TUMPANG KASIH

490 9 0
                                    

Warden memberhentikan ku di stesen bas,kemudian dia mengarahkanku untuk duduk sebentar dan jangan keluar.Meskipun aku berasa pelik,tetapi aku turutkan sahaja arahan yang diberikan warden.Dalam masa yang sama warden menunjukkan lebam pada mulutnya kerana terkena sikuanku semalam.Aku hanya tersengih dan memohon maaf,itu sahaja yang aku mampu.

Sedang kami bersembang di dalam kereta,sebuah kereta Toyota Harrier berhenti di hadapan kami.Rupanya ayah Shazuan hadir menjemputku.Wardenku berkata sebenarnya perkara ini telah pun mereka bincangkan sebelum hukuman terhadapku dijatuhkan.Ayahku sendiri tahu tentang kejadian ini selepas dihubungi oleh warden.Ayah Shazuan menambah ayah dan ibuku akan datang melawatku di rumah keluarga Shazuan pada minggu ini.Selain itu juga keluargaku telah diberitahu bahawa akan menumpangkanku di rumah mereka sehingga hukuman gantung asramaku selama 2 minggu tamat.Aku berasa terharu dengan keprihatinan mereka.Mulutku tidak lekang dengan ucapan terima kasih.

Aku tiba akhirnya di rumah Shazuan,ternyata di sedang menunggu di muka pintu.Apabila aku keluar dengan segera dia berlari dan memelukku.Agak segan sebenarnya apabila dia memelukku di hadapan ahli keluarganya yang lain.Ayah dan ibunya hanya tersenyum di kemudiannya mempelawa aku duduk bersembang dengan mereka di ruang tamu.
"Ayah sebenarnya agak terkejut dengan apa yang terjadi pada Shazuan malam semalam.Ayah dan ibu sendiri tidak menyangka perkara sebegitu boleh terjadi di sekolah itu," ayahnya memulakan bicara.

"Mujur ibu dan ayah belum tidur lagi masa,dalam perjalanan ke hospital ibu tak berhenti menangis,bimbangkan anak-anak.Mujur mereka tak sempat lakukan apa-apa pada Shazuan.Pada Wafi lah ibu dan ayah dapat berharap,tahun depan kalau Wafi berpindah sekolah tak tahu pada siapa lagi kami boleh berharap", sambung ibunya sebak.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah malam.Shazuan sudah pun tidur memelukku.Aku masih sukar melelapkan mata walaupun aku sangat kepenatan.Masih terdengar luahan ibu tadi,jika aku berpindah,siapa yg akan tenggokkan Shazuan nanti.Keluarga Shazuan sangat mempercayai dan mengambil berat tentang diriku.

"Awak ni Hartini,kenapa cakap macam tu pada Wafi? Jatuh semangat dia nanti", tegur ayah pada ibunya ketika berada di atas katil.

"Maaf bang,saya terlepas cakap tadi sebab bimbangkan sangat pada Shazuan tu.Nasib baik Wafi sempat sampai,kalau tak,tak tau apa jadi pada Shazuan",kata ibu dengan nada yg kesal.

"Sepatutnya kita kena doakan yang baik utk anak-anak kita tu Hartini.Tentang tahun depan biarlah Tuhan yang menentukan jalannya mcmana.Apa yang penting kedua dua anak kita tu dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti," sambung ayah.

ASRAMA 2007Where stories live. Discover now