Bab 22

60 5 0
                                    

      "NURISSA Alya" Aku  terdengar di sebelahku seperti ada yang memanggilku. Aku menoleh kepalaku untuk melihat siapa yang memanggilku.
Ternyata yang memanggilku..

Zamir..

Macam mana dia ada dekat sini? Itu persoalanku. Aku melihat di sebelahnya ada seorang perempuan sedang merangkul tangannya. Aku macam kenal bila aku tengok muka perempuan tu.

Riana.

Bekas kawan baikku. Jap mereka dua ni dah kenapa pegang tangan bagai?

"Nurissa, lama tak jumpa kau. Kau sihat?" Senyum Riana kepada aku. Senyuman dia macam tak suka aku pun ada. Macam tak ikhlas pun ada.

"Alhamdullilah saya sihat" Aku menundukkan pandangan apabila mataku dan Zamir memandang satu sama lain.

"Awak dah kahwin Nurissa?" Zamir melihat cincin di jari manisku. Dia gunakan bahasa 'awak, saya' lagi bercakap denganku..

"Ya.. Saya dah kahwin saya ada bagi kad jemputan kat awak berdua, tapi saya tak nampak awak berdua datang ke majlis perkahwinan saya" Aku tersenyum. Aku kecewa hanya sedikit kerana bekas kawan baik aku tidak datang.

"Wait awak ada jemput?" Zamir memandang pelik ke arah Riana. Kenapa dia tak tahu pun?

"Sorry saya lupa bagitahu awak" Riana siap dengan suara kepitnya. Gedik betul dia sekarang ni ya.

"Awak berdua ni couple ke?" Tanyaku. Geli aku Riana macam menunjuk kemesraan mereka berdua ingat aku cemburu ke? aku lebih dari tu lah.

"Haah Zamir ni mengorat saya dulu lepas dia PUTUS dengan kau" Riana saja meninggikan suara dan menekan kan perkataan PUTUS tu. Dulu kawan dengan aku panggilan 'saya awak' sekarang dia main 'aku kau' eh.

"Elok jugak lah saya putus dengan boyfriend awak ni Riana. Saya kan dah ada HUBUNGAN HALAL dengan suami saya. Tak main lah pegang tangan bukan mahram ni" Aku pun tak nak kalah. Dia buat aku sakit hati boleh, jadi aku kena balas!

"Kau!" Hampir saja Riana mahu menamparku tapi kenapa dia berhenti ya?

Zamir menahan tangan Riana sebelum singgah ke mukaku. Nampak dua dua pandang belakang aku ada apa apa ke?

"Apa? Nak tampar muka saya sebab sakit hati? Tampar la saya balas dua kali ganda kat awak nanti Riana" Berlagak ku. Baru tahu siapa Alya sekarang Alya dulu terlalu baik sampai orang pijak.

"Kau bernasib baik saja Alya!" Jerit Riana. Tak malu langsung orang dalam restaurant ni tengok ke arah mejaku.

"Lower your voice when you talk to my wife." Aku toleh ke belakang dan melihat Aqeel. Dia nampak marah dekat Riana.

"Abang dah la jom kita balik ya?" Pujukku malas hendak bergaduh di dalam restaurant ini lagipun kami sudah jadi perhatian orang di sini. Buat malu muka saja kalau viral mesti aku famous huhu.

Aku bangun dari kerusi dan mengambil tangan Aqeel keluar daripada restaurant itu.

"You shouldn't let them hurt you sayang" Mengeluh Aqeel. Kalau dia lambat sikit tadi mesti muka cantik isterinya sudah jadi sasaran tamparan Riana.

"Saya okay lah lagipun tadi saya balas balik apa dia cakap dekat saya" Jawapku sambil berjalan ke arah kereta Aqeel.

"Dia cakap apa dekat sayang? Sayang balas apa? Dia ada bagi sakit hati sayang?" Bertubi-tubi soalan Aqeel tanya kepadaku.

"Alah dia tak penting pun lah saya pun malas cakap pasal tadi apa yang dah lepas, lepas lah" Mengeluhku.

"Kita balik sekarang ya Abang?" Ajakku.

"Abang nak pergi beli something" Kami berdua melangkah ke kedai chocolate yang ada berdekatan di situ.

"Kedai chocolate buat ape? Abang nak beli kat sapa sapa ke?" Pelik. Aqeel kalau dia nak makan tapi dia tak suka makan manis. Ke dia ada perempuan simpanan. Eh! Ke situ pula aku fikir tak baik betul.

"Iyaa sayangku Abang nak beli kat someone special" Dia mengambil kinder bueno white chocolate. Chocolate kegemaran aku! Dia nak bagi kat siapa yang special sangat tu?

Leftenan Aqeel Luthfi  (OG)Where stories live. Discover now