuan kepadaku sekarang.Jauh berbeza berbanding dahulu.Aku juga tidak dapat menjalani rutin harianku seperti biasa kerana aku berasa cukup terganggu.Hari ini sudah Khamis,ini bermakna sudah 1 minggu aku tidak ditegur Shazuan.
------------------------------------------------------------
Amir menyedari hubungan Shazuan dan Wafi mula renggang.Kini dia hanya perlu menunggu masa yg sesuai.Dia tidak menyangka bahawa Shazuan amat mudah dipengaruhi.Jarum berbisa yang ditanam pada fikiran Shazuan sudah mula membuahkan hasil.Wafi juga di lihat seperti hilang punca utk memujuk adik angkatnya itu.AMIR : Hai Wan,buat apa sorang duduk sini? Kawan-kawan takde teman ke?
SHAZUAN : Saje bang ambik angin sorang.Abang dari mana ni?
AMIR : Abg dari dewan makan tadi,baru lepas minum malam.Ada je abang bersembang dengan abg Wafi tadi.
SHAZUAN : Abg sembang apa je dengan dia?
AMIR : Pasal nak PMR la,kenapa Wan?
SHAZUAN : Hmm,saya sebenarnya dah lama tak sembang dengan dia lepas saya baca fail tu.Bila saya baca fail tu rasa macam takut pulak.
AMIR : Kan abg dah cakap,tapi Wan tak percaya.Wan tengok skrg,mana ada dia kisah pasal Wan,kalau dia kisah mesti tadi dia ada selit pasal Wan ke apa.Ni langsung takde,nampak sangat Wan tak penting bagi dia.Dia cuma gunakan Wan je sebelum ni.
Shazuan hanya mendiamkan diri.Jika mula-mula dia mahu menjauhkan diri dari Wafi dulu,Wafi sering datang ke arahnya utk memujuknya.Tetapi sekarang tiada lagi,Wafi langsung tidak datang kepadanya malah langsung tidak menegurnya.
AMIR : Abang ada satu idea
SHAZUAN : Idea apa bang?
AMIR : Shazuan tukar je dorm,duduk bilik abang.Nanti abg bincang dengan abg Zairol.Dari Wan duduk bilik tu hadap muka Wafi tiap hari.
Shazuan hanya mengangguk.
Sebenarnya pada malam itu Amir tidak pun bersembang dengan Wafi.Dia hanya mereka cerita bagi menambahkan api kebencian kepada Shazuan terhadap Wafi.

ANDA SEDANG MEMBACA
ASRAMA 2007
RomancePERKENALANKU BERSAMA SHAZUAN LALU MENJADIKAN DIA SEBAGAI ADIK ANGKAT.HUBUNGAN KAMI DIRESTUI OLEH KELUARGA SHAZUAN YANG KEMUDIAN MENERIMAKU MENJADI ANAK ANGKAT MEREKA. TAHUN INI JUGA MENYAKSIKAN AKU TERPAKSA MELINDUNGI SHAZUAN DARIPADA MENJADI MANGSA...