EH Aqeel beli chocolate kinder bueno dekat aku rupanya.. haih tak baik betul aku fitnah suami sendiri dosa betul. Tapi tidak mengapa nanti raya aku minta maaf hehe.
"Oo saya la orang special yang Abang cakap tu?" Aku tanya untuk kepastian. Kot dia nanti ambik balik naya pak karim.
"Kenapa? Sayang fikir Abang beli dekat perempuan lain macam tu?" Tahu tahu je eh Aqeel ni apa yang sedang bermain di fikiran aku. Dia ni makan apa agaknya ya sampai boleh baca fikiran aku?
"Bukan macam tu.. Abang salah faham ni" Saja aku nak ubah topik nanti dia bagi ceramah pula dekat aku apa hukum fitnah ni. Tak kuasa aku nak dengar. Boleh je nak dengar tapi Aqeel bagi ceramah seminggu pun takkan habis ulang aje perkara tu.
"Abanggg" Saja aku meleretkan suaraku. Ada permintaan yang aku nak mintak. Harap harap lepas la ye.
"Sayang cakap je la sayang nak apa dari Abang, macam lah Abang tak tahu apa yang isteri Abang ni nak. Perangai sayang 100% Abang tahu" Wah! Wah! Wah! confident betul Aqeel ni 100% ya tahu perangai aku? Hal tu aku kena ketepikan dulu sekarang ni permintaan aku yang penting!
"Abang tahu kan saya minat novel?" Aku memandangnya yang sedang memandu kereta.
Handsome betul Aqeel ni apa la mak dia mengidam sampai dapat anak handsome macam ni, ke memang keturunan si Aqeel ni handsome? Abang dia pun boleh tahan Ayah dia waktu muda jangan cakaplah.. Tua tua pun ada lagi perempuan yang mahu mengorat ayahnya, mentang mentang kaya tambah lagi pula ada gelaran Tan Sri handsome pulak tu ramai la perempuan muda mahupun tua nak cuba.
"Novel apa pula sayang nak minta? Bagitahu saja nama novel tu nanti abang beli online ataupun pergi cari dekat bookstores" Aqeel dah agak bab novel isterinya memang nombor satu.
"Tapi novel ni lain sikit dia limited edition!" Bersungguh-sungguh aku nak novel ni. Bukan sebab limited nya sebab jalan ceritanya. Buat aku sedih, aku pernah baca di Wattpad tapi tak sempat habis baca, authors dah unpublish sebab nak diterbitkan jadi novel.
Aku lepas tahu dia nak jadi novel memang aku kena beli guna duit Aqeel! Maafkan isterimu ya suamiku tercinta.
"Abang kena battle lagi la ni macam novel Rose's tu?" Ya, Aqeel yang tolong battlekan novel yang limited. Aku pula tolong jadi supporter dia untuk dapatkan novel tu.
"Betul tu! Pandai Abang ni. Novel tu karya vieepixxa nama hero dalam novel tu sama macam Abang! Nama novel tu 'Bawalah Pergi Cintaku' saya dah baca setengah bab tapi tak sempat habiskan jadi lepas saya tahu dia jadi novel saya nak beli,nak tahu apa yang terjadi kisah cinta mereka" Baru aku teringat hero dalam 'Bawalah Pergi Cintaku' namanya sama macam Aqeel. Cuma yang beza belakang nama mereka.
"Oh ya? Apa nama hero tu yang boleh sama dengan Abang?" Aqeel melihat sekilas ke arahku.
"Nama dia Aqeel Razin kalau nama Abang, Aqeel Luthfi. Belakang nama aje berlainan tapi depan sama!" Aku menjawap soalan Aqeel tanya kepadaku. Untung nya aku dapat suami macam Aqeel, sanggup melayan aku, dengar aku cerita tentang novel macam macam lah best sangat!
"Anything for you sayang, nanti Abang belikan." Untuk persiapan awal katakan kalau terlepas Alya juga merajuk nanti.
"Not bad but not good" Cakapnya singkat. Tak baik betul la Aqeel ni ada jugak malam ni tidur luar!
"Abang tak baik la cakap macam tu kalau para readers dengar, habis Abang kena kecam. Saya salah satu daripada mereka pun macam nak kecam Abang sekarang ni" Terus tak ada mode aku nak cakap dengan Aqeel tidur lagi bagus.
Mata aku mula memberat tanda tanda aku mahu tidur. Sempat aku mendengar Aqeel kata sesuatu tapi tak jelas sebab aku mengantuk sangat. Nanti lah aku tanya balik.
Aqeel memandang di kerusi penumpang, Alya dah tidur rupanya patut tak ada dah pok pek pok pek dia cakap pun Alya tak balas.
"Sleep well sayang.. Abang sayang isteri Abang. Until my last breath." Aqeel mengusap kepala Alya yang diliputi dengan tudung shawl.
Saya macam rajin pulak nak tulis cerita ni setelah berbulan bulan ye tinggal huhu. Pagi pagi update mesti korang dah tidur kan? Takpe korang tak dapat sleep well dari seseorang special macam Alya dapat dari Aqeel. Takpe biar says yang ucapkan hehe Sleep Well my readers 🤍.

YOU ARE READING
Leftenan Aqeel Luthfi (OG)
RomancePada mulanya pertemuan yang kali pertama mereka berjumpa , mereka berjumpa buat pertama kali oleh kerana Alya meneman abangnya ke pangkalan untuk abangnya menyelesaikan sesuatu hal kerjanya di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) oleh ker...