BAB 13

8 0 0
                                        

IQUAN ralit memandang gambar nikah Zara dan suaminya yang disiarkan di Instagram miliknya. Wajahnya hanya terpapar riak kosong.

"Adik aku kau buang. Lepastu sekarang kau kahwin dengan orang lain. Kau memang betina tak sedar diri. Dulu adik aku buat macam-macam kebaikan dengan kau tapi ni balasannya? Berbahagialah selama kau boleh bahagia."

Lelaki itu menoleh ke kiri, menghadap wajah seseorang yang hampir mirip dengannya, sedang berdiri bersandarkan bingkai pintu bilik. Senyuman mengejek diberikan. "Apa aje kekurangan yang kau ada ni eh? Tunang pun boleh kena kebas."

"Aku tak percaya dia dah kahwin. Macam itu je dia buang aku." Ikmal menghenyak punggung ke sofa yang sudah kelihatan sangat lama itu.

Lusuh benar.

"Habis itu, kau nak buat apa? Hancurkan rumah tangga dia? Macam tu? Kau tak payah nak jadi cliche lah, Ikmal. Kira bersyukur aku jamin kau, tahu?" Iquan berkerut dahi.

Ikmal berdecit sebelum menyunggingkan satu sisi bibirnya. Sinis.

"Aku tak cakap yang aku nak hancurkan rumah tangga dia..."

Menggeleng kepala Iquan mendengar pernyataan adiknya. Dia langsung tidak mengerti dengan maksud Ikmal.

Andai saja Iquan tahu akan rahsia dirinya bersama Sofea...

AUDI R8 milik Tengku Izz sekarang baru sahaja selesai dicuci oleh pasangan pengantin baru itu. Awal pagi sudah rajin mencuci kereta. Mula-mula hanya Tengku Izz yang mencuci, entah macam mana Zara boleh diheret oleh lelaki itu sekali. Walhal elok-elok dia menolong Tengku Nabila di dapur tadi.

Haih!

Sekarang habis basah kuyup dek adegan siram-menyiram, simbah-menyimbah mereka tadi. Bukan kereta sahaja yang mandi, mereka pun sibuk mandi sekali.

"Hah, sekarang macam mana nak masuk rumah? Mama mesti bising kalau lantai basah. Ni semua sayang punya pasal." Tengku Izz berpeluk tubuh memandang pintu rumah.

"Aik, saya pula kena? Awak lah yang mula dulu siram air deka-" Terus mulutnya ditekup suami.

"Shhhh kejap, yang.. Bagi abang fikir dulu."

Ini kalau pakai pintu belakang pun tak jalan juga ni. Nak nak jauh dari tandas pula tu. Lagipun dekat sana masuk aje jumpa dapur. Pintu depan apa lagi? Tempah maut. Haritu dengan Nad dah kena leter sebab buat lantai rumah basah.

Jalan penyelesaian hanya ada satu.

"Jom, ikut abang."

Tangan kiri Zara digenggam erat oleh Tengku Izz setelah dilepas dari bibir si isteri. Seraya itu juga mereka mula berjalan menuju ke pintu belakang. Ya, ini adalah yang terbaik!

Semakin hampir mereka dengan pintu belakang, semakin kuat bunyi sudip dan kuali yang saling berlaga. Pasti ada orang. Harap bukan mama!

Kaki lelaki itu terlebih dahulu menapak masuk ke dalam sebelum diikuti dengan isterinya. Mirip seperti pencuri masuk yang ingin mencuri barang. Berjengket-jengket.

Masuk sahaja kedua mereka, terus terpampang sosok Tengku Nabila sedang menggoreng mi. Ketiganya saling berpandangan sesama sendiri dengan mata yang tidak berkelip.

Sehingga...

"Luth! Basah dapur mama! Masuk cepat, jangan tercegat dekat situ, bawa Zara masuk sekali!" Suara nyaring Tengku Indah bergema keseluruh dapur. Wanita itu bercekak pinggang di sebelah pintu.

Patutlah mereka tak nampak mama tadi, tersorok rupanya.

"Sorry tau mama, jangan marah-marah, nanti Luth bagi mama cucu baru. Saaaaayang mama." Dengan berhati-hati Tengku Izz berlalu membawa Zara menuju ke bilik air.

Mr. Smile Jodohku [og]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang