JAM telah menunjukkan pukul 6 petang. Batang hidung sang isteri dan si adik masih belum kelihatan. Plan nak pindah masuk ke rumah mereka lepas asar tadi, tapi tak mengapalah. Dia hanya menyusun barang-barang mereka berdua di bonnet kereta saja terlebih dahulu.
Sedang ralit dia menyusun, sebuah kereta Range Rover perlahan masuk ke perkarangan rumah. Tak lama, sosok Zara dan Tengku Nadella terpacul keluar dari perut kereta sebelum driver membawa kereta untuk diletakkan di garaj.
"Bukan main lama kau culik bini aku eh?" soal lelaki itu sambil mencekak pinggang. Tengku Nadella hanya berjalan dengan menggandeng lengan kakak iparnya sambil menjelirkan lidah kearah Tengku Izz. Terpempan dia dibuatnya.
Cepat-cepat Tengku Izz menyelesaikan kerjanya sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Tengku Indah sedang berbual dengan Zara di ruang tamu. Sebaik saja dia menghenyakkan punggung disebelah sang isteri, Tengku Indah membuka mulut.
"Luth dengan Zara nak gerak pukul berapa?" Zara terus memakukan perhatiannya pada si suami.
"Lepas Isya' kot ma. Mama ni macam nak menghalau kami je bunyinya." Bibir Tengku Izz sedikit herot. Satu jelingan maut dihadiahkan oleh Tengku Indah.
"Banyaklah kamu punya halau." Tengku Indah perlahan bangkit bersama gelengan di kepala sebelum berlalu ke dapur. Tengku Izz pula menoleh memandang isterinya. Dia menyungging senyum nakal sebelum pangkal hidung isterinya dicuit manja.
"Pergi naik mandi. Bau.. Uwerkk..." ejek lelaki itu.
Zara sempat mencemikkan bibirnya seolah-olah merajuk. Sengaja dia meniru riak Tengku Izz tadi. Bingkas dia bangun dari duduknya dan berlalu ke bilik mereka. Suaminya terkekeh pelan melihat tingkah sang isteri yang terkedek-kedek melangkah menaiki tangga menuju ke bilik tidur.
Tengku Izz laju mengejar langkah Zara. Dia menguak perlahan daun pintu sebelum masuk ke dalam bilik. Zara yang sedang sibuk membuka pin tudungnya hanya mengerling sekilas kearah suaminya.
Malas layan.
"Sayang buat apa dengan Nad tadi? Pergi mana?" soal Tengku Izz kepo.
"Jalan-jalan makan angin lah. Girls outing, kan? kitorang pergi makan, beli barang make up, macam-macam lagi lah." Shawl yang dililit, dibuka dengan cepat. Tuala mandi dicapai sebelum terus berlalu ke bilik mandi.
"BYE-BYE Pak ngah dan Mak ngah!" laung Firas sejurus kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu meluncur keluar dari perkarangan rumah.
Tengku Izz hanya memandu dengan santai sepanjang jalan. Teringin pula rasa dia nak dating malam ni dengan isterinya. Wajah Zara yang terlihat bersinar merah dek pantulan lampu isyarat itu dia kerling seketika.
Zara yang perasan akan perlakuan suaminya lantas menoleh. Kening diangkat.
"Kenapa?"
"Cantik," ucap Tengku Izz singkat. Tiada jawapan, si isteri hanya memutar bola mata malas.
"Boleh singgah sekejap tak? Anywhere. Nak beli pembalut. Dah nak habis dah. Saya nak stanby juga buat stock dekat rumah. Boleh?" Lengan Tengku Izz dicucuk-cucuk. Lelaki itu membalas dengan anggukan.
Kereta dipandu menuju ke pasar raya terdekat. Panjang juga perbualan pasangan suami isteri itu. Hampir 15 minit saja masa perjalanan yang diambil.
"Jom." ajak Tengku Izz. Pasangan itu membuka pintu perlahan lalu menapak keluar dari kereta, membiarkan angin malam menyapa wajah mereka dengan lembut. Pintu utama pasar raya dituju.
Nasib masih sempat sebelum tutup.
Rak yang tersusun pelbagai jenama tuala wanita dituju. Tidak lama masa yang diambil, tangannya lincah menyambar dua pack tuala wanita jenama Laurier.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mr. Smile Jodohku [og]
Romance𝙏𝙚𝙣𝙜𝙠𝙪 𝙄𝙯𝙯 𝙇𝙪𝙩𝙝𝙛𝙖𝙣 𝙓 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖 My 1st story. (synopsis edited) 𝙕𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙦𝙚𝙚𝙡𝙖. Gadis yang malang dalam dunia percintaan, sekali lagi nasib sama menyebelahi dirinya apabila dia dicurangi oleh cik tunangnya sendiri...
![Mr. Smile Jodohku [og]](https://img.wattpad.com/cover/360065236-64-k496088.jpg)