HUBUNGAN KELUARGA

442 8 0
                                    

Kereta yang dipandu ayah mula bergerak meninggalkan mall.Cukup sibuk keadaan jalan di Shah Alam,maklumlah pada hari Sabtu,belum lagi hari minggu.Aku masih tersandar kekenyangan,Shazuan dengan nakal menepuk nepuk perutku sambil ketawa.Perjalanan dari rumah Shazuan ke Shah Alam tadi lebih kurang 2 jam 30 minit.Aku rasa utk perjalanan pulang ini pasti akan memakan masa yang lebih lama kerana keadaan trafik semakin sesak.

Aku seperti pernah melalui jalan ini.Rupanya aku terlena tanpaku sedar.Tidak tahu kerana penat berjalan atau terlalu kekenyangan.Shazuan juga baru sedar dari tidur,dia tidur di bahuku tadi.Setelah aku mengamati dengan teliti,jalan ini seperti menuju ke rumahku.
"Ayah nak singgah dulu ke rumah keluarga Wafi,saja ibu dan ayah datang melawat", kata ayah.

"Tapi ayah,Wafi tak bgth family lagi.Lagipun tak tau kat rumah ada orang atau tak",jawabku terkejut.

"Tak apa,ayah dari semalam dah call ayah Wafi,dah beritahu yang kita nak datang hari ni,jadi Wafi janganlah bimbang", jawab ibu.

Aku sebenarnya terkejut apabila ibu berkata begitu.Kepalaku pula semakin pening apabila ayah telah menghubungi keluargaku utk singgah sebentar di rumah.Timbul persoalan di manakah mereka mendapatkan nombor ayahku.Tak pernah pula aku memberikan nombor ahli keluargaku kepada mereka,bahkan aku tidak pernah menceritakan latar belakang keluargaku.

"Shazuan,basuh muka.Kita dah nak sampai rumah abg Wafi",arah ibu.Ibu bapaku sudah menunggu ketibaan kami semasa ayah memarkir keretanya.

"Waalaikumussalam", jawab ayahku apabila ayah Shazuan memberikan salam.Mereka saling bersalaman,begitu juga ibuku dan ibu Shazuan.Kemudian aku dan Shazuan juga menghulurkan tangan utk bersalaman dan mengucup tangan mereka."Jemput masuk",kata ayahku.

Cukup mesra perbualan ibubapaku bersama ibubapa Shazuan.Seperti sudah lama kenal.Aku dan Shazuan hanya memerhati sahaja dengan rasa pelik."Wafi,kalau adik kamu tu nak rehat,bawak je lah masuk dalam bilik dulu",arah ibuku.Seakan sudah lama menunggu kebenaran,Shazuan menarikku dan mengajak aku masuk ke bilik.Aku membukakan pintu bilik dan Shazuan memasukinya dengan rasa gembira.Dia kemudiannya baring di atas katilku.

Aku sebenarnya segan apabila keluarga Shazuan bertandang ke rumahku.Kerana taraf keluarga kami cukup berbeza.Apa lagi apabila Shazuan memasuki bilikku yang panas dan bahang ini.Shazuan merenung mataku,seakan membaca apa yang terlintas di fikiranku.Kemudian dia memanggil aku untuk duduk di sisinya.

"Wan tahu abang rasa malu.Tapi Wan okay je dengan abang.Sama je dengan family Wan.Wan dengan family langsung tak kisah.Wan sayangkan abang macam abg Wan sendiri.Maknanya kita berdua kena belajar rajin-rajin,senang nanti bila dah besar",kata Wan memujukku.Tanpa aku sedar air mataku mengalir.Wan mengelap airmata itu dengan tangannya,kemudian dia memelukku.

"Mulai sekarang Shazuan pun ada mak dan ayah yang baru,jemput dtg lagi ye ke rumah.Kamu pun sama Kamzul dan Hartini (nama ibu bapa Shazuan),jika ada masa lapang datang lagi", kata ibuku.

Shazuan melemparkan senyumannya yg manis apabila mendengar kata kata ibuku.Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.Sebelum kami pulang,ibubapaku menjamu kami dengan hidangan makan malam.Kemudian aku mengucup tangan dan mencium pipi kedua orang tua ku sebelum bertolak semula ke Rembau.Ayah dan ibu Shazuan juga sempat menghulurkan buah tangan kepada ibu dan ayahku tanda kenangan.

"Mana ayah dapat no ayah saya?", soalku kepada ayah Shazuan semasa dia memandu kenderaan.

"Ouh,warden kamu yang beri.Kamu ingat tak masa ayah tulis surat nak baaa kamu balik ke rumah masa dulu? Warden kamu yg bagi no ayah kamu,dia minta ayah hubungi sebab nak dapatkan kebenaran bawak kamu balik rumah.Dari situ yang ayah kenal dengan ayah kamu",jawab ayah panjang lebar.

Kereta yang dipandu ayah menlucuri laju meninggalkan Kajang menuju ke Rembau.

ASRAMA 2007Where stories live. Discover now