BAB 14

10 0 0
                                        

"ZAAAARAAA!"

Jeritan nyaring dari corong telefon menyentakkan dirinya. Apa punya manusia kawan dia ni? Berkerut seribu terus dahi dibuatnya. Baru habis mandi dah kena call.

"Apa kena dengan kau pagi-pagi buta ni?"

"I have some big gossip, babe!" jerit Marsya.

Ya. Ini Zara Aqeela. Pantang mundur kecuali gossip. Dengan mata berbinar dia membalas cepat.

"Spill the tea!"

"Kau tahu? Aku jumpa account Insta wife Ikmal tu. Guess what? They're just got divorced! Gila! Dah ada anak kot..." Ternganga Zara selepas mendengar.

"Kau biar betul? Sure ke yang kau nampak tu? Fitnah karang..."

Marsya sudah menggeleng kepala di seberang talian. Biarpun Zara tak nampak tapi dia tetap buat juga. "Tak. Aku memang yakin tu memang dia."

"Habistu apa motif diaorang tu bercerai? Haritu bukan main bahagia... Eh? Ikmal kan kena penjara?"

Kali ini dahi Marsya pula yang berkerut. Iya tak iya juga kan? Tak pula dia ingat. "Sesuatu ialah ikan sekarang ni, babe"

"Kan? Something's fishy right now. Dahlah Mar, aku nak turun buat breakfast ni. Tolong mak mertua aku buat apa yang patut. Nak kadi menantu mithali kan?" Kembang hidung Zara membongkak sendirian di hadapan Marsya.

"Ha.. Iyalah. Rajin-rajinlah sikit, kau pun dh jadi bini orang. Bye, Za!"

Tak sempat membalas, sudah ditutup terlebih dahulu talian telefon itu oleh Marsya. Terpempan Zara olehnya. Tak apa, memang perangai dia.

Baru sahaja Zara ingin memulas tombol pintu, pintu bilik sudah pun terbuka dari luar. Terpempan wajah suaminya yang ingin menapak masuk. Bertembung pula di muka pintu.

"Eh? Nak pergi mana?" Sorot mata Tengku Izz laju menilik isterinya dari atas hingga ke bawah.

"Nak turun lah. Pergi mana lagi?" Tanpa membalas, tubuh Zara ditolak masuk perlahan oleh Tengku Izz. Daun pintu ditutup sedikit. Lelaki itu menaikkan sebelah keningnya sambil berpeluk tubuh. Terpinga-pinga dia dengan perlakuan Tengku Izz.

"Kenapa?" tanyanya.

"Nasib abang masuk bilik tepat waktu." Makin jelas riak bingung yang terpapar pada wajak si isteri. Nafas dihela perlahan bersama gelengan.

"Lapik untuk tutup rambut awak mana? Kat bawah tu ada Raiqal." soal Tengku Izz sambil mengusap ubun-ubun Zara.

Kini barulah dia sedar yang dia lupa tutup rambutnya. Itulah, leka sangat nak gossip dengan Marsya tadi sampai lupa nak ambil tuala.

Sengihan kekok dilempar kepada Tengku Izz sebelum dia berjalan mengambil jersey shawl miliknya yang berwarna putih itu.

"Tadi Mar ada call, dia kata Ikmal bercerai dengan bini dia." Zara membuka cerita sambil melilit shawl di kepala. Terangkat kedua alis Tengku Izz mendengar pernyataan Zara.

"Biar betul?"

"Mana lah saya tahu. Marsya kata macam tu. Tapi Ikmal kan masih dekat penjara? Macam mana dia boleh keluar?" soal Zara. Laju dia menoleh ingin mendapatkan reaksi dari suami.

"Abang rasa ada orang jamin dia." Tengku Izz menghela nafas panjang. Dia yakin yang bekas tunangan isterinya itu akan membuat onar. Sama persis macam drama-drama yang dia selalu tonton dengan mama kecil-kecil dulu.

Mr. Smile Jodohku [og]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang