Bab 3 : Temujanji?

11 1 0
                                    


Selepas aktiviti sembayang selesai jam 11 lebih pagi, berdirilah Felicia ditemani kawannya. Apabila mereka beratur di antara barisan orang melalui pintu kecil gereja kecil itu, Roland menempatkan diri ke sebelah Felicia.
“Hai,”Kata Roland.
“Hai Oby,”Felicia tersenyum malu. Evy, Eva dan Sally berbisik-bisik di belakang Felicia, membuatkan Felicia lebih terasa malu berhadapan Roland, lelaki yang sudah mencuri hatinya itu.
“Oby, kamu mahu makan di mana nanti? Jomlah sama-sama,”Kata Felicia.
“Ya, marilah,”Kata Evy, menyampuk pula.
“Baiklah jom,”Kata Roland. Teman Roland, Ronaldon dan Alvin juga mengikuti mereka menuju ke One Borneo yang hanya memerlukan masa 7 minit berjalan kaki dari gereja.
Setelah memasuki restoran cina, bagi memakan hidangan yang menyelerakan, lalu duduklah mereka sama-sama berkumpulan di meja kanan restoran. Roland menemani dua orang temannya mendapatkan hidangan buffet di rak makanan. Felicia berhati-hati melihat langkah, nanti tersandung pula semasa membawa sepiring ayam goreng dan nasi serta sayur hijau, begitu juga Evy di sebelahnya. Eva dan Sally pula menjadi orang terakhir mengambil makanan dan minuman di meja penuh hidangan untuk dipilih mereka yang datang ke sana.
Berhadapan dengan Roland menyebabkan Felicia berpipi merah dan cuba mengawal perasaan berbunganya itu. Roland dan Alvin serta Ronaldon berbual, bergurau, sehingga Felicia pun ketawa kecil. Hari itu cukup indah, menjadi titik permulaan persahabatan mereka sebagai kawan seiman.
Dalam diam, Felicia mengintai wajah comel Roland dan sesekali tersenyum tanpa diusik kerana baginya kehadiran lelaki itu sudah cukup membahagiakan dirinya.
“Felicia, kamu dari mana?”Kata Alvin, merupakan seorang lelaki berisi dan periang orangnya serta peramah dibandingkan Roland yang ada sedikit sikap pendiam dan malu tidak bertempat.
“Kudat, Alvin,”Kata Felicia.
“Waa, saya pernah pergi ke pantai Simpang Mengayau di Kudat,”Kata Ronaldon, merupakan seorang lelaki kurus sedikit, memakai kaca mata, dengan rambut lebat.
“Hahaa, rumah saya jauh dari pantai,”Kata Felicia.
“Kalau kita dekat bolehlah selalu melawat,”Kata Roland.
Felicia hanya tersenyum malu dan kembali menyuap hidangan ke mulutnya.
Sepanjang waktu, Felicia mencuba berdiam diri mengintai Roland diam-diam semasa mereka semua berbual, menanyakan banyak soalan kerana hendak mengenali sesama sendiri.
“Hei, bulan Disember nanti ada Pesta Krismas, ikutlah,”Kata Roland, lalu Felicia bersinar matanya.
“Boleh juga kalau kamu juga ikut jadi ahli jawatankuasanya,”Kata Felicia.
“Ya kami akan ikut, sebagai pelajar tahun pertama,”Kata Evy.
“Tentu seronok ni!”kata Sally.
Mereka ketawa dan berbual sehinggalah selesai makan. Tidak sangka dalam masa sejam itu mereka menghabiskan masa bersama. Sesuatu yang Felicia tidak sangka akan berlaku disebabkan dia akan berpipi merah di hadapan Roland.
Apabila mereka sama-sama menaiki bas dari perhentian bas One Borneo, sehinggalah sampai ke kampung E, asrama universiti, Felicia dan Roland berjalan bersama-sama, dengan hati Felicia berbunga-bunga. Dia juga tahu Roland akan merasakan perasaan sama dengannya. Sekurang-kurangnya, dia mengharap begitu.
“Jadi?”Kata Roland, memandang Felicia. Evy, Alvin dan Ronaldon di belakang mereka berdua, hanyut dalam perbualan mereka.
“Jumpa nanti,”Kata Felicia.
“Boleh saya dapatkan nombor telefon kamu Felicia?”
Felicia terkejut dan dia cuba bertenang. Memandang mata biru Roland benar-benar menjadi pemandangan paling indah pernah dialaminya. Roland berhenti di antara asrama lelaki dan asrama Felicia, menunggu jawapan Felicia.
“Bagi bagi!”usik Evy, di sebelah Felicia.
“Okey,”Kata Felicia, lalu Roland mengeluarkan telefon bagi Felicia memasukkan nombor peribadi telefonnya. Sentuhan tangan Roland di tangan Felicia apabila bertukar tempat untuk telefon mengugat perasaaan Felicia. Hendak saja dia menari-nari menghayati bunga cinta itu.
“Okey bye!”kata Roland.
“Byeee!”kata Felicia dan Evy. Sesampainya di lobi asrama B itu, Evy melonjak gembira melihat Felicia.
“Yeahhh! Kamu sangat secocok!”kata Evy. Felicia hanya tersenyum malu.
“Entahlah… he make my heart full of joy!”kata Felicia.
“Kamu akan dipertemukan lagi dengan kerap kali jika dia benar-benar jodoh kamu Fel!”kata Evy, membuatkan Felicia mengangguk.
Felicia dan Evy memasuki bilik Felicia, masing-masing berehat di katil. Sambil-sambil membaringkan diri di katil, Felicia menerima mesej daripada seseorang.
“Hai Felicia.. ni Oby-Roland,”
“Ohh haiii!-Felicia,”Felicia merasa dirinya bagai dilanda gempa bumi. Adakah ini dinamakan jodoh pertemuan?
“Simpan nombor telefon saya-Roland,”
“Okey!-Felicia,”
“Jom esok jumpa di kafe fakulti jurutera-Roland,”
“Okey boleh, jam berapa? Saya esok sehingga jam 12 saja kuliah-Felicia,”
“Jam 2 ya?-Roland,”
“Okey Oby!-Felicia.”
Felicia melonjak riang di katil, katanya;
“Yasss! Evy saya jumpa Oby esok!!!”
Evy tumpang gembira, dia pun melompat-lompat di katil bersama Felicia bagai tidak ingat dunia lagi.
………….
Esoknya, tepat jam 12, Felicia bersama Evy dan kawan sekelas mereka, Nina, duduk di kerusi dengan meja kayu besar bersaiz empat segi. Felicia rasa gembira hari itu walaupun kelas daripada pensyarah bernama Dr. Fazilla membuatkan mereka sedikit tertekan dengan kerja-kerja berat online mereka.
“Fel, macam lain saja hari ni… jatuh cinta dengan seseorangkah?”Kata Nina, membuatkan Felicia terdiam, merasai bunga-bunga dalam hatinya.
“Ada tu, Nina. Dia kena ajak jumpa di kafe fakulti “lelaki tampan”!”kata Evy.
“Shuuu!”kata Felicia, kemudian berpipi merah.
“Ohh diam-diam ubi berisi, ada mutiara di sebalik kerang!”kata Nina, lalu mereka bertiga ketawa terbahak-bahak.
Tepat jam 2 petang, Felicia pun meninggalkan Evy dan Nina dengan usikan temannya mengatakan;
“Jangan lama-lama sangat, nanti terkahwin!”ucap Evy.
“Hmmmm lagi bagus begitu!”kata Nina.
Felicia hanya ketawa melayan karenah teman baiknya dan pergilah dia ke perhentian bas menaiki bas biru besar bernama bas UMS.
Sesampainya di fakulti besar, iaitu terdiri dari bangunan besar dan kecil yang luas dan gemilang, dia pun melangkah masuk ke dalam foyer besar. Sesetengah pelajar yang ulangkaji atau buat kerja atau sekadar melintasi Felicia, menoleh melihat Felicia, membuatkan Felicia tunduk malu. Dia tidak tahu di manakah keberadaan kafe.
Kemudian apabila dia ingin bertanyakan keberadaan kafe kepada pelajar sana, tiba-tiba bahu disentuh oleh suatu susuk tubuh sederhana kurus.
“Felicia,”Kata lelaki itu, sungguh memetik tali-tali gitar hatinya.
“Oby!”kata Felicia, dengan Alvin dan Ronaldon di belakang Roland memegang beg masing-masing.
“Uuu bergembiralah,”Kata Alvin membuatkan Felicia malu-malu kucing.
“Mari makan,”Kata Roland.
Teman Roland melambai Felicia lalu Roland membawa Felicia meninjau fakulti itu, dengan lorong-lorong dihiasi jubin merah jambu bergaris bunga. Felicia hanya berdiam diri, menahan rasa berbunga di hatinya. Mereka berdua bagaikan sepasang kekasih ketika itu, kerana sesekali tangan kanan Roland tersentuh tangan kiri Felicia.
Ditambah lagi, renungan beberapa kumpulan pelajar tidak kira perempuan atau lelaki, tetapi kemungkinan mereka mengenali Roland. Felicia tidak kisah, asalkan dia dapat meluangkan masa dengan putera tercintanya itu.
“Kamu harus selalu datang ke sini,”Kata Roland.
“Oby, kamu juga patut datang ke kafe fakulti saya,”kata Felicia ketawa kecil.
“Yaa semestinya, esok saya datang ya, jam berapa kuliah kamu habis?”
“Seperti biasa Oby. Terima kasih.. kerana mengajak saya,”kata Felicia, lalu mata mereka bertentangan. Felicia mengambil nafas dan tiba-tiba, Roland menyentuh pipi Felicia.
“Hmm,”kata Felicia, lalu Roland mengesat sesuatu di tepi bibir Felicia.
“Ada baki coklat,”kata Roland ketawa kecil.
Ohh semasa di bas, dia memakan coklat kitkat pula! Bentak Felicia, merasa lucu sedikit.
“Mari,”Kata Felicia, melangkah memasuki kafe luas fakulti itu.

The Boy That Stole My Heart Where stories live. Discover now