SAMPAI juga di restaurant. Setelah mengambil Aqeel dari pangkalan terus aku mengajaknya untuk singgah ke restaurant sebelum ke rumah keluarganya. Dari pagi tadi aku tak makan excited sangat nak jumpa suami hehe.
Hah sebelum nak cakap aku gedik biarlah aku ada suami korang takde suami duduk diam diam okay layan aje cerita kisah cinta saya dengan suami saya ni hehe.
*Nurissa Alya gelak jahat kejap, bayangkan jela ye*
Dah sambungg!Aku sudah mengajak Amir tapi dia menolak alasannya...
FLASHBACK
Aku pergi ke Amir untuk mengajaknya makan bersama aku dan Aqeel."Abang Amir kami nak pergi restaurant ni. Nak join sekali tak?" Tanyaku.
Amir menoleh ke arahku dan Aqeel.
"Tak nak lah, masa cuti ni lah Abang Amir nak cari awek. Mana tau dapat jadi bakal bini Abang Amir"END FLASHBACK
Pelayan lelaki restaurant itu datang ke meja kami untuk mengambil pesanan makanan. Dia meletakkan menu makanan di atas meja kami dan berdiri di tepi meja. Bersedia untuk mencatat pesanan.
"Bagi Spaghetti Bolognese satu and orange juice satu" Aku membuat keputusan untuk membuat pesanan itu sahaja.
Aku menoleh ke arah depanku. Menunggu Aqeel untuk membuat pesanan juga.
"I want to order just like her menu, that's all" Aqeel mengambil buku menu dan memberi balik ke pelayan lelaki itu.
Setelah pelayan lekaki itu pergi baru aku bersuara untuk bercakap dengan Aqeel.
"Kenapa Abang oder sama macam saya? Takde makanan yang Abang suka ke dalam menu tadi?" Soalku."Malas nak tengok menu tadi" Singkat dan padat jawapannya. Tengok menu pun malas ke?
"Ada jugak erk manusia malas tengok menu makanan.. Uhm Abang nanti balik rumah family Abang nak bungkus bawak balik ape ape tak? Macam buah tangan ke?" Tanyaku. Takkan nak bawak tangan kosong je pergi jumpa family dia.
Aqeel geleng kepalanya.
"Tak payah kita singgah kejap aje. Mummy Daddy tak ada dekat rumah outstation.""Sayang" Aqeel memangilku. Nampak riak mukanya macam penting aje cakapnya.
"Ye kenape abang?" Aku tanya kepadanya.
"Kalau nanti balik rumah keluarga Abang ada abang Harits jangan layan dia, sayang tahu kan apa yang berlaku dulu?" Cakap Aqeel serius.
"Abang Harits ke? Dia still duduk dengan mummy daddy abang?" Tanyaku. Harits ni aku tengok asyik melepak je dekat rumah mummy daddynya. Tak ada kerja ke?
"Dia cuti hari ni" Ringkas Aqeel jawap. Mungkin dia tidak suka sangat membahaskan tentang abangnya Harits.
Sembang punya sembang sampai juga makanan yang kami pesan tadi.
Aku nampak Aqeel dah nak makan tapi aku menahannya untuk makan dahulu.
"Aip stop! Jangan makan lagi" Tahanku.
"Pulak, kenapa tak boleh makan lagi? Sayang nak buat apa apa ke?" Aqeel meletakkan balik sudunya di tepi pinggan.
"Binggo! Pandai Abang! Sebagai perempuan mestilah saya nak tangkap gambar dulu post status WhatsApp, Instagram, macam macam social media lah nak post" Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan menangkap gambar makanan di atas meja itu.
Setelah mendapatkan gambar yang aku puas hati, aku duduk semula ke tempatku dan melihat Aqeel yang sedang melihat perbuatanku.
"Kenapa Abang tengok saya macam tu? Something wrong with me?" Macam pelik je pandangan Aqeel ni.
"Nothing wrong, I just looking the beauty of my wife" Tersenyum Aqeel apabila melihat mukaku berona merah.
"Dahla jom makan nanti sejuk pula" Aqeel mengetuai bacaan doa dan kami makan dengan berselera.
SETELAH habis makanan kami. Aku menawarkan diri untuk membayar makanan kami. Tapi..
"Tak payah duduk sini diam diam Abang pergi bayar kejap" Itu katanya. Kalau lawan mulut pun belum tentu aku menang.
Aku bermain telefon bimbitku untuk menyiarkan gambar makanan yang aku menangkap tadi.
"Nurissa Alya"
Aku terdengar di sebelahku seperti ada yang memanggilku. Aku menoleh kepalaku untuk melihat siapa gelaran yang memanggilku.
Ternyata yang memanggilku...JENG JENG JENG
Di sini saya mahu memohon maaf atas tidak update cerita ini berbulan-bulan.. insha'Allah ada masa saya update lagi.

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...