Bab 1 : Prince Charming

24 2 0
                                    

Felicia mengalas beg kecil berwarna ungu muda, melirikkan mata melihat foyer bangunan besar dijejakinya sejak jam 7 pagi lagi. Bangunan mega dengan bumbung merahnya itu, merupakan kawasan kuliah dan makmal bagi pelajar-pelajar bergelar mahasiswa dan mahasiswi berkursuskan Sains Makanan dan Pemakanan. Nama bangunan mega itu dikenali sebagai Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan dengan penawaran tiga kursus-sesuatu yang berat bagi setiap pelajar mendalami maksud dan kewibawaan fakulti tersebut.
“Okay masa untuk balik tidur,”ucap Felicia mengeluh, lalu melangkah pergi ke pondok menunggu bas universiti yang sentiasa mengambil pelajar di seluruh universiti bernama Universiti Malaysia Sabah tersohor itu. Dia melihat skrin telefon apabila berjaya melabuhkan punggung ke bangku panjang pondok kerana tertanya-tanya mengenai Evy yang entah di mana keberadaan temannya itu- teman baiknya sejak belajar di Labuan lagi, iaitu semasa belajar di Kolej Matrikulasi Labuan.
Dia menghantar mesej;
“Evy, kamu di mana?-Felicia,”
“Hai Fel, saya di dewan kuliah 28-Evy,”
“Baik, jumpa di asrama-Felicia,”
Felicia mengeluh. Terasa rindu tiba-tiba padahal baru pagi tadi dia menemui teman baiknya itu semasa menunggu bas di asrama bernama Kampung E itu. Mereka berdua memiliki kos yang berbeda, tetapi belajar di bawah bumbung fakulti yang sama. Sebab itu, ada ketikanya mereka terpisah kelas kerana mengikuti syarat kursus diambil mereka di kampus itu.
Esok adalah Ahad dan Felicia akan mengambil masa untuk beristirehat, lalu menghadiri sembayang di gereja kecil bagi menjernihkan fikiran kusutnya sejak bergelar mahasiswa. Dia melihat hujung jalan yang mengarah ke fakulti yang berjiran dengan fakulti Sains Makanan dan Pemakanan. Nama jiran fakulti itu ialah Fakulti Kejuruteraan.
Felicia didatangi sekumpulan lelaki yang duduk bertentangan dengannya dan serba sedikit Felicia mengintai seorang lelaki yang comel dan duduk dengan tenang melihat kelibat sebuah bas universiti dari jauh.
Tidak lama itu, mereka berdua bertentangan mata, lalu Felicia mengalihkan pandangan kerana berasa malu. Dia merasakan ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu, lalu apabila Felicia berdiri, kardigan di tangannya diterbangkan angin dan jatuh di kaki lelaki comel itu. Lelaki itu berdiri, memungut kardigan ungu Felicia dan mendekati Felicia.
Felicia merasai setiap detik langkah kaki lelaki itu, dengan jantung berirama aneh. Ada sesuatu menarik mengenai lelaki itu. Mata birunya lembut. Wajah comel dengan badan kurus tinggi sedikit, menjadi lelaki yang menyebabkan hatinya tenang dan berdebar pada masa yang sama.
“Nahh kamu punya,”Kata lelaki itu tersenyum menyerahkan kardigan Felicia.
“Hmm terima kasih,”Kata Felicia, mengambil kardigan lalu cuba tersenyum lebar. Buat seketika mereka bertentangan mata dan tiba-tiba ada seseorang kacau daun detik itu. Kawan lelaki itu menepuk bahu lelaki comel yang diintai Felicia dan Felicia secepatnya tunduk. Memendam perasaan yang mulai berputik. Bas ketika itu sudah membuka pintu bagi pelajar menaikinya, lalu mereka yang berada di pondok segera beredar untuk menaiki bas.
Felicia duduk paling belakang dan apabila di sebelah kanannya kosong, datanglah lelaki yang sama duduk di sana. Ohhhh Tuhan! Bentak hati Felicia.
Adakah ini dinamakan cinta pandang pertama? Jantungnya bagai hendak meledak dan menyebabkan dia berpeluh sejuk. Lelaki comel itu menoleh ke arah Felicia dan tersenyum, lalu mendapatkan tisu dari dalam poket seluar. Dia memberikan tisu itu kepada Felicia, dengan Felicia ingin menyembunyikan pipi merahnya.
“Terima .. kasih,”Kata Felicia, bergetar, lalu tisu itu dia kesatkan pada peluh yang mengalir di seluruh wajahnya. Kenapa dengan saya ni? Fikir Felicia.
“Hmm… kamu kos apa?”Kata lelaki itu memulakan perbicaraan yang Felicia tidak jangkakan. Hatinya semakin berdebar. Mahu saja dia terjun dari bas bagi menghilangkan debaran melihat lelaki comel berbudiman itu!
“Sains Makanan dan Pemakanan,”Kata Felicia pendek. Dia cuba mengalihkan pandangan ke arah lain supaya tidak terjadi renungan lama antara mata lelaki yang meragut hatinya itu.
Lelaki itu tersenyum dan memberikan lagi sehelai tisu. Felicia menjadi malu dan suaranya bagai tersekat di tekak. Keras dan beku.
“Hmm.. nama kamu siapa?”Kata lelaki itu.
Namun sebelum Felicia dapat menjawab, bas sudah sampai di destinasi mereka, iaitu di halaman asrama kampung E universiti itu.
“Terima kasih,”Kata Felicia, lalu berdiri dan meninggalkan lelaki itu dengan debaran yang melemaskan kakinya!
Felicia merasakan jantungnya berdengup lebih cepat dari biasa dan dia mencuba mengambil nafas sedalam boleh, lalu menghembuskannya apabila sampai di tingkat bawah blok B yang bangunannya sangat mega.
Alaa.. saya harus tahu nama dia! Fikir Felicia, dia berhenti dan melangkah keluar dari asrama, mencari lelaki comel itu. Apa yang dilihat cumalah bas yang berlalu pergi dan kumpulan pelajar memasuki asrama dan ada sesetengah mereka pergi ke kafe. Sudah terlambat!
Tiada kelibat lelaki itu. Ohhh sayangnya! Fikir Felicia.
Felicia kembali ke biliknya di tingkat dua, bertanda B28 dan menerjunkan diri ke katil empuk. Kawan sebiliknya ketika itu, Rosifah belum balik. Jadi terdapatlah masa dia mengajak Evy pergi ke bilik untuk membuat kerja kuliah. Ditambah lagi banyak hal mau diborakkan dengan teman baiknya itu.
Dia meletakkan beg kecilnya di meja belajar, memasang lampu meja dan beredar ke bilik air bagi membasuh wajahnya sambil-sambil memakai krim pencuci muka berjenama Mary Kay.
Teringat dia detik dirinya menunggu di pondok, dengan tatapan mesra lelaki comel yang dirasainya sebaya dengan umurnya ketika itu, 19 tahun. Dia tidak kenal pemuda itu tetapi cukup membuatnya tersenyum dalam hati. Pelbagai emosi bermain di benaknya, termasuk usikan kasih untuk mengenali lelaki itu dengan lebih dalam, sekiranya ada kesempatan.
Tiba-tiba, apabila dia sampai ke bilik, mengelap wajahnya dengan tualanya, Rosifah sudah duduk di katil bermain telefon.
“Baru datang?”Kata Felicia, dengan tuala yang sudah lembap. Rosifah tidak memandang Felicia, namun rajin sekali melayan telefon.
“Yaa. Ala saya akan balik hari ni jam 6… maafkan saya tidak dapat temankan kamu malam ni,”Kata Rosifah yang sememangnya rumah makciknya berada sejauh 2 kilometer dari mahligai gading itu. Felicia tidak kisah kalau teman sebiliknya pulang ke rumah saudara kerana itu hak Rosifah. Lagipun Felicia boleh mengajak teman lainnya ke bilik dan memudahkan dia berbincang mengenai pembelajaran bersama-sama.
“Okay Uniq, tidak apa,”Kata Felicia cuba memberi senyuman ikhlas. Dia melabuhkan punggung di katil, melihat telefon dan sesekali dia melamun mengingati lelaki comel dijumpainya tadi. Dia tidak tenang. Mahu saja dia mencari lelaki di setiap asrama lelaki dan menanyakan namanya! Argg! Gila bayang! Fikir Felicia.
Tepat jam 6, keluarlah Rosifah meninggalkan Felicia bersendirian, ketika itu datanglah Evy menuju ke arah Felicia dengan pakaian kemeja dan seluar longgarnya. Evy dikenali oleh mereka sebagai seorang yang bersifat tegas dan digeruni, tetapi hati Evy sangat lembut dan baik. Kecil orangnya dan comel.
“Hei kamu mahu tahu apa terjadi dengan saya di fakulti tadi?”Kata Felicia dengan senyuman nakalnya. Mereka berdua duduk di katil bersama-sama, berbual untuk meluahkan gosip dan keluhan terhadap kerja-kerja kuliah dan hal lain.
“Apa dia? Hmm mesti ada sesuatu yang mengusik hati lembut kamu ni!”Kata Evy membuatkan Felicia ketawa kecil.
“Lebih kurang.. saya jumpa prince charming!”

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now