SEBULAN telah berlalu. Majlis resepsi mereka berdua juga telah dilangsungkan dua minggu lalu. Kini dia sudah dipanggil bertugas semula.
Deruan enjin pesawat yang baru sahaja dimatikan bergema di ruang kokpit. Tengku Izz menanggalkan headset sebelum menghela nafas lega. Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Good flight, Captain."
Temgku Izz mengukir senyuman kecil sambil berjabat tangan dengan First Officer.
"Good job."
Mereka keluar dari kokpit bersama-sama sebelum disambut oleh beberapa kru kabin.
"Thank you for today, captain."
"You are welcome, you all do a good job too."
Seorang pramugari yang dikenali sebagai Fariha bersuara sambil ketawa kecil.
"Captain ni lepas kahwin makin murah senyum."
"Betul tu."
"Tak macam dulu, kadang-kadang ketat aje muka tu."
Temgku Izz hanya menggeleng sambil tersenyum. "Ha mengusik je kerja."
"Biasalah, Captain."
Mereka ketawa sebelum masing-masing beredar menuju ke bilik operasi. Tengku Izz menolak pintu Crew Briefing Room. Beberapa orang juruterbang lain sedang menikmati kopi sambil berbual tentang jadual penerbangan minggu hadapan.
"Eh, pengantin baru dah balik?" tegur salah satu rakannya.
Tenguu Izz meletakkan beg penerbangannya di atas kerusi.
"Alhamdulillah. Semua berjalan lancar."
"Alhamdulillah..."
Belum sempat dia duduk, telefon bimbitnya bergetar.
'Wife ❤️'
Senyuman di bibirnya terukir tanpa sedar. Dah dua hari mereka tidak bertemu. Petang ni dah boleh jumpa.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Abang dah habis terbang?"
"Dah."
"Dah makan?"
"Belum lagi."
"Hmm... jangan lupa makan. Nanti gastrik datang balik."
Tengku Izz ketawa kecil. "Baik, puan."
"Ketawa pula dia"
"Ketawa pun salah."
"Hm.. okay lah, nanti balik hati-hati."
"Insya-Allah."
Panggilan ditamatkan.
"Fuh... Isteri call ke tu?" usik seorang rakan juruterbang. Captain Hareez
Tengku Izz mengangguk sambil tersenyum.
"Rezeki orang baru kahwin."
Suasana kembali dipenuhi gelak tawa.
Namun...
Pintu bilik briefing dibuka dari luar. Seorang pegawai operasi melangkah masuk dengan wajah yang agak serius.
"Captain Izz?"
"Ya?"
"Boleh ikut saya sekejap?"
"Kenapa?"
Pegawai itu terdiam seketika.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Smile Jodohku [og]
Romance𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙄𝙯𝙯 𝙇𝙪𝙩𝙝𝙛𝙖𝙣 𝙓 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖 My 1st story. (synopsis edited) 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖. Gadis yang malang dalam dunia percintaan, sekali lagi nasib sama menyebelahi dirinya apabila dia dicurangi oleh cik tunangnya sendiri...
![Mr. Smile Jodohku [og]](https://img.wattpad.com/cover/360065236-64-k496088.jpg)